Jadilah 'Rabbanian' dan Janganlah Jadi 'Ramadhanian'

By Hafizuddin An-Nuri on 9/22/2009 03:00:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Alhamdulillah dapat kita melalui Ramadhan yang sangat dirindui . Diharap Allah masih mengizinkan kita untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang dengan lebih bersedia daripada tahun ini . Berlalunya Ramadhan sangat dirasai semua perindu bulan rahmah ini . Diharap segala amal ibadat yang dilakukan di bulan Ramadhan ini diteruskan pada bulan-bulan selepasnya kerana kita beribadah bukan kerana Ramadhan tetapi kerana Allah .



Hari raya Eidulfitri menjelang dan disambut meriah oleh umat Islam . Semua bergembira dengan kemenangan di hari raya yang mulia ini . Namun begitu apakah kemenangan yang mereka raikan ? Di sini bukanlah kupasan tentang amal ibadat sepanjang Ramadhan yang ingin dibicarakan tetapi sambutan hari raya Eidulfitri yang disambut oleh umat Islam .

Seminggu sebelum tibanya 1 Syawal atau detik-detik akhir bersama Ramadhan , pasaraya dan gedung kain diziarahi dengan ramai orang khususnya umat Islam kerana ingin membuat persediaan menyambut 1 Syawal walaupun tidak begitu bersedia untuk menyambut 1 Ramadhan sebelum ini .

Perkara yang cukup sedih dan menyayat hati di sini adalah kefahaman tentang sambutan Eidulfitri . Sejauh manakah kita tahu tentang Eidulfitri ? Adakah perayaan bangsa ? Atau perayaan agama ? Atau perayaan negara ? Atau perayaan kecantikan dan keseksian ?

Pengkhususan kepada perempuan-perempuan Islam pada sambutan Eidilfitri , di manakah auratmu semua ? Murahkah kamu semua ini wahai perempuan-perempuan sekalian ? Dirimu untuk siapa ? Adakah tubuh badanmu percuma untuk dilihat oleh kaum lelaki ? Adakah kamu semua lebih murah daripada perempuan yang membuat tarian bogel kerana mereka dibayar tetapi kamu wahai muslimat , PERCUMA sahaja ?

Dapat dilihat pada hari raya baru-baru ini , bermacam-macam pakaian yang sangat seksi dan menghairahkan kaum lelaki dipakai oleh muslimat . Tahukan kita semua , kita ingin menyambut perayaan agama Islam tetapi cara sambutan langsung bertentangan dengan Islam . Bagaimanakah ini ? Di manakah kemenangan yang dinyatakan itu ? Kita semua sangat bergembira dengan pemergian Ramadhan . Kerana dapat menambah tenaga kembali untuk meneruskan amalan maksiat seperti biasa . Adakah seperti ini ?

Sahabat-sahabat sekalian , persoalan di atas terlalu kasar tetapi itulah hakikatnya . Sambutan Eidilfitri disambut hinggakan ibadah wajib pun diabaikan kerana terlalu asyik dengan kemenangan yang tidak pasti . Target puasa di bulan Ramadhan adalah TAQWA , adakah target itu tercapai apabila menjelangnya 1 Syawal ?

Sebelum mengakhiri kata-kata , ingin diperingatkan kepada semua bahawa HARI RAYA EIDULFITRI hanyalah pada 1 SYAWAL . Tiada dalam kamus Islam HARI RAYA PERTAMA , KEDUA dan seterusnya . Semua itu tidak wujud dan dipengaruhi oleh puak-puak yang ingin membawa Islam dengan cara mereka sendiri .

Sekadar perkongsian daripada insan yang lemah dan terlalu banyak lagi tidak tahu . Harap mendapat teguran daripada semua pihak untuk membetulkan kesalahan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

2 comments for this post

salam..
maaf dah lama saya tak comment blog awk.
satu artikel yg sgt menarik.hanya mereka yg bertakwa shj yg layak sambut hr raya eidulfitr. merekalah yg betul2 mencapai kemenangan.
itulah sebabnya pdsolat sunat eidulfitr,sunnah membaca surah qaf pada rakaat pertama dan surah al-qiamah pd rakaat kedua.
kenapa macam tu?pada hari kemenangan, kenapa plak Nabi baca surah yg mengandungi ancaman2 azab Allah s.w.t?nape pd hr kemenangan, Nabi s.a.w membaca "dan hari apabila kami bertanya kpd (neraka) jahannam: sudah penuhkah kamu, maka neraka itu pun menjawab: masih ada tambahan?"?
hikmah Nabi membaca surah ini adalah utk mengingatkan supaya sedang asyik bergembira, ingatlah Allah dan hari akhirat, jagalah batasan syariah.
Lepas sambut kemenangan puasa ramadhan, Allah menguji kita skali lagi, iaitu puasa sunat 6 hari.hanya org yg bertakwa shj yg dapat lakukannya..

semoga sama2 mencapai objektif puasa iaitu takwa. amin

Posted on October 8, 2009 at 6:04 PM  
hafizfillah

syukran=)

Posted on October 10, 2009 at 1:59 PM