Usrah & Bowling

By Hafizuddin An-Nuri on 3/29/2011 03:37:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Keputusan Pertandingan Bowling Tarbawi


Kumpulan: 3 Usrah (BADAR, MIFTAH, SAFAR)

Pusingan: 2


BADAR

Syafie [R1:93,R2:123]-216

Majdi [R1:105,R2:104]-209

Zaid [R1:114,R2:77]-191

Aizat [R1:126,R2:143]-249

Hafis F/Safy [R1:79,R2:95]-174

Jumlah : 1039


MIFTAH

Hanif [R1:85,R2:81]-166

Izhan [R1:118,R2:94]-212

Hafiz I [R1:118,R2:84]-202

Syahir [R1:144,R2:140]-284

Taufiq [R1:122,R2:139]-261

Akif [R1:104,R2:103]-207

Jumlah : 1332


SAFAR

Anas [R1:115,R2:109]-224

Najmi [R1:96,R2:91]-187

Adham [R1:109,R2:82]-191

Judin [R1:109,R2:89]-198

Nix [R1:96,R2:97]-193

Jumlah : 993


Ranking USRAH:

1- Miftah

2- Badar

3- Safar


Pemain Terbaik:

1- Syahir (284)

2- Taufiq (261)

3- Aizat (249)


[USRAH SAFAR]

[USRAH MIFTAH]

[USRAH BADAR]

Alhamdulillah, atas matlamat mencapai redha Allah, sempena usrah terakhir dianjurkan pertandingan antara 3 usrah iaitu Usrah SAFAR, Usrah MIFTAH dan Usrah BADAR. Tujuan utama diadakan Usrah Wada Bowling Tarbawi Safar-Miftah-Badar adalah untuk:

1- Liqa Wada untuk Semester 2 sesi 2010/2011

2- Ukhuwah


Segala perancangan Allah itu sangat hebat. Kemanisan ukhuwah yang tersemai di antara kami semua tidak dapat digambarkan. Ukhuwah diusahakan untuk memastikan gerak kerja da'wah dan perjuangan Islam itu mudah dan dikasihi Allah. Ukhuwah yang terbina bukan hanya untuk bergembira dan bergelak ketawa yang akhirnya menuju kemaksiatan kepada Allah.


Perjuangan ibarat permainan bowling:

1- Kadang-kadang STRIKE yang membuahkan hasil dan impak yang baik kerana objektifnya tercapai

2- Kadang-kadang SPARE yang mengakibatkan sedikit objektif tidak dapat dijayakan

3- Kadang-kadang MISS yang tidak mampu memastikan sentiasa STRIKE dan SPARE apabila beberapa kesilapan berlaku yang mengakibatkan tujuan tersasar dan tidak berada di atas laluannya


Namun, perjuangan Islam itu tidak dinilai dengan strike, spare mahupun miss kerana Allah melihat kepada kesungguhan dan keikhlasan kita dalam berjuang. Hasilnya terserah kepada Allah Sang Pencipta untuk menentukan apa yang berlaku. Tugas kita hanyalah berusaha dan berdoa berterusan iaitu tawakkal.


Berdoa kepada Allah agar kita semua ditetapkan atas jalan juang Islam ini. Semoga momentum ini dikekalkan bahkan ditingkatkan lagi demi mencapai kemenangan Islam. Semester ini bakal berakhir, namun pentarbiyahan kita sebagai ahli gerakan Islam tidak mungkin sekali-kali berkahir di sini sahaja. Jumpa anda semua di semester akan datang.


Allahuakbar!!!


Perang Fitnah Di Malaysia

By Hafizuddin An-Nuri on 3/25/2011 02:57:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Politik Malaysia hari ini tidak menentu. Kadang-kadang macam berada di sungai yang sejuk, kadang-kadang macam berada di tepi gunung berapi. Kisah-kisah serangan peribadi tokoh-tokoh politik juga tidak berhenti. Pihak kerajaan pun diserang, pihak lawan pun diserang. Seolah-olah politik ini hanyalah untuk saling serang-menyerang.

Sebagai contoh terdekat, kes Altantuya dikaitkan dengan Perdana Menteri, Najib Razak yang dihangatkan sebagai dalang. Kes liwat dan seks pula dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dicop sebagai tokoh seks masa kini.

Manusia hari ini tidak hidup dengan tenang. Aktiviti fitnah berleluasa sehinggakan sekecil-kecil konflik pun akan dijadikan isu fitnah. Tuduh menuduh tanpa bukti dan hujah yang kukuh telah menjadi teras kepada masyarakat ini. Ditambah pula dengan media-media pelbagai arena yang menjadi wadah utama informasi masyarakat.

Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk membuat penuduhan. Penuduhan yang tidak berasas menyebabkan timbulnya fitnah. Konsep Islam, selagi seseorang manusia itu tidak pernah mengaku dan kriteria-kriteria yang membabitkannya dengan kesalahan tersebut, maka dia tidak akan dihukum sebagai pesalah. Keadilan lebih diutamakan.

Sebagai seorang mahasiswa Islam, fakta dan bukti zahir lebih diutamakan. Isu yang berlaku mestilah dinilai dengan pandang sisi Islam, bukan melibatkan kepentingan peribadi dan kumpulan. Penghukuman Islam mestilah diberikan tugasnya kepada yang lebih berautoriti iaitu ulama. Ulama yang wujud bukan untuk mengimami solat jenazah semata-mata, tetapi terlibat dalam institusi yang lebih besar iaitu pentadbiran negara.

Dunia hari ini tidak lagi aman dan sentosa. Malaysia yang selamat daripada peperangan senjata tetap diselubungi dengan peperangan fitnah. Sesungguhnya fitnah yang berleluasa tanpa sempadan itu menunjukkan jarak kita dengan kiamat tidak lagi jauh dan hanya menunggu masa.


Wacana MAHASISWA Memacu Perubahan MASSA

By Hafizuddin An-Nuri on 3/18/2011 04:57:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



Menarik, khas untuk mahasiswa sekalian. Ayuh kita merencana agenda bersama-sama.



Kerajaan Mahasiswa UIAM Masih Tertangguh

By Hafizuddin An-Nuri on 3/07/2011 05:03:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam caria...


Sudah lebih kurang 2 minggu calon-calon yang bertanding untuk pemilihan MPP dalam pilihanraya kampus (PRK) UIAM meraikan kemenangan masing-masing. Kesyukuran yang diraikan tidak lain dan tidak bukan bersandarkan kepada keyakinan terhadap kuasa Allah yang memberikan kemenangan ini.

Setelah berlalunya AGM Stdents' Representative Council (SRC) sesi yang lepas, bermulalah pembubaran kerajaan pimpinan mahasiswa. Jangkaan terbentuknya kerajaan baru selepas PRK akhirnya tidak berhasil. Seolah-olah kemenangan wakil-wakil mahasiswa tidak diambil serius. Tradisi pengishtiharan kerajaan SRC yang baru pada kebiasaanya adalah melalui sistem syura yang akan dianjurkan oleh pihak pentadbiran.

Sangat dikesali apabila sehingga sekarang, masih tiada sebarang tindakan daripada pihak atasan untuk mengadakan proses syura tersebut. Ini bermaksud, sehingga hari ini bidang tugas pimpinan SRC hanya mampu berada dalam skop kuliyyah masing-masing. Kerajaan SRC masih lagi belum dibentuk dan tidak disahkan lagi.

Perlu ditegaskan di sini, mereka semua ahli MPP yang diberikan mandat oleh mahasiswa bukan melalui perlantikan oleh pihak pentadbiran. Oleh itu, amat memalukan andai perkara ini tidak diambil serius kerana mahasiswa UIAM tidak sama sekali bodoh.

Hal ini seolah-olah menyatakan bahawa PRK yang berlaku pada semester ini adalah tidak berfungsi. PRK dianjurkan hanya untuk menutup mulut-mulut mahasiswa yang menerima bulat-bulan apa yang berlaku. Cuti semester yang semakin hampir membuktikan bahawa peranan SRC tidak akan berjaya dilihat pada semester ini.

Rasional SRC perlu disahkan dalam masa yang cepat adalah kerana:

1. Mandat mahasiswa
2. Tempoh berkhidmat singkat
3. Penangguhan kerajaan mahasiswa terlalu lama

Sebarang alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran tidak sepatutnya menjadi penyebab utama atas kelembapan proses tersebut. Amanah dan tanggungjawab SRC untuk membawa suara mahasiswa tidak sepatutnya disekat atas alasan birokrasi dan sealirannya. Kondisi kehangatan PRK pada baru-baru ini seolah-olah terus membeku. Hal ini akan membantutkan kefahaman pendidikan politik dalam kalangan mahasiswa.

Justeru, diharapkan pihak pentadbiran UIAM selaku pihak paling berkuasa dapat menyelesaikan masalah tersebut. Walaupun ianya masalah terpencil, namun impaknya amat besar. Mahasiswa UIAM masih tertunggu-tunggu di manakah pimpinan SRC yang dipilih oleh mereka.