Ulama Masuk UMNO : UMNO Main-mainkan Agama , UMNO Memang Bodoh

By Hafizuddin An-Nuri on 6/28/2010 04:02:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Tiada istilah lain yang dapat dianugerahkan kepada UMNO apabila kemasukan golongan ulama baru-baru ini hanyalah penipuan semata-mata . Rupa-rupanya sebahagian daripada ustaz ini telah ditipu dek kerana mainan UMNO .

Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda*

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

*Harakahdaily.net

Begitu bodoh puak UMNO kerana mereka fikir perbuatan mereka tidak akan diketahui umum ,mangsa tipu mereka bukan dari golongan bodoh . Sesungguhnya UMNO sangat hina kerana bermain-main dengan agama . Mereka sangat keji dan tidak patut diterima oleh rakyat .


Semoga Kehadiran Ulama dalam UMNO Menampakkan Syiar Islam

By Hafizuddin An-Nuri on 6/26/2010 02:00:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Isu terkini yang begitu gempar di persada politik tanah air kita sekarang ialah kemasukan 40 orang ulama muda dalam UMNO pada hari Jumaat , 25 Jun 2010 . UMNO yang buat pertama kalinya menerima keahlian daripada latar belakang agama yang berstatuskan ulama begitu gembira dengan berita ini . Presiden UMNO sendiri yang meraikan penyertaan mereka ini .

Ulama muda ini memberitahu kepada media bahawa penyertaan mereka bukan untuk tujuan politik tetapi da'wah . Mereka tidak memilih PAS sebagai tempat penyebaran da'wah berikutan kewujudan ulama dalam PAS sudah terlalu ramai . Jadi , mereka menyatakan bahawa peluang untuk berda'wah ini akan digunakan sebaik-baiknya kepada ribuan ahli UMNO di seluruh negara .

Dengan kehadiran ulama muda ini , memungkinkan UMNO akan bertukar dasar perjuangan daripada perjuangan perkauman kepada perjuangan agama . Jika UMNO semakin aktif menganjurkan program-program berunsurkan maksiat seperti konsert , judi dan sebagainya , maka tiada gunalah UMNO menerima ulama ini . Seolah-olah hanya mempermainkan mereka demi kepentingan politik .

Semoga syiar Islam akan wujud dalam kalangan ahli UMNO seperti pemakaian yang tidak seksi serta menutup aurat di kalangan Wanita UMNO dan Puteri UMNO , penjagaan ikhtilat antara lelaki dan perempuan , kemuliaan terhadap nabi Muhammad S.A.W , sahabat-sahabat Rasulullah serta ulama berbanding kemuliaan terhadap tokoh-tokoh perjuangan Melayu dan tokoh-tokoh Barat dan sebagainya .

Golongan mereka yang ramai ini bukan sahaja dapat membaiki ahli UMNO semata-mata tetapi juga dapat bersuara lantang dalam Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Pimpinan UMNO . Golongan inilah diharapkan untuk lebih banyak menegur kepimpinan Kerajaan Malaysia jika Pimpinan UMNO menerima mereka dengan sebenar-benarnya . Diharapkan pada masa akan datang tidak wujud lagi peluang-peluang penganjuran aktiviti maksiat secara keizinan Kerajaan Malaysia seperti judi , konsert nyanyian , dan juga program-program dalam stesen television yang terlalu banyak mempamerkan cerita-cerita dan filem-filem seksi dan lucah .

Justeru , walaupun sedikit kecewa kerana mereka tidak bertujuan politik bahkan Rasulullah S.A.W sendiri aktif berpolitik namun meraikan kumpulan ulama muda ini seramai 40 orang yang mempunyai jiwa da'wah yang hebat . Dikatakan penyertaan ulama ini akan ada rentetan daripada kumpulan seterusnya . Semoga da'wah yang menjadi tujuan mereka akan menempuh usaha dan hasil yang hebat dan diberkati Allah . Sama-sama kita saksikan perubahan ini .


Kerajaan Mencari JI : Parti Islam Dan Gerakan Mahasiswa Islam Bakal Jadi Sasaran

By Hafizuddin An-Nuri on 6/23/2010 10:50:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kerajaan Malaysia menghebahkan kebimbangan pihak kerajaan gara-gara wujudnya ahli Jamaah Islamiyah(JI) yang dikatakan sebagai pengganas di beberapa universiti tempatan dan sedang mengkaderkan ahli untuk JI .

Satu doktrin yang sangat teruk diajarkan oleh barat kepada Kerajaan Malaysia . Doktrin yang mana membuatkan masyarakat dunia amnya dan Malaysia kahsnya hanya meletakkan kumpulan Islam sebagai pengganas . Doktrin yang diturunkan oleh Kuasa Barat dan Zionis kepada Kerajaan Malaysia ini dilihat sebagai langkah berjaga-jaga . Maka ISA yang bakal menunggu mangsanya .

Apabila Kerajaan Malaysia yang dikatakan Kerajaan Islam ini menganggap pejuang militan Islam sebagai pengganas , maka usah diharap untuk Malaysia menjadi pembekal tentera Islam kepada dunia jihad Islam . Satu doktrin yang menyebabkan mulut-mulut rakyat turut meletakkan JI sebagai pengganas adalah sangat dahsyat . Mungkin Kerajaan Malaysia tidak berjaya untuk mencari pelajar-pelajar yang terlibat dengan JI kerana tidak ada bukti kewujudannya namun cukuplah bagi mereka apabila rakyat sepemikiran dengan mereka .

Jika Jamaah Islamiyah ini wujud sekali pun di bumi Malaysia , mungkin isu politik juga yang akan digunakan . Mungkin parti-parti yang melawan kerajaan bakal menjadi mangsa lebih-lebih lagi parti yang memperjuangkan Aqidah Islamiyah . Dan pelajar-pelajar yang terlibat secara aktif dengan gerakan mahasiswa juga turut menerima ancaman daripada isu ini .

Isu ini menjelaskan lagi betapa sikap Kerajaan Malaysia yang sangat menentang sebarang gerakan Islam di Malaysia sehinggakan isu Gaza juga terus tenggelam di pihak Kerajaan Malaysia . Kerajaan yang dikaitkan dengan APCO Zionis ini semakin banyak menimbulkan polemik-polemik mereka dengan Gerakan Islam dunia .

Justeru , semua pihak yang berada di jalan gerakan memperjuangkan Islam dan hak termasuk mahasiswa mungkin bakal dijadikan sasaran utama untuk dikaitkan dengan isu pengganas ini .


Allah Musnahkan Harapan 1Malaysia di Bumi Kelantan

By Hafizuddin An-Nuri on 6/17/2010 10:30:00 AM

Filed Under: , ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Alhamdulillah , pada saat Kepimpinan Tok Guru masih kukuh menjaga negeri tercinta ini , Allah juga sangat menyayangi negeri Serambi Mekah ini .

16 Jun merupakan tarikh yang sangat sedih dan sayu buat Perdana Menteri 1Malaysia apabila segala perancangannya di Kelantan semuanya musnah . Saya terkejut apabila sejurus selepas Muktamar PAS Ke-56 , seluruh bandar Kota Bharu dipenuhi sederet banting bergambarkan Najib 1Malaysia sepanjang jalan-jalan di bandar ini .

Karnival Kelantan Fiesta 2010 bakal menggandingkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat berada di pentas bersama-sama . Namun perancangan yang jahat melanggar perjanjian tersebut di saat-saat terakhir mendapat padah yang amat besar . Tuan Guru Dato Bentara Setia MB tidak ditentatifkan untuk berucap bahkan perasmian oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja juga dinafikan dan dihebahkan karnival tersebut dirasmikan oleh PM 1Malaysia .

Perancangan yang musnah dan peringatan daripada Allah Pemilik Segala Kerajaan Bumi dan Langit :

1) Pulauan Kerajaan Negeri Kelantan (Tuan Guru dan para EXCO tidak hadir)
2) YMM Pemangku Raja juga tidak berkenan untuk hadir
3) Hujan lebat mula jam 8.30 malam sehingga tengah malam tanpa henti
4) Kehadiran penonton lebih kurang 300 orang sahaja
5) PM 1Malaysia pulang jam 10.30 malam dan karnival dirasmikan oleh Mustapha Mohamed
6) Bekalan elektrik terputus semasa majlis perasmian

Segala puji bagi Allah yang Menjaga Kerajaan Negeri Kelantan . Sesungguhnya orang yang dizalimi itu makbul doanya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala . Mereka tidak memberi hak kepada Kerajaan Kelantan dan mereka telah menzalimi seluruh rakyat negeri ini .

Stadium menjadi saksi doa seluruh rakyat Kelantan yang bermunajat memohon hak royalti minyak , dan stadium ini juga yang menyaksikan maruah dan perancangan Najib 1Malaysia musnah .

Sesungguhnya Kerajaan Allah mengatasi segala-galanya . Ya Allah Yang Maha Besar , Selamatkanlah negeri kami ini .

hafizfillah

Al-Fatihah Buat Al-Marhum Ustaz Hasan Syukri

By Hafizuddin An-Nuri on 6/15/2010 06:14:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

"كل نفس ذآئقة الموت"
Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian .


Al-Fatihah disedekahkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS , Al-Marhum Ustaz Hasan Syukri atas pemergian Al-Marhum menghadap Pemilik Sekalian Alam .

hafizfillah

Muktamar Tahunan PAS Ke-56

By Hafizuddin An-Nuri on 6/09/2010 12:47:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Dijemput kepada semua aktivis , ahli dan penyokong untuk menghadirkan diri ke Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) untuk bermuktamar .

SELAMAT BERMUKTAMAR

hafizfillah

Pro-M UIAM Mengutuk dan Mengecam Keras Tindakan Zionis-Israel

By Hafizuddin An-Nuri on 6/01/2010 05:06:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Pro-Mahasiswa UIAM melalui mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zionis Israel yang telah menyerang kapal armada induk konvoi Lifeline 4 Gaza , Mavi Marmara . Tindakan biadab dan melanggar batas perikemanusiaan ini telah mengakibatkan 16 kematian dan lebih 30 orang lagi cedera . Beberapa kapal Freedom Flotilla yang membawa misi kemanusiaan juga telah dirampas dan ditarik ke Haifa Israel .

Konvoi kemanusiaan Gaza-Freedom Fotilla untuk rakyat Gaza ini yang diketuai oleh Turki membawa 7 buah kapal dan membawa sejumlah besar aktivis sukarelawan yang terdiri daripada ulama, ahli parlimen, ahli akademik , petugas media , aktivis , seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun .

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal . Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan .” katanya . (Lihat Palestinkini)

Penegerusi Pro-Mahasiswa UIAM , Wan Hakimi berkata mahasiswa sangat kesal dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang masih senyap dengan pristiwa kejam ini . Seolah-olah PBB hanya menjadi pemerhati semata-mata sedangkan PBB ialah satu pertubuhan yang mempunyai autoriti paling besar . Beliau juga mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera kerana rakyat Malaysia juga ditawan oleh Israel .

Justeru , Pro-Mahasiswa UIAM mendesak dan menyeru ahli-ahli parlimen , parti-parti politik , NGO ,Kerajaan Malaysia , OIC dan PBB khususnya untuk bersuara sekeras-kerasnya tindakan Zionis Israel dan kami berharap satu tindakan daripada semua pihak dapat diambil supaya pintu laluan ke Gaza dibuka untuk membawa masuk konvoi misi kemanusiaan antarabangsa ini .

Pro-Mahasiswa UIAM juga meminta supaya semua muslimin di seluruh dunia membuat solat hajat berterusan di masjid-masjid atau di mana-mana sahaja dan membaca doa qunut nazilah pada setiap waktu solat fardhu . Relawan Malaysia seramai 12 orang yang ditawan masih belum diketahui nasib mereka .

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Sumber : Pro-M UIAM