Final Exam 2009

By Hafizuddin An-Nuri on 10/31/2009 09:09:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Bermula 4 November 2009 dengan rasminya pelajar-pelajar UIAM akan menempuh Peperiksaan Akhir Semester atau lebih dikenali dengan Final Exam . Peperiksaan ini akan berakhir pada 19 November 2009 . Jadi tempoh peperiksaan selama 2 minggu lebih (4/11/09-19/11/09) .

Begitu juga dengan diri ini . Jadi , kepada semua sahabat UIAM diucapkan Selamat Ber'Final Exam' . Semoga segala ilmu yang dipelajari diberkati Allah .

ALL THE BEST IN FINAL EXAM

بالتوفيق والنجاح في الامتحان النهائي

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Mahasiswa Kita

By Hafizuddin An-Nuri on 10/20/2009 11:02:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Luahan seorang pensyarah UIAM menyatakan bahawa kesedihan beliau terhadap pelajar-pelajar UIAM . Kesedihan ini turut dirasai oleh pensyarah-pensyarah lain . Ini adalah disebabkan oleh sikap pelajar-pelajar UIAM yang tidak menghormati pensyarah mereka . Jika terserempak di tengah jalan , bukan setakat salam bahkan sedikit senyuman pun tidak mahu diberikan .

Kebanyakan pelajar hanya rapat dengan seseorang pensyarah pada semester di mana pensyarah tersebut mengajar mereka . Jika terserempak , bukan sahaja memberi salam bahkan terlalu ramah dengan menegur dan berbual . Tetapi apabila masuk sahaja semester seterusnya dan tidak lagi diajar oleh pensyarah pada semester lepas , maka mereka sudah tidak mengenali pensyarag tersebut .

Di manakah nilai seorang pelajar yang bergelar mahasiswa di universiti Islam yang bertaraf antarabangsa ? Sungguh tidak beradab dan tidak mempunyai tamadun . Mungkin sesetengah orang beranggapan perkara ini sangat remeh namun tidak di sisi Islam . Islam mengajar kita menghormati antara satu sama lain , yang muda kepada tua , pelajar kepada gurunya .

Adakah mahasiswa sekarang khususnya mahasiswa UIAM terlalu sombong . Jika ilmu terlalu banyak sekali pun , apa guna sombong . Tidakkah kita mahu untuk meniru Imam Syafie yang memberi penghormatan yang tinggi kepada seorang yang hanya mengajar beliau untuk mengenal jantina haiwan .

Sama-samala kita fikirkan .

Penambahan dan pembetulan amat dialukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Kemenangan BN

By Hafizuddin An-Nuri on 10/12/2009 11:36:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Alhamdulillah , maka selesailah sudah satu lagi Pilihanraya Kecil pada tahun ini iaitu DUN N31 Bagan Pinang . Kali ini kemenangan telah berpihak kepada Barisan Nasional yang menghantar wakil mereka , YB Isa Samad . Dengan ini maka Isa Samad telah menebus maruah BN yang sebelum ini telah tewas dalam beberapa Pilihanraya Kecil yang lain .

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah menang dengan majoriti besar , 5435 undi . Setelah beberapa kes dan peristiwa yang panas berlaku sepanjang kempen PRK ini , maka segala-galanya telah terjawab dengan kemenangan ini . Walaupun ada di antara orang BN yang berjaya menjadikan PRK ini sebagai tempat penggambaran mereka , namun itulah kerja mereka yang tidak jemu-jemu berusaha untuk memenangi hati rakyat .

Diharapkan beliau dapat memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Bagan Pinang dengan menjaga kebajikan dan keadilan rakyat . Semoga beliau dapat membawa agenda Satu Malaysia Najib dengan baik .

Semoga semua mendapat perlindungan daripada Allah . Pembetulan dan penambahan amat dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my