Himpunan Menuntut ROYALTI MINYAK

By Hafizuddin An-Nuri on 1/27/2010 04:48:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...





Sama-sama kita ramaikan , memohon kepada Allah agar diberikan keadilan dan hak kepada negeri Kelantan . Semoga Allah memberi balasan sewajarnya kepada orang-orang yang berbuat zalim .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my



Iktibar Daripada Aduka Teruna

By Hafizuddin An-Nuri on 1/26/2010 02:04:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Berita tergempar baru-baru ini adalah penghinaan terhadap almarhum Sultan Johor . Penghinaan ini telah dilakukan oleh seorang blogger yang dikenali sebagai Aduka Teruna (AT) . Walaupun ada pihak yang menafikan bahawa artikel tersebut bukan ditulis oleh Aduka Taruna Disebabkan penghinaannya yang terlalu melampau membawa kepada kes polis apabila pihak polis menerima sekurang-kurangnya 25 laporan yang dibuat oleh banyak pihak .

Sudah terlalu banyak isu ini diulas . Boleh lihat Biaqpila , Perisik Rakyat , Wartamaya , Malaysiakini , Harakahdaily dan banyak lagi .

Apa yang penting , penulisan blog sememangnya terbuka meluas sehingga kritikan terhadap pemimpin juga tiada masalah . Jika kita berada di pihak benar . Tetapi dengan satu syarat iaitu tidak melanggar syariat Islam . Jika orang sudah meninggal pun dihina sebegitu rupa , itu sudah tidak beradab .

Oleh itu , dengan gemparnya isu Aduka Taruna ini diharapkan semua blogger dapat mengambil iktibar . Alhamdulillah , Aduka Taruna sudah pun menyerah diri kepada pihak polis . Semoga Aduka Taruna diberi hidayah oleh Allah . Boleh ikuti perkembangan Aduka Taruna di http://adukataruna.blogspot.com/ .

Setiap perkara yang dilakukan tidak dinilai dan dihitung oleh pihak polis kerana mereka juga manusia , tetapi beringatlah dengan Allah .

Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Johor yang telah kembali ke rahmatullah .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Oh Mahasiswa ! Sudah Tiba Masanya

By Hafizuddin An-Nuri on 1/25/2010 07:59:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Hari ini sudah tiba untuk mahasiswa bangkit kembali seperti asal . Mengapa asal ? Perlu disingkap kembali bahawa perjuangan adalah sinonim dengan pemuda atau remaja . Idola umat Islam , Nabi Muhammad S.A.W juga ditarbiyah tentang perjuangan oleh Allah ketika usia remaja . Sahabat-sahabat baginda juga majoritinya adalah remaja-remaja belasan tahun .

Khalid Al-Walid yang memimpin jentera perang hanya berusia belasan tahun dan menjadi penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam ketika Perang Muktah . Sultan Muhammad Al-Fateh pula telah menjadi pemimpin negara ketika berusia 19 tahun dan berjaya merampas kembali Kota Konstentinopel . Dan banyak lagi pemuda-pemuda yang meletakkan perjuangan sebagai jalan hidup .

Itulah pemuda atau remaja pada asalnya . Pemuda hari ini adalah mahasiswa . Jadi mahasiswa perlu bangkit , perlu ke hadapan , perlu berani , perlu bijak mengatur strategi . Sudah tiada masa lagi untuk menyatakan takut pada AUKU , takut pada HEP , takut pada orang tidak suka , takut akademik merosot , dan pelbagai lagi alasan yang tidak bijak atau terlalu dayus .

Mahasiswa perlu berani menegakkan keadilan dan menafikan kezaliman . Jangan jadi barang mainan pihak pentadbiran . Semakin diikut , semakin menjadi dibuatnya . Mahasiswa diseru tidak bercakap sahaja . Apa gunanya bercakap berapi-api , tetapi tidak turun ke padang demonstrasi pun . Beranikan diri demi mengakkan hak . Biar ditangkap polis , asalkan jangan diperbodohkan . Mudah kata , biar merana kerana betul jangan jadi bodoh kerana takut .

Sudah tiba masanya hari ini , mahasiswa yang dikenali sebagai agen perubah perlu buktikan kepada masyarakat yang tertunggu-tunggu pemuda-pemuda yang akan membebaskan kezaliman di negara ini khususnya dan di seluruh dunia amnya .

Sejarah telah membuktikan , hanya menunggu kita menciptanya lagi . Mahasiswa adalah aset paling penting dalam pembangunan negara . Bukan sebagai simbolik kewujudan pendidikan di sesebuah negara itu sahaja .

Hidup Mahasiswa !!!
Bangkit Mahasiswa !!!
Student Power !!!

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Walk For Democracy : Tarik Perhatian Umum , 9 Aktivis Mahasiswa Ditangkap

By Hafizuddin An-Nuri on 1/24/2010 07:56:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Semalam 23 Januari 2010 , hari Sabtu , Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia berjaya mengadakan satu perarakan yang dinamakan 'Walk For Democracy' .

Dalam perarakan tersebut , yang bermula dari Dataran Merdeka hingga pasaraya SOGO telah menyaksikan lebih kurang 150-200 mahasiswa dari kampus-kampus sekitar Lembah Klang telah turun . Slogan 'Hapuskan Kezaliman' , 'Bangkit Mahasiswa' dan seumpamanya dilaungkan dengan semangat telah menarik perhatian umum . Dengan ini dapat membuka mata masyarakat yang sebelum ini ditutup oleh kerajaan bahawa mahasiswa inginkan keadilan .

Perarakan secara aman ini tidak mendapat kerjasama daripada pihak polis . Seperti biasa , mereka akan menggertak aktivis-aktivis mahasiswa supaya bersurai . Mahasiswa tetap dengan agenda mereka untuk disampaikan kepada umum . Akhirnya , pihak polis seperti biasa , menahan 9 orang aktivis mahasiswa termasuk presiden GAMIS .

Antara slogan yang diangkat yang juga merupakan permintaan mahasiswa terhadap kerajaan adalah 'Mahasiswa Malaysia Tuntut Demokrasi Kampus' , 'Kembalikan Demokrasi Kampus' , 'Bebaskan Mahasiswa' , 'Bebaskan Ahli Akademik dan Pensyarah' , 'Berikan Autonomi Kepada Universiti' dan banyak lagi .








































HIDUP MAHASISWA !!!

BANGKIT MAHASISWA !!!

STUDENT POWER !!!


Lihat Malaysiakini dan Harakah Daily.

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com


hafizmn88@yahoo.com.my


Tahniah Pro-M UIAM ! Hidup WUFI !

By Hafizuddin An-Nuri on 1/22/2010 06:20:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

TAHNIAH PRO-M UIAM!!!

Alhamdulillah , sekali lagi Pro-M UIAM berjaya membarisi kepimpinan mahasiswa apabila menang majoriti pada pilihanraya kampus sesi 2009/2010 . Perkataan WUFI di hati mahasiswa sudah tidak dapat dihakis kecuali mereka yang hanya mencari kesalahan . Walaupun pihak pentadbir universiti mengharamkan perkataan ini , namun ia tidak melunturkan sokongan mahasiswa-mahasiswa UIAM untuk terus memilih calon-calon WUFI sebagai pemimpin mereka .

Semoga calon-calon yang menang di kerusi-kerusi kuliyyah masing-masing tidak hanya bergoyang kaki dengan kemenangan ini . Mahasiswa UIAM inginkan suara mereka diwakili oleh pemimpin-pemimpin yang mereka pilih .

We Unite For Islam ! {]:-)

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

Pilihanraya Kampus UIAM

By Hafizuddin An-Nuri on 1/20/2010 02:22:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

UIAM akan menghadapi pilihanraya kampus (PRK) untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar . Berikut maklumat lanjut berkenaan PRK tersebut :

TARIKH : 21 JANUARI 2010 (KHAMIS)

MASA : 9.00am - 5.00pm

TEMPAT : Semua Makmal Komputer Kuliyyah & ITD

* PERINGATAN : JANAGAN LUPA BAWA KAD MATRIK

Diharap semua pelajar UIAM tidak terkecuali untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih pimpinan mahasiswa . Semoga demokrasi kampus sentiasa telus dan tulus .

Lihat http://promahasiswauiam.blogspot.com

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Bantah E-Undi

By Hafizuddin An-Nuri on 1/13/2010 04:11:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

MANSUHKAN E-VOTING !

BANTAH menyeru seluruh mahasiswa kampus untuk menandatangani petisyen Mnsuhkan E-Voting . Referendum ini akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada hari Jumaat ini .

Bersama-sama kembalikan DEMOKRASI KAMPUS .

Sila layari http://www.petisyen.com/petition/31/ untuk tandatangan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my