Mode Berfikir: Prison Break

By Hafizuddin An-Nuri on 5/22/2011 12:30:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Jalan cerita yang menjana pemikiran. Perlu dilihat secara sebaliknya, bukan apa yang berlaku. Merancang itu perlu terkehadapan.


Mass Gathering Ma'ruf Club 2010/2011

By Hafizuddin An-Nuri on 5/19/2011 12:18:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Ayuh sahabat-sahabat kita memeriahkan Mass Gathering Ma'ruf Club. Ajak kawan-kawan lain.


Selamat Datang Ke Sem 3 2010/2011

By Hafizuddin An-Nuri on 5/11/2011 02:07:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...







Ke Arah Media Bebas

By Hafizuddin An-Nuri on 5/05/2011 12:32:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Sempena Hari Kebebasan Media baru-baru ini, Malaysia telah jatuh ke tangga 143 daripada 196. Media merupakan suatu alat yang bersifat menyalurkan pesanan dan mampu merangsang fikiran, perasaan dan kemahuan seseorang sehingga dapat mendorong terjadinya proses belajar pada dirinya. Ringkasnya, media adalah satu saluran yang akan mendoktrin atau menanam sebuah persepsi dalam minda rakyat.

Kebebasan media hari ini bukan sahaja disekat akan penyapampaian sesuatu maklumat, bahkan lebih teruk lagi apabila wujudnya media yang berorientasikan fitnah. Media-media yang wujud pula terlalu berat sebelah atau bias kepada kepentingan masing-masing.

Kes yang menyebabkan reputasi kebebasan media Malaysia jatuh:

1)
Pemecatan Hatta Wahiri, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) oleh Utusan Melayu kerana kritikan yang lantang

2)Tindakan pihak-pihak tertentu menyerang beberapa laman web dengan D-DOS sepanjang pilihan raya Sarawak baru-baru ini

Media adalah antara kayu ukur penilaian demokrasi sesebuah negara. Kewujudan media yang bebas dan bersifat neutral dikategorikan sebagai demokrasi yang baik dan bersih. Namun, di Malaysia, tiada media khas yang berbentuk sedemikian. Media-media yang wujud semuanya berat sebelah samada media Kerajaan mahupun media alternatif.

Justeru, beberapa saranan kepada penguasa-penguasa media hari ini:

1)Mewujudkan satu medium media bebas tanpa cengkaman

2)Telus dan benar dalam berita atau laporan

3)Tidak bias terhadap mana-mana puak atau kumpulan

4)Setiap berita dan laporan mempunyai fakta dan bukti kesahihan

Insyaallah, seandainya pihak-pihak media bersungguh-sungguh ingin berkhidmat untuk rakyat sebagai penyampai maklumat pasti akan terhasil nilai-nilai positif dalam kalangan rakyat dalam menilai prestasi ngara kita.

Berharap suatu hari nanti, media yang wujud hari ini diterima oleh rakyat seluruhnya demi kelangsungan penyampaian maklumat yang benar.