Rokok ! Isu Berterusan

By Hafizuddin An-Nuri on 5/31/2009 11:59:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Seperti yang kita maklum , rokok adalah satu isu yang sudah lama dikupaskan oleh semua pihak dan isu ini masih tidak berhenti sehingga sekarang . Berita terkini tentang benda haram ini adalah zon larangan . Hal ini diberitahu oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa berucap merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009 peringkat kebangsaan [berita lanjut] . Ini kerana bahaya rokok bukan kepada perokok tetapi kepada sesiapa yang menghidu asap rokok . Perokok masih ada penapis pada batang rokok , namun yang menghidu asap rokok tiada penapisnya .

Beliau juga menegaskan supaya amaran kesihatan dilekatkan di semua kotak rokok di Malaysia .Tahniah saya ucapkan kepada menteri kerana berusaha untuk menghapuskan produk barat yang amat membahayakan nyawa ini . Diharapkan , selepas ini pihak berwajib berusaha lebih keras lagi dengan idea-idea yang lebih bernas untuk menghapuskan benda haram ini .

Pada pandangan saya sebagai seorang yang masih menuntut ilmu Allah , sebenanya masih banyak cara yang kita boleh laksanakan di sini . Maksud saya pihak kerajaan yang laksanakan kerana daya kita sebagai rakyat sangat terhad melainkan kerajaan mampu mendengar suara rakyat .

Mengapakah Hari Tanpa Tembakau Sedunia diwujudkan sebenarnya ? Soalan ini tidak mampu dijawab oleh kita yang tidak terlibat secara langsung . Apatah saya dan semua orang lain yang tidak melihat kertas kerjanya . Tetapi pada asasnya , Hari Tanpa Tembakau pastinya ingin berkempen supaya tiada tembakau akan wujud pada suatu hari nanti . Jadi secara mudahnya , kita tidak mahu wujudnya rokok di dalam Malaysia khususnya .

Persoalannya , bagaimana dan apakah cara rokok dapat masuk dan wujud di negara kita ini ? Pada hemah saya , rokok diimport oleh kerajaan untuk menjana kewangan negara . Contohnya rokok Dunhill , Salem dan banyak lagi (maaf , saya tidak ingat) semua diimport oleh kerajaan kita . Jadi , sesiapa pun boleh berfikir secara rasional , kita mengadakan banyak kempen dan pelbagai peraturan baru , tetapi mengapakah kerajaan sangat sayangkan perniagaan yang menghancurkan rakyat ini ? Kerana kerajaan sangat boleh untuk menghentikan kemasukan rokok . Mungkin ada sebab lain .

Negara kita telah dipimpin oleh seorang Perdana Menteri sejak dari PM pertama sehingga sekarang yang bangsanya Melayu dan agamanya Islam . Malaysia juga dijaja di persada dunia sebagai sebuah negara Islam yang hebat . Tetapi mengapakah lebih cenderung untuk berniaga benda yang telah diharamkan oleh Ulama' besar di dunia sepert Yusof Al-Qardhawi ? Apakah pemimpin kita tidak bijak atau mempunyai agenda lain atau mungkin kepentingan negara ?

Jika dikhuatiri dibangkang oleh non-muslim sebagai alasan , mereka pun sudah didedahkan dengan bahaya rokok . Bahkan menteri yang tebabit dalam kempen tanpa tembakau ini bukan Islam . Jadi kerajaan boleh menghapuskan kewujudan rokok ini untuk mengikut hukum sebagai seorang Islam dan menjaga kebajikan kepada non-muslim .

Apa yang pasti , rokok kini adalah sebahagian agenda Yahudi La'natullah untuk menghancurkan umat Islam . Rokok bukan lagi untuk bergaya atau menunjuk kehebatan seseorang khususnya remaja hari ini . Tetapi menjadi racun nyawa dan racun agama .

Sekadar perkongsian daripada seorang penuntut ilmu yang masih inginkan perkongsian daripada semua pihak .

Wallahua'lam .


SMiLe4aLL




Islam atau Iman atau Ihsan

By Hafizuddin An-Nuri on 5/27/2009 10:39:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Apa khabar Islam kita ?
Apa khabar Iman kita ?
Apa khabar Ihsan kita ?

Ada orang bertanyakan tentang apa kaitan dengan ketiga-tiga perkara dia atas ? Apakah ada pertalian di antara ketiga-tiga perkara itu ? Jawapannya , ya . Apakah itu Islam , Iman dan Ihsan ? Secara mudahnya :

Islam : 5 rukun Islam
Iman : 6 rukun Iman
Ihsan : Kita dapat melihat Allah , seandainya tidak mampu maka bayangkan Allah sedang melihat kita

Tetapi mengapa Islam yang diperjuangkan , bukan Iman atau Ihsan ? Ini adalah kerana Islam melebihi di antara ketiga-tiganya . Sedikit analogi untuk memudahkan kefahaman :

Seandainya kita ingin makan , apakah akan kita utarakan ? Pastinya kita kata kita ingin makan NASI .
Tetapi adakah kita hanya akan makan NASI semata-mata ? Pastinya LAUK-PAUK yang dihidangkan juga dimakan sehingga licin .

Begitulah diumpamakan NASI=Islam dan LAUK-PAUK=Iman dan Ihsan .

Jadi , pokoknya di sini harus ditebang . Maaf , sedikit gurauan=)
Secara kesimpulannya , kita harus memahami apakah Islam . Adakah cukup nilai Islam pada diri kita atau dengan kata lain , adakah MUSLIM kita tanpa Iman dan Ihsan ? Apakah cukup sekadar 5 rukun Islam untuk menghabiskan sisa-sisa hidup kita ? Amat dikhuatiri jika aqidah islamiyah kita masih lagi bukan yang sebenarnya .

Diharap kepada sahabat-sahabat untuk tidak berhenti daripada proses pembelajaran khusunya dalam bab fardhu ain seperti ilmu-ilmu aqidah .

Sekadar perkongsian daripada penuntut ilmu yang masih mencari-cari . Jika ada kesalahan atau penambahan amat dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL


Hukuman Atau Didikan

By Hafizuddin An-Nuri on 5/20/2009 05:48:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kerajaan digesa pinda akta hukuman mat rempit menjadi tajuk utama Utusan Malaysia hari ini .

Dalam paparan ini juga menyatakan istilah 'mat rempit' perlu digantikan dengan 'samseng jalanan' . Mungkin disebabkan mereka ini bukan sekadar merempit motosikal tetapi juga bertindak kurang ajar dan biadap yang menjadikan alasan utama pertukaran istilah . Tukarlah nama apa pun , mereka tetap sama .

Polis meminta kerajaan meminda segera Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas samseng jalanan dengan hukuman mandatori . Itulah ayat yang tertera di muka depan Utusan Malaysia . Kesedaran pihak polis pada kali ini berkenaan pindaan akta ini begitu serius apabila Ketua Trafik Bukit Aman menyatakan samseng jalanan ini tidak insaf . Selepas membayar saman walau mahal mana sekali pun , mereka teruskan kegiatan mereka .


Jadi , pihak polis dengan serius dan inginkan kadar segera pindaan akta ini untuk kebaikan bersama . Mereka yang terlibat bukannya orang tua , tetapi budak-budak belasan tahun . Pada kiraan saya mereka sebenarnya terlalu muda untuk mengenal erti kehidupan di jalan raya .

Apakah semua yang berlaku ini disebabkan hukuman yang tidak ketat dan tegas atau didikan seseorang menjadi manusia yang lemah ?

Apakah kita tidak fikir , budak-budak sekarang terlibat dalam kes rempit ini kerana ibu bapa . Maaf , ingin saya nyatakan di sini , mana-mana ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka tidak seharusnya memberikan anak-anak ini sebuah motosikal pun . Inilah alasan para ibu bapa , kalau tidak diberikan motosikal susahla . Ibu ingin uruskan kerja-kerja rumah tangga , ayah pula pagi-pagi hari lagi nak pergi bekerja . Itupun kalau ibu yang tidak bekerja , kalau yang bekerja , lagi susah nak hantar anak-anak ke sekolah .

Masalah sekarang , mahukah kita melihat anak-anak terlibat dalam kegiatan mat rempit . Semuanya gara-gara ibu bapa yang memberikan kemewahan kepada anak-anak pada hari ini .
Ditambah pula dengan sokongan dari filem-filem tempatan yang diluluskan seperti Remp-It , Impak Maksima dan sebagainya . Maka didiklah , ajarlah , berilah kefahaman apa itu erti kehidupan kepada anak-anak zaman sekarang .

Bagaimana pula dengan sistem pendidikan negara . Adakah sudah cukup dengan satu subjek agama bagi sekolah menengah biasa dan 2 subjek agama bagi sekolah menengah agama ? Itu baru persoalan teori . Bagaimana pula perhatian pihak Kementerian Pelajaran khususnya dalam memberi suasana yang berpendidikan Islam kepada pelajar-pelajar muslim ? Kenapa tiada perancangan pihak kerajaan dalam memberi tarbiyah islamiyah yang sepatutnya ? Kenapa akademik pula menjadi tumpuan pada hari ini .

Adakah mendapat 12 A1 atau berpuluh-puluh A dalam SPM dapat menjamin keredhaan Allah untuk mencapai syurganya . Adakah pelajar yang memasuki IPTA pada hari ini disebabkan keputusan yang cemerlang semuanya mempunyai akhlak yang mulia ? TIDAK ! Tidak sama sekali . Maka perlu adanya didikan untuk mereka .

Jadi , secara kesimpulannya , semua harus dan sepatutnya melihat di mana yang perlu dipinda .

Adakah HUKUMAN yang perlu dipinda ? Atau SISTEM PENDIDIKAN yang perlu dipinda ?

Sekadar pandangan dari seorang pelajar dan juga remaja yang terlalu bimbang dengan keadaan di Malaysia yang sangat kalut dan celaru pada hari ini .

Wallahua'lam .


SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com/


hafizmn88@yahoo.com.my

Selamat Hari Guru 2009

By Hafizuddin An-Nuri on 5/16/2009 03:21:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Pada hari yang mulia ini , saya selaku seorang penuntut ilmu sepanjang hayat ingin mengucapkan :


"SELAMAT HARI GURU"

AMPUNKAN DOSA-DOSAKU SELAKU PELAJARMU

BERKATILAH ILMU YANG KAU CURAHKAN KPD KAMI

SEMOGA ALLAH MEMURAHKAN REZEKIMU WAHAI GURUKU

UNTUK MEMBERI DIDIKAN PADAKU DAN ADIK-ADIKKU


KHAS DITUJUKAN KEPADA :

GURU-GURU

SK SERI CHEMPAKA

GURU-GURU

MAAHAD MUHAMMADI (LELAKI)

USTAZ-USTAZAH & SEMUA PENSYARAH

PUSAT ASASI UIAM NILAI

Juga buat semua guru di Malaysia....


Jasamu amat kuhargai dan tidak dapat dibalas sepanjang hidupku kerana ilmu itu tidak ternilai....







Kisah Sayyidina Umar dengan Keadilan dan Anak Kesayangannya

By Hafizuddin An-Nuri on 5/12/2009 09:58:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar satu kuliah di Masjid Besar Muhammadi Kota Bharu dan pada malam tersebut ustaz yang menggantikan pengkuliah mingguan telah membuatkan satu masjid mengalirkan air mata dengan satu kisah yang menyayat hati dan penuh dengan pengajaran .

Kisah ini berlaku kepada Khalifah Ar-Rasyidin yang ke-2 iaitu Sayyidina Umar Al-Khattab dengan anaknya , Ubaidillah .

Pada suatu ketika , setelah selesai Solat Subuh berjamaah , Sayyidina Umar beri'tikaf di atas masjid sambil menunggu kedatangan waktu Dhuha . Kemudian dia didatangi oleh seorang wanita Yahudi . Wanita Yahudi itu mengadu kepada Umar bahawa dia telah mengandung . Maka Umar bertanya kepada wanita Yahudi itu ,"Siapakah ayahnya" . Lalu dijawab oleh wanita itu , "Anakmu , Ubaidillah wahai Umar" . Maka Umar meminta kepada wanita itu supaya memberi tempoh satu hari untuk menyiasat dan menyuruh wanita Yahudi itu pulang dan datang pada hari keesokannya di masjid berkenaan untuk sesi pengadilan .

Apabila pulang ke rumah , ketika Sayyidina Umar makan bersama-sama anaknya maka dia mengambil tempat bersebelahan dengan anaknya Ubaidillah . Apabila Ubaidillah selesai makan dan ingin membasuh tangan , maka Sayyidina Umar meminta anaknya itu untuk menambah lagi , tetapi ditolak beberapa kali kerana kenyang lalu Umar berkata ,"Kamu sayangkan ayah atau tidak , kalau kamu sayangkan ayah maka tambahla" , lalu Ubaidillah menambah hidangannya sebagai tanda sayang kepada ayahnya . Umar berkata lagi ,"Tambahlah lagi wahai anakku , mungin ini adalah santapan terakhir kita bersama" .

Setelah selesai makan , sambil beristirahat , Umar bertanya kepada Ubaidillah anak kesayangannya itu , "Wahai anakku , adakah pernah kamu berzina dengan seorang Yahudi" . Maka Ubaidillah menjawab ,"Ya , benar wahai ayahku" . Maka Ubaidillah memberitahu hal sebenar kepada ayahnya . Pada suatu hari , ketika sedang berehat-rehat di satu tempat , dia didatangi seorang Yahudi dan berkata ,"Hai Ubaidillah , seseorang telah menyuruh aku untuk mengajakmu ke rumahnya" . Maka tanpa berfikir panjang , Ubaidillah terus mengikut Yahudi tadi ke sebuah rumah . Dia dijemput masuk dan dihidangkan air . Dia dijemput untuk minum . Setelah minum , Ubaidillah berasa kelainan dan mabuk seterusnya telah berzina dengan wanita Yahudi tersebut . Maka Ubaidillah menyatakan pada ayahandanya bahawa itu adalah satu perangkap .

Maka pengadilan tetap pengadilan . Di masjid , Sayyidina Umar selaku khalifah sendiri mengadili kes tersebut . Turut hadir selain wanita Yahudi tersebut dan Ubaidillah adalah sahabat-sahabat yang lain . Setelah hujah demi hujah diberikan , maka Ubaidillah didapati bersalah dan dikenakan Hudud 100 sebatan . Wanita Yahudi itu gembira dengan kemenangan dan terus pulang . Maka sahabat-sahabat yang berada di situ bangun menyatakan ,"Wahai Umar , anakmu ini tidak bersalah . Dia adalah seorang pemuda yang soleh . Ini adalah satu perangkap" . Namun begitu , Umar tetap tegas dengan keputusannya . "Ubaidillah tetap bersalah kerana dia tahu yang menjemputnya adalah Yahudi , dan dia tetap pergi walaupun tahu mungkin perangkap" .

Maka hukuman sebat dijalankan , Ubaidillah dipecat bajunya dan tangannya diikat . Lalu Sayyidina Umar memberi arahan kepada tukang sebat , tukang sebat tidak dapat melaksanakan hukuman tersebut ,"Wahai Khalifah , aku tidak mampu untuk menyebat anakmu kerana dia seorang pemuda yang baik" , dengan tegas Umar menjawab ,"Adakah pernah kamu berbai'ah kepadaku , kalau begitu maka teruskan kerjamu" . Maka dengan hati yang begitu berat anak kesayangan Umar itu disebat .

Sebatan demi sebatan . Apabila sampai sebatan ke-50 , Ubaidillah dengan suara yang lemah berkata ,"Ayah ! dahaga ayah" , Umar mendekati Ubaidillah sambil menangis ,"Sabarlah wahai anakku , ini adalah hukuman Allah di dunia" , lalu diberikan air padanya .

Sebatan diteruskan , sebatan demi sebatan . Pada sebatan ke 70-80 , Ubaidillah mengadu sakit lagi dan berkata ,"Ayah! lapar ayah" dengan nada yang cukup lemah dan lembik . Sayyidina memberi anaknya makan sambil berkata dengan nada yang sedih ,"Sabarlah wahai anakku , ini adalah hukuman Allah di dunia" .

Sebatan diteruskan . Pada sebatan ke-97 , Ubaidillah telah pergi mengahadap Allah yang Maha Esa . Tukang sebat sudah lagi tidak mampu . Umar dengan tegas sambil menangis memberi arahan supaya dicukupkan sehingga 100 sebatan . Tukang sebat menjawab ,"Ya Umar , aku sudah tidak mampu , anakmu telah meninggal wahai Umar" .

Umar mengambil rotan dari tangan tukang sebat lalu melengkapkan 3 lagi sebatan kepada anaknya sambil berkata ,"Umar tidak akan berhutang dengan Allah walau 3 sebatan" . Dengan cepat Umar mendakap tubuh anaknya itu dan menangis bersungguh-sungguh .

Sebelum anaknya meninggal , Umar berbisik di telinga anaknya yang berada dalam keadaan nazak ,"Wahai anakku , sampaikan salamku kepada Rasulullah di syurga" .

Maka pergilah seorang anak kesayangan Sayyidina Umar , Ubaidillah bertemu dengan Allah dan Rasulnya di syurga .

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari kisah ini adalah ketegasan dalam mengakkan hukum Allah . Hudud tetap hudud , walaupun Umar adalah seorang Khalifah , tetapi menjalankan hukuman samarata walau terhadap anaknya sendiri .

Kita dapat lihat pada hari ini , ibu bapa khususnya sangat-sangat tidak mengambil kisah dengan kelakuan anak bahkan membela kesalahan anak mereka walaupun dalam kes zina .

Kisah di atas adalah coretan saya sendiri jadi dialog yang ditulis untuk memudahkan kefahaman . Sama-samalah kita berfikir , merenung dan muhasabah dengan kisah yang diceritakan di atas .





Perak Oh Perak

By Hafizuddin An-Nuri on 5/07/2009 08:01:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Hari ini merupakan hari yang paling dahsyat dan menjadi sejarah khususnya bagi kerajaan dan rakyat negeri Perak .

Program 'One Black Malaysia' yang telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sempena sidang DUN Perak yang pertama menjadi tragedi .

Berikut detik-detik sepanjang peristiwa :

- Pengumuman diadakan Solat Hajat & Munajat Perdana bermula 5.00am sehingga 7.00am .

- Naib Presiden Pas , Mohamad Sabu ditangkap selepas makan tengahari sehari sebelum program , bersama-sama beliau Ketua Pemuda Pas , Salahuddin Ayub yang cuba menolong ketika diserbu.

- Beberapa anggota jawatankuasa BERSIH yang mengnjur program ini juga turut ditahan bersama-sama penyokong beliau .

- Sidang DUN bermula dan dikhabarkan begitu hangat antara 2 puak .


- Sehingga pukul 10.00am tadi ramai Pimpinan , Ahli Parlimen serta ADUN Pakatan Rakyat yang ditahan polis termasuk Salahuddin Ayub , Dr Mujahid dan Ketua Wanita PKR .

- Cerita di dalam dewan begitu hangat sehingga menimbulkan 2 orang speaker iaitu Sivakumar (Speaker asal) dan Ganesan (BN) .

- Berlaku juga di dalam dewan sidang secara haram oleh pihak BN yang diketuai oleh Ganesan yang menyebabkan wujudnya 2 sidang DUN .

- Sivakumar telah dihalau keluar dan diseret oleh beberapa 'pegawai' dipercayai polis dan masuk kembali setelah beberapa jam .

- Ketua Pemuda Pas , Salahuddin Ayub melaporkan kepada MalaysiaKini bahawa semua wakil rakyat dan pimpinan serta orang ramai yang ditangkap telah dibebaskan pada petang tadi .
Maklumat lanjut boleh didapati di MalayisaKini , Siasah Daily , Harakah Daily .

One Black Malaysia

By Hafizuddin An-Nuri on 5/05/2009 09:30:00 PM

Filed Under:


Assalamualaikum & salam ceria...

Solat Hajat dan Munajat Perdana Sidang Dun Perak akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 7 Mei 2009
Masa : 5.00am - 7.00am
Tempat : Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak
(semua tempat dianjurkan untuk melakukan bersama-sama bagi yang berada jauh)

Program yang dinamakan 'One Black Malaysia' ini bertujuan bagi menunjukkan bantahan terhadap kerajaan Perak yang diambil alih oleh BN baru-baru ini .

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari Harakah , Siasah , Pas dan blog pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat .

Sama-sama kita pinta kepada Yang Maha Berkuasa .




Hidup Sang Pejuang

By Hafizuddin An-Nuri on 5/04/2009 02:57:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Hari ini kita dapat menyaksikan pelbagai mehnah dan dugaan yang ditempuhi oleh para pejuang yang ingin menegakkan kalimah Allah di bumi ini . Selepas satu , satu perkara buruk melanda . Selepas fitnah , cercaan , selepas tuduhan , hinaan dan macam-macam lagi yang menyakitkan telinga serta boleh membawa kepada tahap kebosanan yang melampau .

Namun adakah ujian atau dugaan seperti itu sudah cukup hebat bagi seorang pejuang . Hanya yang bermujahadah sahaja memperoleh nilai istiqamah untuk meneruskan perjuangan . Hanya sang pejuang sahaja yang tahu pedih dan peritnya hidup ini .

Namun begitu , setandingkah kita dengan seorang pejuang yang tabah lagi kuat kesabarannya dalam menghadapi segala seksaan dalam hidupnya sebagai seorang mujahidah , dialah Zainab Binti Ghazali atau lebih dikenali sebagai Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili.

Seksaannya tiada terfikir oleh manusia normal . Binatang buas di hutan juga tidak mampu beraksi seperti tali barut Jamal Abdul Nasier yang mnjadi pemerintah Mesir . Seorang muslimah yang qudratnya tidak seperti seorang lelaki dapat bersabar dan menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Sang Pencipta lantaran tiada jalan untuk menyelamatkan diri .

Beliau telah dimasukkan ke dalam Penjara Tentera Mesir .

"Atas perintah Jamal Abdul Naser , Presiden Republik Mesir , Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti ke atas orang lelaki" .

Maka bermulalah kehidupan Zainab yang tersekasa .

Antara seksaan yang dikenakan ke atas Zainab Al-Ghazali adalah dikurung bersama-sama anjing-anjing liar , sebatan tanpa henti , dipenjara di dalam penjara air dengan keadaan luka yang banyak , digantung sambil disebat dan banyak lagi . Adakah mampu kita untuk melaluinya dengan iman kita yang sekarang .

Itulah realiti kehidupan sebenar seoarang mujahidah era As-Syahid Hassan Al-Banna yang ingin mendaulahkan Islam . Kisah hidup Zainab Al-Ghazali ditulis oleh beliau sendiri dalam 'Hari-hari Dalam Hidupku'

Kesimpulannya , sahabat-sahabatku sama-samala kita muhasabah diri , bagaimanakah hubungan kita dengan Allah kerana kita sebagai pejuang tidak dapat tidak mengharapkan rahmat dan pertolongan daripadaNya kelak .

Wallahu A'lam .