Hari Valentine Haram Disambut Umat Islam

By Hafizuddin An-Nuri on 2/13/2012 08:38:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...




Hari Valentine Haram Disambut Umat Islam



Dapat MC Setahun, Bukan Untuk Rehat

By Hafizuddin An-Nuri on 2/12/2012 03:42:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Setahun dapat 'MC'. Inilah mungkin ujian Pencipta kepada hambaNya.

Penyakit lama datang kembali, berharap kehadiran ia bukan untuk melemahkan semangat daku, tetapi satu proses pengampunan dosa untuk hamba yang selalu membuat maksiat, semoga ini juga adalah proses meningkatkan tahap iman ke arah yang lebih tinggi.

13 tahun cas-cas elektrik ini hidup. Keaktifannya tinggi kali ini.

Semasa darjah 5, berasa hairan setiap pagi sebelum ke sekolah mesti badan ini akan 'bergetar' seperti terkena renjatan elektrik. Biarlah, mungkin kesejukan. Sampai masa terkena renjatan yang besar sehingga disahkan ada penyakit.

Hidup berteman ubat-ubatan, hospital menjadi rumah ke-2.

Bermula itulah, kehidupan ini berubah, namun masih aktif berpartisipasi dalam program-program dakwah dan kepimpinan di sekolah. Di tempat-tempat 'kem' inilah biasa ia akan datang menjenguk seketika pagi setiap hari. HUSM dilawat sekurang-kurang 3 bulan sekali, kelamaan datang juga bosan.

Doa senjata orang mukmin, jangan ego dengan Tuhan.

Setiap minggu, pastinya akan ke masjid berlainan bersama Abah pada setiap Jumaat. Memohon keampunan dan hajat yang hanya Allah berhak dan mampu kabulkan. Setiap sesuatu datang daripadaNya, dan kepadaNya kita pohon segala hajat. Setiap Ramadhan yang datang juga tidak ditinggalkan peluang itu. Ya, inilah perangai hamba! Pohon, minta, pohon, minta dan pohon!

Alhamdulillah, ia berhenti untuk seketika, 3 tahun aku bebas daripada renjatan elektrik ini. Maha Besar Kuasa Allah.

Aku leka dan alpa, usaha aku tinggalkan. Dengan 'ijtihad' sendiri yang penuh dengan ego dan sikap mahu bebas, ubat diketepikan. Temujanji bersama doktor ditinggalkan.

Paling sedih, amalan solat hajat dan doa aku tidak sama seperti dahulu lagi. Inilah ego seorang hamba.

Allah Maha Berkuasa dengan sifat Penguasanya. Renjatan eletktrik yang kritikal aku peroleh. 3 hari berada dalam wad. Diikatakan oleh doktor akibat daripada tekanan fikiran dan bebanan yang terlalu banyak, puncanya sudah pasti diri sendiri.

Trauma! Sungguh Trauma!

Hanya itu ungkapan untuk penyakit ini, kerana penyakit ini tidak pernah menyakitkan diri ini.

Doktor nasihatkan, "Rehat untuk setahun ini, jangan aktif dan buat perkara-perkara yang berat khususnya melibatkan pemikiran. Cas-cas elektrik kembali aktif dalam kepala dan badan".

Serta-merta aku mengambil keputusan untuk meletakkan beberapa jawatan untuk posisi besar dalam beberapa organisasi, ada juga yang aku diturunkan ke posisi yang bawah. Insyaallah, setahu sahaja.

Namun, ini bukan alasan untuk diriku daripada berhenti berjuang dan mengambil bahagian dalam gerak kerja da'wah ini. Aku bimbang dan khuatir, takut-takut ia menjadi fitnah kepada diriku dan juga Gerakan Islam khususnya.

Jika ada kata-kata yang berbunyi, "Berundur setapak untuk mengatur beberapa langkah ke hadapan",

mungkin kata-kata, "Berehat sekejap untuk mengatur serangan seterusnya" ini sesuai untuk diri ini.

Waspada, tiada istilah rehat dalam perjuangan Islam. Pastikan setiap saat kita hidup untuk memikirkan ummat. Jika aku gembira dengan 'MC' setahun ini, maka aku bimbang aku akan mati dalam 'MC' ini. Aku pohon perlindungan daripada Allah.

Ambillah iktibar dan manfaat yang ada walaupun sedikit, jika tidak, sama-sama kita berkongsi segala yang baik.




Semarak Gelombang Cinta Rasul

By Hafizuddin An-Nuri on 2/07/2012 02:52:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


::SEMARAK GELOMBANG CINTA RASUL::


We ♥ Muhammad!

We ♥ Muhammad!

We ♥ Muhammad!

We ♥ Muhammad!

We ♥ Muhammad!

We ♥ Muhammad!




Hafalan Shalat Delisa

By Hafizuddin An-Nuri on 2/06/2012 11:11:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Cerita Indonesia yang sangat bermanfaat. Menyentuh nilai Islam yang sangat dihayati oleh para penonton.

"Delisa cinta ummi kerana Allah"

"Delisa cinta abi kerana Allah"

Sama-sama kita hayati filem ini dengan hati seorang manusia yang ikhlas,

'Hafalan Shalat Delisa'.