Darah Dan Kita

By Hafizuddin An-Nuri on 6/30/2009 02:14:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

"Wahai manusia , engkau dilahirkan bersama darah , tetapi kenapa engkau takut untuk kembali kepada Allah dengan darah syahid"

Kata-kata ini saya terjumpa di sebalik buku catatan saya semasa mendengar kuliah . Jadi , saya lupa daripada siapa ungkapan ini diperkatakan . Tapi , apa yang penting kata-kata tersebut sangat menusuk jiwa kita semua khususnya bagi sesiapa yang ingin menyusahkan dirinya di dunia ini untuk mendapat kesenangan di akhirat sana .

Kita dilahirkan dalam keadaan fitrah , dan bersama-sama kita adalah darah . Kita sebenarnya sudah diperkenalkan oleh Allah dengan darah sejurus sahaja keluar dari rahim ibu kita . Darah adalah sebati dalam diri kita . Sistem dalam badan kita juga banyak bergantung dengan darah . Jika badan kita terluka juga , maka darahlah yang akan keluar . Tiada benda lain selain cecair yang berwarna merah inilah yang bersama kita .

Darah amat diperlukan sehingga kempen yang paling kerap diadakan oleh pihak hospital untuk menyelamatkan nyawa manusia adalah kempen derma darah . Terlalu kurang kekerapan untuk kempen derma selain darah . Itula kepentingan darah untuk manusia yang ingin hidup semata-mata hidup sampai mati .

Tetapi bagi kita , seorang muslim yang mu'min , adakah setakat itu sahaja pandangan kita terhadap darah . Semestinya tidak , insyaallah . Seorang pejuang Islam wajib bercita-cita untuk mengalirkan darah syahid dari tubuh badannya . Jika kita sudah berani berada hidup bersama-sama darah semasa kelahiran , mengapa kita tidak berani untuk pulang kepada Allah bersama-sama darah yang lebih mulia di sisi Allah ?

Janganlah disebabkan kemewahan ini kita melarikan diri daripada perjuangan . Malah yang lebih teruk lagi , kita tidak tahu menahu pun apakah itu perjuangan . Ada sesetengah golongan yang hanya meletakkan dan memahami perjuangan adalah sejarah hidup Rasulullah semata-mata . Mereka fikir , kita hari ini hanyalah untuk mengecapi kejayaan dan tersemat di dalam hati mereka hanyalah kejayaan kerjaya penentu segala kejayaan .

Maka , bersedialah kita dengan situasi sebenar kehidupan . Perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah adalah satu perjuangan yang tidak ada penghujungnya melainkan kematian . Jadi , darah syahidlah yang sepatutnya kita bawa bersama-sama dengan kita untuk berjumpa Allah .

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Sekadar perkongsian daripada seorang yang ingin menjadi tentera Allah dan bercita-citakan Syahid . Sebarang pembetulan dan penambahan amat dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my



0 comments for this post