Tok Guru , Doamu Ditakuti !

By Hafizuddin An-Nuri on 11/30/2009 11:42:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


،اللهم إنّا نجعلك في نحور أعدائنا
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di leher musuh-musuh kami,
،ونعوذ بك من شرورهم
Kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka,
،اللهم بدّد شملهم ، وفرّق جمعهم
Ya Allah leburkanlah kumpulan mereka
dan pecah belahkanlah mereka,
،وشتّت كلمتهم ، وزلزل أقدامهم
Kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka,
،وسلّط عليهم كلبا من كلابك
Dan hantarkanlah anjing-Mu kepada mereka,
!يا قهّار
Wahai tuhan yang gagah perkasa,
!يا جبّار
Wahai tuhan yang penuh raksasa,
!يا منتقم
Wahai tuhan yang bersifat murka,
،يا الله ، يا الله ، يا الله
Ya Alla, Ya Allah, Ya Allah,
،اللهم يا منزل الكتاب ، ويا مجر يا سحاب
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan,
،ويا هازم الأحزاب
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab,
،اهزمهم وانصرنا عليهم
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka,
،اهزمهم وانصرنا عليهم
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka,
.اهزمهم وانصرنا عليهم

Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Hari ini media sibuk membicarakan tentang tok guru nik aziz yang ingin berdoa supaya najib dihancurkan . Utusan khususnya masih tidak serik-serik lagi ingin menyerang tok guru . Apa yang terbaru kali ini adalah tentang doa . Tok Guru yang dikatakan berdoa untuk kemusnahan masa depan PM kita iaitu Dato Seri Najib .
Dikatakan banyak pihak yang menentang tok guru ini kerana , sepatutnya tok guru mendoakan untuk kebaikan bukan keburukan .

Mengapa ?

Perlu jelas , tok guru mendoakan sebegitu jika Najib tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan . Tok guru telah memberi spesifik bahawa doanya adalah untuk apa yang sepatutnya iaitu , jika Najib berniat membuat jahat maka doa itulah yang dipinta oleh tok guru . Bukan sembarangan doa secara membuta tuli . Jelas , lihat Utusan Malaysia yang memperjelaskannya .

Pada Hari Raya Aidiladha Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Najib, UMNO dan proksi-proksinya.

Jadi , Najib tidak perlu bimbang sedikit pun jika dia tidak berbuat jahat . Begitu juga dengan anak buahnya , anak-anak kapal Najib tidak perlu takut kerana doa tok guru adalah jelas . Lagipun mengapa ingin takut jika tidak buat perkara jahat . Kecualilah sebaliknya .

Ibrahim Ali yang sangat tidak berpuas hati dengan tok guru berkata bahawa perbuatan tok guru ini mencemarkan imej Islam . Kerana tok guru adalah tokoh agama dan ulama' tetapi berdoa sebegitu . Lihat Utusan Malaysia .

Jelas ?

Semua pihak harus jelas . Tok guru menyatakan beliau memohon doa sekiranya kerajaan negeri Kelantan dizalimi oleh kerajaan pusat . Sementara itu, Presiden Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tidak sepatutnya seorang yang dikatakan kuat beragama berdoa untuk membinasakan saudara Islam yang lain .

“Kita tidak pernah diajar untuk berdoa memohon perkara yang tidak baik.

Tok guru sangat jelas tentang perkara ini kerana beliau adalah seorang ulama' . Sebab itu beliau menyatakan JIKA . Bukan membuta tuli .

Apa-apa pun , kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah , hanya doa kepada Allah sahaja yang dapat membantu kita . Segala-galanya doa . Doa adalah senjata orang yang beriman . Musuh hanya boleh tewas dengan doa .

Sesungguhnya doa orang yang dizalimi sangat makbul disisi Allah . Justeru , Najib bersama-sama anak-anaknya sangat takut dengan keadaan ini kerana mereka tahu apa yang terjadi .

UMNO-BN ! Jangan takut jika kalian berada di pihak yang benar .

Wahai Tok Guru ! Doamu sangat ditakuti sekarang oleh musuh-musuhmu yang sangat kuat menyerangmu .

Lihat juga Ustaz Wan Ji dan Ustaz Nasaruddin Tantawi .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com


hafizmn88@yahoo.com.my


Selamat Hari Raya Aidiladha 1430

By Hafizuddin An-Nuri on 11/26/2009 02:54:00 PM

Filed Under:

Utusan Malaysia Tidak Profesional

By Hafizuddin An-Nuri on 11/23/2009 09:46:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Utusan mendedahkan berlaku perpecahan dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) . Hal ini sebenarnya sangat tidak betul , dan terbukti Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi BN dan UMNO , bukannya akhbar untuk rakyat Malaysia .

Utusan Malaysia menipu rakyat Malaysia .
Lihat Utusan Malaysia .

Disebabkan hal ini , Tok Guru Nik Aziz sangat terkejut kerana hal ini langsung tidak ada kebenarannya dan punca , sekadar gosip panas wartawan Utusan yang tidak profesional . Tok Guru menafikannya dalam HarakahDaily .

Semoga Allah selamatkan jamaah Islam ini . Penjelasan daripada YB Husam Musa dalam blognya yang meluahkan perasaan terhadap Mingguan Malaysia . Semoga semua tidak terpengaruh dengan akhbar Utusan yang tidak henti menimbulkan fitnah tidak berasas .

Sekadar perkhabaran kepada sahabat-sahabat .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my




Dikir Barat : Pertandingan atau Penghinaan

By Hafizuddin An-Nuri on 11/22/2009 11:09:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Malam ini 2 kumpulan dikir barat berentap merebut gelaran juara dikir barat peringkat kebangsaan 2009 . Pertandingan ini bertemakan 'Bercinta Selepas Perkahwinan Adalah Lebih Baik ' . Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sri Arena dari Tumpat , Kelantan yang menewaskan Kumpulan Sri Istana juga dari Tumpat yang mendapat gelaran naib juara .

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009

Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.

Dikir barat merupakan kegiatan seni yang aktif yang menjadi identiti rakyat Kelantan dan pada hari ini ia bersifat international . Dikir barat merupakan satu hiburan yang boleh dijadikan sebagai medan dakwah jika bijak menggunakannya .

Namun , apa yang dilihat pada pertandingan yang disiarkan oleh RTM 1 secara langsung kurang manis ditonton . Pertandingan ini memperlihatkan betapa kasar dan tidak beradabnya bahasa yang digunakan sehinggakan serangan peribadi dan keluarga dikenakan yang jelas menghina antara satu sama lain . Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku .

Jika alasan pertandingan dan kesenian yang membenarkan , maka pertandingan sebegini tidak patut diadakan . Mungkin ingin dimansuhkan pertandingan kesenian rakyat Kelantan ini , mana mungkin . Justeru , pihak yang bertanggungjawab khususnya Kementerian Penerangan perlu memainkan peranan yang penting demi menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia .

Semoga pihak kementerian melihat hal ini sebagai perkara serius . Bukan sekadar hiburan semata-mata yang hanya ingin memuaskan hati para penonton .

Sekadar pendapat daripada seorang rakyat Kelantan yang mencintai nilai budi bahasa . Segala pembetulan dan penambahan dialukan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Aku Ceraikan Kau dengan Talak Tiga V. 2

By Hafizuddin An-Nuri on 11/21/2009 03:03:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Penghalang seperti ini yang hanya berada di tepi jalan tetapi mampu untuk menghalang kita dalam menjadi orang yang dekat pada Allah sewajibnya kita mencari jalan penyelesaian , justeru wajib ke atas kita untuk mengetahui ilmu tentangnya .

Di sini Imam Al-Ghazali membahagikan kepada dua cara iaitu tinggal dan lawan . Dua halangan yang perlu kita tinggalkan dan dua halangan yang perlu kita lawan . Jadi secara mudah , cara untuk kita atasi adalah :

1. Tinggalkan dunia

Tinggalkan dunia tidak bermaksud kita perlu meninggalkan dunia secara total , tetapi pada hal-hal dan masa-masa tertentu . Perkara ini perlu dipelajari lebih mendalam . Meninggalkan dunia secara mutlak mengikut Islam boleh disifatkan sebagai zuhud . Ketua pembimbing yang terbaik dalam zuhud adalah Sayyidina Ali Karrmallahu Wajhah .

Beliau pernah berkata dan kata-katanya ditujukan kepada dunia , yang mafhumnya lebih kurang , "Wahai dunia , aku kenal engkau jadi usahla kau tipu aku , kau carilah orang lain untuk ditipu . Aku ceraikan kau dengan talak tiga" .

Begitulah pegangan yang ada pada seorang zahid . Tetapi perlu diingat , zuhud adalah bertempat bukannya secara taklid .

2. Mengasingkan diri

Mengasingkan diri bermaksud kita meninggalkan manusia atau makhluk sosial . Dengan ini timbullah satu istilah iaitu 'uzlah . 'Uzlah atau dengan maksud yang lebih masyhur iaitu khalwat seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W di Gua Hira' adalah menjauhkan diri daripada khalayak ramai untuk mendekatkan diri kepada Allah .

Namun , sebagaiman maklum , manusia perlu berhubung di antara satu sama lain kerana ianya fitrah . Kita tidak dapat lari daripada bersosial kerana keperluan kehidupan kita bersama-sama manusia lain . Jadi , 'uzlah bukan bermaksud tidak langsung mengambil sosial sebagai cara hidup tetapi pada masa tertentu dan cara tertentu yang harus dipelajari lebih mendalam .

3. Lawan syaitan

Bukan semua halangan perlu dielak dan ditinggalkan di tepi jalan , syaitan harus kita lawan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata tanpa ragu-ragu lagi . Melawan syaitan bukan perkara mudah kerana mereka ini mempunyai terlalu banyak tidak terkira helah dan strateginya .

Jadi wajib ke atas kita untuk mempelajari ilmu tentang syaitan . Apabila kita ada ilmu dan pengetahuan tentang sesuati perkara maka kita akan menguasainya . Jika kita ada ilmu tentang syaitan , kelemahan syaitan , apa yang syaitan benci dan suka , dan banyak lagi maka kita akan dapat menguasainya dan melawan syaitan durjana la'natullah .

4. Lawan nafsu

Nafsu adalah halangan paling besar di antara keempat-empat perkara ini . Nafsu tiada kaitan dengan pihak lain . Nafsu yang dikawal dengan iman , kebaikan yang menyusul . Tetapi jika sebaliknya , maka syaitan akan mencuri peluang ini sebaik-baiknya .

Apabila nafsu bermaharajalela , syaitan la'natullah pun tidak dapat menandinginya kerana nafsu manusia berakal . Cuma akal itu perbezaannya , kawalan . Nafsu perlu dididik untuk tunduk kepada Allah bukan tunduk kepada kehendak sendiri seperti nafsu syahwah dan ammarah .

Oleh itu , wajib ke atas kita untuk mencari ilmu-ilmu yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah serta beribadah dengan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah , sahabat serta ulama' . Kerana Allah akan memaafkan seorang muslim yang berada dalam kesalahan selagi mana muslim tersebut berada di tangga pengajian menuju redah Allah .

Diharap dengan perkongsian ini , maka peroleh sedikit manfaat dan mendapat keredhaan daripada Allah .

Sekadar perkongsian daripada penimba ilmu yang jahil yang diperoleh dari kuliah masjid daripada seorang guru pondok . Segala pembetulan dan penambahan amat dialukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Aku Ceraikan Kau dengan Talak Tiga V. 1

By Hafizuddin An-Nuri on 11/21/2009 08:52:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kita hidup di dunia pastinya pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatangi secara luaran mahu pun dalaman , zahiriah mahu pun batiniah , langsung mahu pun tidak langsung . Sepatutnya ke atas kita untuk mengetahui secara kira-kira atau pun teori untuk diamalkan . Sesetengah manusia banyak pengetahuannya namun tidak ada kamaalu at-taufik untuk mengamalkan apa yang dipelajarinya . Ada sebahagian pula sangat suka untuk beramal tetapi tidak ada keinginan untuk menuntut ilmu , maka segala amalannya dikhuatiri menjadi dosa untuknya .

Perkara yang dikategorikan oleh Imam Al-Ghazali sebagai penghalang yang berada di tepi jalan , ia bukan berada di tengah laluan perjalanan kita , kuasanya bukan dengan menghalang secara mutlak tetapi sangat hebat dalam menarik perhatian kita .

Seumpamanya , kita ingin menghadiri satu kuliah agama , sepanjang perjalanan tiada yang menghalang seperti kesesakan atau masalah kenderaan , namun terdapat sebuah pasaraya yang baru sahaja dibuka dan promosi yang sangat hebat . Maka , lalailah kita dengan keasyikan . Kadang-kadang memang sudah ada niat untuk membeli dan bersama-sama senarai keperluan , tetapi kerakusan menyebabkan barang yang tidak ada dalam senarai lebih banyak daripada senarai .

Penghalang seperti ini tidak menyekat kita di tengah jalan , tetapi hanya di tepi jalan . Imam Al-Ghazali menyenaraikan penghalang seperti ini dalam kehidupan ada empat , 4 iaitu :

1. Dunia

Ini tidak bermaksud dunia tiada kebaikan untuk kita kerana dunia itu jambatan ke akhirat . Namun di sini dinyatakan bahawa perkara dunia itu sangat memberi banyak kejahatan berbanding kebaikan . Sebab itu , dalam sifat Syariah Islamiyah ada keperluan dalam dunia dan akhirat , dan akhirat itu yang utama .

Contohnya , seorang yang bekerja setiap hari pasti mudah untuk lalai untuk menjaga hubungan dengan penciptanya seperti solat berjamaah (tujuannya taqarrub ilallah) kerana sibuk dan letih dalam bekerja (tujuannya maslahah duniawiyah semata-mata) .

2. Makhluk

Makhluk di sini ditafsirkan sebagai makhluk sosial iaitu manusia . Manusia yang menjadi penghalang ini tidak semestinya orang yang jauh , tetapi ia mungkin boleh jadi ahli keluarga sendiri seperti anak-anak atau sahabat-sahabat sekeliling .

Sebagai contoh mudah , seorang bapa yang sangat lazim dalam aktiviti sehariannya solat berjammah di masjid . Tetapi ada satu masa , diajak oleh anak-anak untuk keluar membeli . Mula-mula ditolak , namun apa daya seorang bapa kecuali mengikut kehendak anak-anak tersayang . Diikut kehendak anaknya sekali , kemudian dua kali . Akhirnya , sampai habis peluangnya kerana anak-anak .

3. Syaitan

Bisikan syaitan amat hebat , kerana kita tidak mendengarnya namun selalu mengikut saranan syaitan durjana . Syaitan , sememangnya bidang tugas mereka untuk menganggu dan menghalang manusia mencari sang pencipta yang agong dan melakukan kebaikan . Syaitan amat licik dan mempunyai pelbagai helah , strategi serta taktik yang tidak jemu-jemu untuk dikenakan kepada manusia . Mereka menggunakan apa sahaja termasukla sayap kiri insan bernama lelaki , perempuan .

Umpama seorang suami ingin melakukan sesuatu kebaikan tetapi di'nasihat' isteri supaya berpada-pada membuat kebaikan . Jangan dibuat baik sangat dengan orang lain , kerana Islam mengajar berpada-pada . Suami mana yang tidak mahu menerima nasihat walaupun ada sedikit ego , namun itu adalah nasihat daripada isteri tersayang . Begitulah hebatnya syaitan yang menggunakan perempuan .

4 . Nafsu

Ada riwayat menyatakan bahawa jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu . Itulah digambarkan betapa kuat dan hebatnya nafsu kita . Nafsu bersifat dengan sifat yang tidak baik dan jahat , hanya kewarasan akal yang dibimbing oleh ilmu agama yang mampu mengawalnya , itupun bukan semua orang mampu .

Nafsu adalah datangnya daripada individu sendiri atau kita sendiri . Dengan perkataan mudah , segala-galanya atas kita . Tidak ada kaitan dengan individu lain .

Sebagai contoh , seorang pelajar pondok mempunyai azam dan tekad yang kuat disertai niat yang suci untuk menimba ilmu sebaik-baiknya di pusat pengajian pondok . Tetapi , masalah kewangan menjadi halangan untuk meneruskan hidup kerana tiada sumber , ibu ayah sudah dipanggil penciptanya . Jadi , demi meneruskan hidup dan pengajiannya , maka dia mencari kerja dengan menolong orang lain berniaga . Kerjanya sekali seminggu kerana hari lain dipenuhi dengan pengajian ilmu .

Lama-kelamaan , apabila sudah banyak perkara yang dibuat seperti mencari sumber perniagaan , mencari pelanggan dan sebagainya , maka di situ dia sudah menjumpai satu jalan untuk menjadikan sumber kewangan yang baik . Dikhuatiri , perniagaan yang hanya sekadar untuk menampung kehidupan belajar menjadi aktiviti utama dalam kehidupan . Maka pelajarannya terabai dan terus ditinggalkan . Itulah kekuatan nafsu .

5 . Tertib

Imam Al-Ghazali meletakkan tertib sebagai mengikut kadar semakin susah dan semakin kuat . Iaitu dunia perkara yang lebih ringan kadar susahnya berbanding nafsu .

Bersambung...

Sekadar perkongsian daripada penimba ilmu yang masih jahil . Sebarang pembetulan dan penambahan amat dialukan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Pentingnya Prinsip Rukun Negara

By Hafizuddin An-Nuri on 11/20/2009 11:24:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam dan bahawasanya Perlembagaan Malaysia menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia , sangat berasa bimbang dengan pegangan rakyat Malaysia yang sangat berpegang dengan Prinsip Rukun Negara sehinggakan dianggap sebagai pegangan hidup . Sesiapa yang melanggarnya di anggap melanggar satu prinsip pegangan yang agong .

Tertarik dgn kiriman seorang rakyat Malaysia yang patriotik , dia menulis surat terbuka untuk ahli politik Malaysia dan memberi amaran serta peringatan penting kepada ahli-ahli politik Malaysia yang membawa agenda bertentangan dengan Prinsip Rukun Negara .

Suka untuk membuka minda sahabat-sahabat sekalian , berdasarkan ilmu Sains Politik , parti-parti politik secara asasnya ditubuhkan untuk membawa agenda parti itu sendiri dan mempunyai satu visi yang ingin disebarkan kepada umum melalui penglibatan dalam politik sesebuah tempat atau negara secara langsung . Itulah pentingnya pengetahuan .

Kenapa terlalu terikat dengan Prinsip Rukun Negara . Perlembagaan Malaysia diberi secara mudah kepada 'pejuang kemerdekaan' semasa itu , sebagai syarat untuk kemerdekaan . Seolah-olah mereka (orang-orang Barat) berkata kepada kita , "Kamu mahu merdeka , kami boleh berikan , dengan syarat kamu ambil dan aplikasikan apa yang kami berikan ini kepada kamu " . Maka merdekalah Tanah Melayu .

Rakyat tidak langsung melihat pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang ingin memerdekakan aqidah , akhlak dan negara dari dijajah oleh Barat . Namun mereka dipinggirkan dari fakta sejarah .

Prinsip Rukun Negara dipegang sebagai panduan . Bagaimana pula dengan Prinsip Islam ? Kita perlu berhati-hati untuk mengelakkan terpesongnya aqidah kita daripada Aqidah Islamiyah yang sahih kepada Aqidah Prinsip Rukun Negara .

Perlembagaan kita adalah perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah , bukan perlembagaan Malaysia . Maka berhati-hatilah . Ada pihak mendakwa Malaysia adalah negara Islam , pada hakikat Malaysia adalah negara muslim atau negara umat Islam . Dalam Sains Politik , sesebuah negara dilabelkan berdasarkan dasar dan perlembagaan . Jadi , kita dapat berfikir dengan waras dengan itu .

Sekadar pendapat dan respon kepada satu kiriman dalam ruangan forum Utusan Malaysia . Sebarang pembetulan dan penambahan tersangat dialukan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my



Da'wah Berpolitik

By Hafizuddin An-Nuri on 11/19/2009 03:35:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kita dapat melihat , mendengar serta bersuara tentang pelbagai isu pada hari ini yang menunjukkan pelbagai ragam dan aksi para pemimpin , ulama' serta orang kenamaan . Politik hari ini telah mengajar kita untuk mengenal sekaligus mengkritik seseorang tanpa usul periksa dan kajian yang mendalam . Politik ajaran kita mengajar untuk bermain isu supaya dapat mengambil perhatian rakyat dan terus menyokong sesebuah pihak itu .

Saya terlebih dahulu ingin menyatakan bahawa saya tidak layak untuk berbicara hal politik terlalu dalam kerana kedhaifan diri ini namun tetap mengikutinya kerana segala aktiviti dalam kehidupan kita adalah Islam termasuk politik .

Kita cuba renungi balik sirah nabawiyah , Rasulullah S.A.W mengajar tentang politik sejak membawa da'wah islamiyah lagi . Rasulullah S.A.W meletakkan kefahaman aqidah islamiyah dan akhlaq mulia sebagai tahap yang utama yang perlu didahulukan yang bermula di Kota Makkah selama 13 tahun , kemudian barulah baginda membawa kefahaman tentang kelebihan amalan-amalan Islam serta yang bersamaan dengannya yang menyusul di Madinah Al-Munawwarah selama 10 tahun .

Tetapi pada hari ini , ahli politik suka untuk bermain isu mahupun dalam pengajaran agama atau apa-apa sahaja selagi dapat membawa keuntungan . Contohnya , fitnah terhadap ulama' yang ingin beribadah dianggap rasuah , penangkapan mereka yang ingin menyampaikan hal-hal agama kerana tidak bertauliah sedangkan maksiat yang bertauliah berleluasa dan banyak lagi yang menjadi penghalang untuk para penda'wah .

"Islam is the way of life , politics part of life , so politics is the Islam"

Dalam karangan Fathi Yakan , 5 perkara yang akan menghalang da'wah penda'wah atau seorang yang ingin memberi komitmen yang sepenuhnya kepada Islam :

1 . Orang Mu'min yang dengki kepadanya
2 . Orang Munafiq yang benci kepadanya
3 . Orang Kafir yang mahu memeranginya
4 . Syaitan yang hendak menyesatkannya
5 . Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya

Sekadar renungan bersama bagi semua aktivis dan penggerak gerakan da'wah islamiyah tidak kira dengan apa cara sekalipun termasuk bidang politik yang dianggap sebahagian orang Islam bahawa politik itu kotor , hakikatnya politik itu ajaran Islam , tetapi orang yang membawa dan mengaplikasikannya itu kotor .

Ayuh bersama-sama kita kembalikan aqidah islamiyah yang sahih serta akhlak-akhlak mulia di sisi Islam . Pengabdian kepada Rabbul 'Izzati itulah keperluan kita sebagai individu Muslim yang sejati .

Sekadar perkongsian bersama daripada insan yang masih jahil . Sebarang pembetulan dan penambahan amat dikehendaki .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my