Jadilah 'Rabbanian' dan Janganlah Jadi 'Ramadhanian'

By Hafizuddin An-Nuri on 9/22/2009 03:00:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Alhamdulillah dapat kita melalui Ramadhan yang sangat dirindui . Diharap Allah masih mengizinkan kita untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang dengan lebih bersedia daripada tahun ini . Berlalunya Ramadhan sangat dirasai semua perindu bulan rahmah ini . Diharap segala amal ibadat yang dilakukan di bulan Ramadhan ini diteruskan pada bulan-bulan selepasnya kerana kita beribadah bukan kerana Ramadhan tetapi kerana Allah .



Hari raya Eidulfitri menjelang dan disambut meriah oleh umat Islam . Semua bergembira dengan kemenangan di hari raya yang mulia ini . Namun begitu apakah kemenangan yang mereka raikan ? Di sini bukanlah kupasan tentang amal ibadat sepanjang Ramadhan yang ingin dibicarakan tetapi sambutan hari raya Eidulfitri yang disambut oleh umat Islam .

Seminggu sebelum tibanya 1 Syawal atau detik-detik akhir bersama Ramadhan , pasaraya dan gedung kain diziarahi dengan ramai orang khususnya umat Islam kerana ingin membuat persediaan menyambut 1 Syawal walaupun tidak begitu bersedia untuk menyambut 1 Ramadhan sebelum ini .

Perkara yang cukup sedih dan menyayat hati di sini adalah kefahaman tentang sambutan Eidulfitri . Sejauh manakah kita tahu tentang Eidulfitri ? Adakah perayaan bangsa ? Atau perayaan agama ? Atau perayaan negara ? Atau perayaan kecantikan dan keseksian ?

Pengkhususan kepada perempuan-perempuan Islam pada sambutan Eidilfitri , di manakah auratmu semua ? Murahkah kamu semua ini wahai perempuan-perempuan sekalian ? Dirimu untuk siapa ? Adakah tubuh badanmu percuma untuk dilihat oleh kaum lelaki ? Adakah kamu semua lebih murah daripada perempuan yang membuat tarian bogel kerana mereka dibayar tetapi kamu wahai muslimat , PERCUMA sahaja ?

Dapat dilihat pada hari raya baru-baru ini , bermacam-macam pakaian yang sangat seksi dan menghairahkan kaum lelaki dipakai oleh muslimat . Tahukan kita semua , kita ingin menyambut perayaan agama Islam tetapi cara sambutan langsung bertentangan dengan Islam . Bagaimanakah ini ? Di manakah kemenangan yang dinyatakan itu ? Kita semua sangat bergembira dengan pemergian Ramadhan . Kerana dapat menambah tenaga kembali untuk meneruskan amalan maksiat seperti biasa . Adakah seperti ini ?

Sahabat-sahabat sekalian , persoalan di atas terlalu kasar tetapi itulah hakikatnya . Sambutan Eidilfitri disambut hinggakan ibadah wajib pun diabaikan kerana terlalu asyik dengan kemenangan yang tidak pasti . Target puasa di bulan Ramadhan adalah TAQWA , adakah target itu tercapai apabila menjelangnya 1 Syawal ?

Sebelum mengakhiri kata-kata , ingin diperingatkan kepada semua bahawa HARI RAYA EIDULFITRI hanyalah pada 1 SYAWAL . Tiada dalam kamus Islam HARI RAYA PERTAMA , KEDUA dan seterusnya . Semua itu tidak wujud dan dipengaruhi oleh puak-puak yang ingin membawa Islam dengan cara mereka sendiri .

Sekadar perkongsian daripada insan yang lemah dan terlalu banyak lagi tidak tahu . Harap mendapat teguran daripada semua pihak untuk membetulkan kesalahan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

Eid Mubarak 1430

By Hafizuddin An-Nuri on 9/19/2009 05:43:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MINTA MAAF SEGALA KESILAPAN KHAS DITUJUKAN KEPADA:

Warga SEK KEB SERI CHEMPAKA

Warga MAAHAD MUHAMMADI (LELAKI)

Warga CFS IIUM

Warga MAIN CAMPUS IIUM GOMBAK


dan semua sahabat2 yang dicintai....
semoga latihan sepanjang Ramadhan membina diri kita untuk masa akan datang...

MAAF ZAHIR DAN BATIN


SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

Ijtima' Aidilfitri AMAL 2009

By Hafizuddin An-Nuri on 9/15/2009 06:47:00 PM

Filed Under:


Sudah Tiba Masanya Ya Ramadhan

By Hafizuddin An-Nuri on 9/13/2009 05:05:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Sedar mahupun tidak , ramai yang dah bising hari raya dah hampir tiba . Hari kemenangan yang dinanti-nantikan umat Islam setelah berada sebulan bersama Pusat Latihan Ramadhan . Namun apakah kita terlalu gembira setibanya saat ini , adakah kita tidak sabar dengan pemergian Ramadhan .

Kita selalu diperdengarkan dengan hadis rasulullah : "Awalnya rahmah , pertengahannya keampunan , penghujungnya kebebasan dari azab neraka" . Namun setakat manakah kita mengambil i'tibarnya . Adakah hanya dengan mengharap bulat-bulat daripada Yang Maha Memberi ?

Tahukah kita bahawa tawaran Allah yang sangat hebat yang bukan sekadar teori ini khas untuk kita semua umat Islam yang berusaha bertungkus-lumus untuk mendapatkan Allah . Tawaran ini bukan free dan bukan mudah-mudah untuk kita dapatkan .

Terlalu banyak Allah ingin bagi kepada hamba-hambaNya , ditawarkan lagi dengan Lailatul Qadr . Malam yang sangat hebat , hanya dengan 1 malam kita mendapat ganjaran melebihi 1000 bulan . Selain itu , malam ini juga membersih kita seumpama dilahirkan seperti bayi yang suci .

Ya Allah...
Aku sangat mengharapkan engkau menjadikan diri ini dalam golongan muttaqin...
Aku pohon pada engkau agar aku mendapat Lailatul Qadr daripadaMu...

Ya Allah...
Jadikanlah aku sebagai HambaMu dan bukannya Hamba Ramadhan...
Jadikanlah aku hambaMu yang memperoleh segala ganjaran RamadhanMu...

Ya Allah...
Berilah keampunan kepadaku , keluargaku , sahabat-sahabatku dan semua umat Islam...
Berilah kasih sayangMu kepada kami semua...
Semoga kami semua berada dalam golongan yang bertaqwa kepadaMu...

Aamiiin...

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my