Akta Menafikan Kebebasan Bersuara

By Hafizuddin An-Nuri on 1/27/2011 12:52:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Pengeluaran akhbar Harakah yang berorientasikan gerakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerima pelbagai cabaran dan sekatan untuk memastikan berita yang telus dan agenda kebenaran sampai ke tangan rakyat. Tidak dinafikan Suara Keadilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diperlaku dengan cara yang sama. Walaupun Harakah mempunyai permit untuk diterbitkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap mengehadkan pengeluarannya. Tidak cukup dengan itu, beberapa institusi naungan kerajaan mengharamkan kemasukan akhbar tersebut.

Dalam merangka strategi untuk memastikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ditingkatkan, pelbagai akta diwujudkan. Tidak dapat dinafikan, sememangnya akta menjadi keperluan untuk sesebuah kerajaan pentadbiran bagi memastikan pemerintahan berjalan dengan lancar tanpa ganggu gugat pihak-pihak lain. Namun, hari ini sesebuah pentadbiran yang mempunyai kepentingan tidak sahaja akan menggunakan undang-undang sebagai usaha untuk memastikan keamanan rakyat, bahkan lebih daripada itu untuk menyekat golongan-golongan yang dianggap boleh menjatuhkan pihak kerajaan.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diperkenalkan bagi mengawal pengeluaran lesen mesin cetak serta permit penerbitan untuk pelbagai media cetak termasuklah akhbar parti politik dan akhbar harian.

Akta ini mempunyai beberapa garis panduan bertujuan mengawal segala kandungan penerbitan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain, mengelirukan masyarakat melalui kenyataan yang tidak benar, memudaratkan keselamatan negara dan menggugat keharmonian negara dengan menyentuh isu perkauman.

Akta tersebut mempunyai tujuan yang sangat baik dan terjamin untuk kebaikan umum. Pada masa yang sama, perlu dilihat dan dikaji kembali bahawa peraturan tersebut mestilah bertepatan dengan semasa dan tidak membebankan pihak-pihak tertentu. Kerenah birokrasi juga boleh menjadi punca kelembapan kepada kumpulan-kumpulan media untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Baru-baru ini, dalam kancah dunia teknologi dan internet yang semakin maju, KDN melalui menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengusulkan cadangan untuk memperluaskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang meliputi aspek terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian. Pelbagai tafsiran boleh dibuat berdasarkan cadangan tersebut, secara umumnya ia boleh dimaksudkan dengan pemantauan pihak kementerian terhadap sebarang penerbitan di alam maya, internet termasuk akhbar atas talian, laman web, blog, Facebook dan sebagainya.

Rentetan penggulingan kerajaan Ben Ali di Tunisia, kebangkitan rakyat semakin menular dalam kalangan pemuda-pemuda di seluruh dunia. Peranan alam maya antara punca di sebalik kisah penggulingan kerajaan tersebut. Terbaru, usaha gigih sedang dilakukan oleh rakyat Mesir untuk menjatuhkan Hosni Mubarak. Facebook ciptaan Yahudi dimanfaatkan dengan sebaiknya. Hubungan dan perkongsian maklumat antara masyarakat hari ini hanya berkitar dalam ruang lingkup internet.

Mengambil iktibar yang berlaku di Tunisia dan Mesir dilihat sebagai faktor pendesak terhadap cadangan pindaan akta tersebut ke arah aspek yang lebih luas. Pihak kerajaan yakin kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan turun mendadak akibat daripada bermacam-macam kes dan isu yang tidak baik didedahkan melalui saluran alam maya. Pengtahuan rakyat yang semakin luas dalam menilai baik dan buruk menyebabkan tindakan drastik diambil dengan mencadangan akta tersebut bukan sahaja memantau penerbitan cetakan semata-mata.

Cadangan yang diutarakan KDN dilihat sangat bercanggah dengan Kebebasan Hak Asasi (Fundamental Liberties) yang terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Warganegara Malaysia dijamin dalam Perkara 10 iaitu Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan.

Hak-hak tersebut adalah tonggak dalam menjayakan sistem demokrasi di negara kita. Ia juga turut dinyatakan dalam Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Human Rights Fundamental Liberties). Kebebasan Bersuara (Freedom of Speech) dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10(1)(a) yang berbunyi, "Tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran". Namun begitu, ia mestilah berpandukan rasional dan tidak melampaui batas.

Cadangan ini pastinya mendapat tentangan dan bantahan yang hebat daripada kumpulan-kumpulan media bebas. Ini kerana, media-media alternatif inilah yang menjadi tumpuan dan perhatian rakyat pada hari ini. Sebaran-sebaran maklumat terkini sentiasa dikemaskinikan. Pemikiran rakyat berorientasikan alam maya tidak boleh disekat dan diaktakan.

MPP UIAM Turun Bergaya, PRK Semakin Hampir

By Hafizuddin An-Nuri on 1/26/2011 04:47:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



AGM Majlis Perwakilan Pelajar UIAM sudah berlalu, memberi tanda bahawa Pilihanraya Kampus semakin hampir. MPP UIAM yang diketuai oleh saudara Mohd Firwan Norliza sesi 2009/2010 boleh diiktirafkan sebagai turun dengan bergaya.

MPP UIAM telah berjaya membawa legasi mereka sehingga ke peringkat nasional dan antarabangsa. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kesungguhan gerak kerja MPP UIAM sangat tinggi dan berjaya memuaskan hati mahasiswa UIAM secara keseluruhannya.

Populariti Mohd Firwan Norliza memang tidak disangkal lagi dengan melibatkan diri ke semua aspek dan bidang sebagai presiden yang responsif. Namanya terpapar hampir di semua akhbar tempatan cetakan mahupun atas talian di alam maya. Respon yang diberikan terhadap isu-isu kampus, masyarakat dan antarabangsa sangat menjadi perhatian.

MPP UIAM yang membawa agenda mahasiswa berorientasikan servis, isu dan program ini telah membuka mata masyarakat kampus khasnya dan luar kampus amnya bahawa kepimpinan mahasiswa tidak boleh dipandang enteng dan tidak matang. Kebijaksanaan MPP UIAM dalam mengeksposkan keterlibatan dalam arena politik kampus sangat membanggakan.

MPP UIAM melalui presidennya telah membina hubungan yang baik dengan seluruh pimpinan mahasiswa di kampus-kampus lain. Perkara ini perlu diakui kerana hubungan yang baik ini telah membina kesatuan mahasiswa di peringkat nasional.

Dalam menangani isu-isu kebajikan mahasiswa, pelbagai perencanaan dilakukan bagi memastikan mahasiswa UIAM berada dalam keadaan yang baik dan terjaga. Tidak cukup dengan itu, MPP juga telah menyerahkan memorandum kepada YB Dato Saifuddin Abdullah dan juga pihak pentadbiran dalam program AGM baru-baru ini. Walaupun mereka sudah lagi tidak berkuasa untuk menjalankan tugas MPP selepas ini, namun kecaknaan yang ditunjukkan pelulah dipantau oleh MPP akan datang.

Tahniah SRC IIUM 2009/2010.

AGM baru berlalu, bermakna ahli-ahli MPP menurunkan jawatan masing-masing. Kerusi-kerusi perwakilan mahasiswa akan kosong. Suara mahasiswa mesti diketengahkan. Tidak dapat tidak, menjadi tradisi, dalam masa terdekat ini notis pengeluaran borang untuk bertanding dalam pihanraya kampus akan keluar pada bila-bila masa sahaja.

Pilihanraya kampus (PRK) dijangkakan pada bulan Februari ini. Kampus-kampus lain juga sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRK. PRK yang diadakan setiap tahun menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi politik di peringkat mahasiswa.

Tidak sepatutnya berlaku apabila wujud beberapa pihak yang berautoriti tinggi cuba menyekat kemaraan mahasiswa. Peraturan-peraturan yang telah digariskan perlulah disemak kembali samada masih rasional atau tidak untuk digunakan lagi. Peraturan diwujudkan hanyalah untuk menjaga dan memantau keamanan dan disiplin bagi sesebuah tempat. Tidak perlulah menjadikan peraturan sebagai penyekat dan penghalang bagi gerakan mahasiswa untuk mempersembahkan kebijaksaan dalam kepimpinan.

Peraturan yang menyekat mahasiswa untuk terlibat dengan kempen secara berkumpulan dan mengiktiraf sebagai wakil kumpulan tertentu sangat bersifat dangkal. Peraturan sebegitu tidak wajar lagi digunakan di dalam kampus bertaraf antarabangsa ini. PRK kali ini mestilah memperlihatkan kepada masyarakat bahawa pemilihan pemimpin dalam kalangan mahasiswa adalah sangat penting.

Saya berharap agar pihak pentadbiran tidak meletakkan kami, Pro-Mahasiswa UIAM (WUFI) sebagai kumpulan penentang. Pro-M (WUFI) berhasrat dan bercita-cita untuk merealisasikan harapan dan aspirasi UIAM melalui visi dan misi-misi yang telah ditetapkan sejak zaman-berzaman.

WE UNITE FOR IIUM, WE UNITE FOR ISLAM

Pejabat Operasi MPP UIAM Disabotaj

By Hafizuddin An-Nuri on 1/24/2011 11:13:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Gombak, 23 Jan- Hari ini UIAM digemparkan dengan satu perilaku yang sangat tidak senonoh yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dinding luar pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dicemari dengan kata-kata kesat terhadap beberapa pimpinan mahasiswa tersebut. MPP UIAM yang juga dilabelkan sebagai 'babi PAS' pada dinding tersebut sangat mendukacitakan pihak MPP.



Selain itu, pintu utama pejabat telah disimbah dengan cat merah menyebabkan pintu tersebut yang juga pintu cermin dipenuhi dengan warna merah. Tindakan kurang biadab ini juga telah mendapat perhatian Director, Student Development Division, Dr. Nor Asiah Mohamad. Beliau kelihatan sangat kesal dengan kejadian yang berlaku.


Perkara yang mengejutkan, pejabat juga telah digeledah. Fail-fail dan dokumen-dokumen kelihatan berselerak dan bersepah di atas lantai. Pihak MPP bernasib baik apabila tiada sebarang barang yang hilang. Mereka juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak kesematan.

Disebabkan hal demikian, lebih kurang 20 mahasiswa datang ke pejabat untuk membersihkan kekotoran yang dibuat. Gotong-royong tersebut berjalan lancar sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Pada masa yang sama juga, poster berbau hasutan memenuhi bangunan-bangunan kuliyah yang berbunyi 'Anti-WUFI' ditulis di atas poster promosi AGM SRC. Kejadian ini disyaki berlaku bersempena Annual General Meeting SRC yang akan diadakan pada hari Isnin, 24 Januari jam 8 malam bertempat di Main Auditorium. Diharap AGM berlaku dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Program AGM ini juga menunjukkan bahawa pilihanraya kampus (PRK) semakin hampir. Semoga mahasiswa UIAM dapat menunjukkan contoh politik yang sihat kepada masyarakat luar supaya tidak menjadi persepsi buruk terhadap dunia politik kampus.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


AGM SRC 2009/2010

By Hafizuddin An-Nuri on 1/23/2011 03:52:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Ayuh sahabat-sahabat mahasiswa UIAM sekalian, kita bersama-sama dengan Kerajaan Mahasiswa kita.

WE UNITE FOR ISLAM


Suo Kenal Alumni Maahad 2011

By Hafizuddin An-Nuri on 1/20/2011 12:55:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...




Perjuangan Itu Susah

By Hafizuddin An-Nuri on 1/19/2011 06:09:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Perjuangan...

Jangan harapkan pujian,
Jangan harapkan kesenangan,
Jangan harapkan kerehatan,
Jangan harapkan layanan,
Jangan harapkan perhatian,

Perjuangan...

Hanya untuk kejian,
Hanya untuk kesusahan,
Hanya untuk keletihan,
Hanya untuk hinaan,
Hanya untuk pulauan,

Perjuangan...

Kerana Islam,
Kerana Rasulullah,
Kerana Allah.

-Hafizfillah MN-
(19/1/2011)

Menuju PRK: Titik Mula Perjuangan Mahasiswa 2011

By Hafizuddin An-Nuri on 1/15/2011 07:54:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria..

Dalam era tahun baru 2011 ini, mahasiswa-mahasiswa bakal berdepan pilhanraya kampus (PRK). PRK yang berlangsung setiap tahun menyaksikan pelbagai rentak politik kampus yang dicaturkan oleh mahasiswa yang menarik tumpuan banyak pihak untuk dianalisa.

Kumpulan-kumpulan mahasiswa yang sentiasa terlibat dengan PRK akan menjadi kayu ukur intelektual dan kematangan mahasiswa kepada masyarakat umum samada kumpulan Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi. Menjadi aktiviti normal bagi masyarakat melabelkan Pro-M sebagai kumpulan berorientasikan Pro-Pembangkang dan Pro-A sebagai Pro-Kerajaan.

Pro-Mahasiswa seperti Pro-M UM, GMUKM, WUFI (UIAM), GMS KUIS dan sebagainya merupakan kumpulan yang dianggap agresif dan berani dalam mempertahankan pendirian mereka. Namun, pendekatan diplomatik tetap menjadi strategi utama melihat keadaan dan kondisi yang sesuai mengikut kampus masing-masing. Bagaimana pun, Pro-M berusaha untuk mengambil kerajaan mahasiswa di kampus semata-mata bertujuan untuk mengembalikan hak-hak mahasiswa dan ingin menegakkan kebenaran di kampus.

Pro-Aspirasi pula selalu dimomokkan sebagai kambing hitam pihak pentadbiran universiti dek kerana hubungan Pro-A dengan pihak atasan yang terlalu rapat. Mereka menggelarkan kumpulan Pro-A sebagai penjunjung aspirasi universiti dengan merealisasikan visi dan misi sesuatu universiti tersebut.

Ada pun kedua-dua kumpulan mahasiswa ini, sehingga hari ini masih tidak jemu untuk meneruskan agenda masing-masing. Tahun 2010 menjadi saksi pelbagai aksi daripada kedua-dua pihak termasuk campur tangan pihak pentadbiran boleh dilihat. Hanya mahasiswa yang boleh menilai kumpulan yang sepatutnya mereka sokong dan dokong dalam memilih pimpinan mahasiswa.

Justeru, PRK yang semakin dekat ini bakal menjadi pemula dan titik awal kepada kebijaksanaan gerakan mahasiswa di setiap kampus dalam mengatur strategi untuk menjayakan agenda besar, bukan 'berjalan di atas angin'.

Mahasiswa dicadangkan supaya melihat kriteria-kriteria utama untuk memilih pemimpin:

1- Agenda utamanya adalah Islam
2- Menyeru kebaikan dan mencegah kemunkaran adalah kewajipan
3- Kebajikan mahasiswa diutamakan
4- Hubungan dengan manusia sekitarnya berakhlak
5- Kepimpinannya dirasai bukan dibenci
6- Keberanian mencetus solusi

Kriteria di atas bukanlah dicadang atas dasar fakta dan bersifat pokok, ia hanyalah cadangan penulis yang mendambakan pemimpin mahasiswa Islam yang hebat.

Kesimpulannya, mahasiswa hari ini tidak perlu tergopoh-gapah dalam berjuang kerana Rasulullah sendiri bersabar dalam menyampaikan seruan Islam. Hal ini bukanlah bermaksud mahasiswa hari ini perlu duduk bersahaja menantikan 'bulan jatuh ke riba'. Kebenaran dan hak mestilah diperjuangkan secara bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Semoga pendidikan politik dalam kalangan mahasiswa hari ini terus menyubur dari semasa ke semasa. Universiti adalah tempat melahirkan pemimpin yang berjiwa kepimpina bukan melahirkan pelajar yang bekerja.

WE UNITE FOR ISLAM

Mahasiswa UIAM Bersuara Lagi

By Hafizuddin An-Nuri on 1/12/2011 07:22:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



Mahasiswa bersuara lagi. Rapat Umum Mahasiswa UIAM kali ini berbicara pula tentang kerajaan berkebajikan, adil dan bersih adalah Kerajaan Impian mahasiswa. Secara langsung menyentuh peranan mahasiswa terhadap negara ini.

We Love Malaysia! We Love IIUM! We Unite For Islam!

Interlok, Jangan Dipolitik Karya Itu

By Hafizuddin An-Nuri on 1/10/2011 12:09:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Jangan dipolitik karya itu,

Bukan menghina sesiapa,

Mengolah dengan fakta sejarah,

Jangan dipolitik karya itu,

Ditulis dengan seni,

Jiwa sastera mendesak,

Jangan dipolitik karya itu,

Interlok hasil sasterawan,

Nafsu dan karya menjadi sebati,

Selamatkan seni ini.

-Hafizfillah MN-
(10/1/2011)

Suo Mato Anok Klate

By Hafizuddin An-Nuri on 1/06/2011 12:50:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Seluruh mahasiswa UIAM yang berasal, tinggal atau menetap di Kelantan dijemput hadir beramai-ramai.


Naik Selagi Lama

By Hafizuddin An-Nuri on 1/05/2011 09:35:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



Tiada luahan mampu dikongsi bersama-sama,

Akal yang rasional pun dalam dilema,

Apakan daya jika dianggap rakyat lena,

Mahasiswa pun turut merasai bersama,

Naikkan apa-apa sahaja selagi yakin lama,

Manusia pun hidup tidak lama,

Yakinlah hanya Dia yang Berkuasa selama-lama.

-Hafizfillah MN-
(5/1/2011)