Selamat Hari Kemerdekaan Ke-54

By Hafizuddin An-Nuri on 8/31/2011 04:04:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



ERTI KEMERDEKAAN

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

S.N. A. Samad Said

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54. Semoga rakyat Malaysia bebas daripada penjajahan diri, penjajahan minda, penjajahan budaya dan penjajahan jati diri. Terus mengungkap erti kemerdekaan dalam erti kata yang hakiki. Tidak hipokrit tersepit dalam kemenangan palsu. Malaysiaku Merdeka!

Sumber: Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM

1 Syawal Kembali Kepada Fitrah

By Hafizuddin An-Nuri on 8/30/2011 07:33:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Walillahil Hamd!

Semoga Allah terima segala amalan kita. Pemergian Ramadhan pasti akan dirindui oleh sekalian makhluk bumi. Kehadiran Ramadhan yang sekejap itu pasti akan ditangisi bagi orang-orang yang melaluinya dengan penuh kecintaan. Rasa cinta ini hanya datang pada orang yang bertaqwa. Sesungguhnya teringin pergi bersama Ramadhan. Betapa rindunya kepada Ramadhan seolah-olah mahu meminta kematian untuk pergi bersamanya berjumpa Allah namun hakikatnya bukan itu yang perlu dipinta. Itulah cinta dan rindu yang teramat sangat.

Hasil Ramadhan adalah selepas Ramadhan. Betapa indah Ramadhan, Syawal muncul sebagai hari graduasi kepada ummat yang berjaya mencapai taqwa. Solat berjamaah, baca Al-Quran, qiyamullail dan sebagainya pasti dirindui bersama Ramadhan namun, kesinambungan selepas Ramadhan adalah kayu ukurnya.

Eidul Fitri hanyalah sehari. Tiada wujud hari raya pertama, hari raya kedua dan seterusnya. Ianya adalah ciptaan manusia semata-mata yang hanya inginkan kegembiraan dan keseronokan dalam diri. Eidul Fitri datang sebagai tanda keberjayaan ahli Ramadhan yang kembali kepada fitrah. Fitrah manusia yang hanyalah inginkan kebaikan, keelokan dan kecintaan daripada sang Pencipta. Itulah hakikat walaupun ramai manusia hidup dengan limpahan keseronokan nafsu sendiri.

Fitrah manusia yang inginkan keampunan dariada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Semoga Allah menyayangi dan mencintai kita. Fitrah manusia adalah seperti seorang bayi, yang tiada punya dosa dan kekotoran pada diri. Begitu juga dosa dengan manusia. Semoga kalian maafkan aku, aku maafkan kalian. Sesungguhnya dosa dengan makhluk, hanya makhluk bisa mengampunkannya.

Permohonan maaf dipinta khususnya buat sahabat-sahabat dan guru-guru di Sek. Keb. Seri Chempaka, Maahad Muhammadi (Lelaki), Pusat Asasi UIAM Nilai, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, guru-guru pengajian kitab, sahabat-sahabat Facebook dan seluruh ummat Islam di dunia. Maaf Zahir Dan Batin.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

[كل عام وانتم بخير]


Kecintaan & Kerinduan Kepada Kekasih

By Hafizuddin An-Nuri on 8/29/2011 12:54:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



صَلاَةٌ بِالسَّلاَم

صَلاَةٌ بِالسَّلاَمِ المُبِينِ لِنُقطَةِ التَّعيِينِ يَاغَرَامِى

نَبِيٌّ كَانَ الصلَ التَّكوِينِ  مِن عَهدِ كُن فَيَكُون يَاغَرَامِي

اَيَّامَن جَاءَنَا حَقًّا نَذِيرِ مُغِيثًامُسبِلا سُبُلَ الرَّشَادِ رَسُولُ اللهِ يَاضَاوِي الجَبِينِ وَيَامَن جَاءَ بِالحَقِّ المُبِينِ

صَلاَةُ لَم تَزَل تُتلى عَلَيكَ كَمِعطَارِ النِّسِيمِ تُهدى الَيك



Kecintaan dan kerinduan kepada Kekasih Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) tidak perlu lagi berbelah bahagi. Tanamkan cita-cita ingin berjumpa dengannya setiap hari. Doakan berjumpa di dunia dalam mimpi agung dan pastinya ingin berjumpa di akhirat sana demi kerinduan ini.


Kumpulan Kata-kata Nasihat 2

By Hafizuddin An-Nuri on 8/25/2011 02:30:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


HATI BERSIH

Jangan kerana hatimu, hidupmu hancur. Sekalian makhluk sekeliling terabai, Allah pula murka. Rasul pula tidak mengaku ummat. Jangan alpa, Ramadhan hadir membersih hati orang-orang yang bersungguh-sungguh.

SYUKUR REZEKI ZAHIR BATIN

Bersyukur atas segala ni'mat rezeki yang Allah berikan. Rezeki itu terbahagi kepada rezeki zahir dan batin. Ada pun rezeki zahir itulah yang kita nanti-nantikan seperti duit, keputusan peperiksaan cemerlang, makanan, anak-anak dan seumpamanya. Sungguh rezeki batin tiada manusia yang terlalu berhajat kepadanya kecuali mereka mengetahuinya, berusahalah mencari rezeki batin seperti ilmu dan ma'rifatnya serta iman dengan ikhlas nescaya Allah kurniakan kebaikan di dunia dan akhirat.

AMAL

Teduh, tenang dan damainya bumi ini. Jangan disekat segala aktiviti menuju Tuhan. Beramallah semaksimum dan sehabis daya.

BELAJAR BERGURU

Belajarlah kamu sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin. Berapa ramai manusia hari ini sombong dengan ilmu-ilmu agama khususnya ilmu fardhu 'ain. Waspada, segala amalan tidak akan diterima Allah jika ilmu fardhu 'ain yang diwajibkan ke atas individu-individu muslim tidak selesai melainkan berada di jalan menuntut ilmu. Ilmu itu dengan pembelajaran. Pembelajaran mestilah berguru.

KAHWIN CEPAT

Orang lelaki janganlah sibuk ingin berkahwin cepat andai ingin mencari kemanisan ilmu. Hiduplah dengan limpahan pengajian ilmu sebelum berkahwin. Tetapi andai banyak berlaku kemaksiatan akibat kelambatan kahwin, maka kahwin cepatlah sebaik-baik jalan.

[Hafizuddin An-Nuri]


Kumpulan Kata-kata Nasihat 1

By Hafizuddin An-Nuri on 8/16/2011 12:58:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



TAQWA

Taqwa itu apabila diterjemah kepada bahasa Melayu, maksudnya takut. Mana mungkin sifat takut yang digunakan untuk takut seperti takut kepada harimau dan singa yang semakin ingin dijauhkan diguna pakai juga untuk takut kepada Allah. Kerana Taqwa itu semakin mendekatkan diri kepada Allah.

HATI

Hati adalah tempat bersemadi segala jenis perasaan. Suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji, geram, dendam, gembira, tenang dan sebagainya. Jagalah hati kerana hati itu sifatnya berbolak-balik.

SIFAT ALLAH

Allah berkuasa mengadakan dan meniadakan tiap-tiap perkara yang harus ada dan tiada dengan sifatNya Qudrah (Kuasa). Dan tiap-tiap perkara itu ada dan tiada dengan kehendak Allah yang bersifat dengan Iradah (Berkehendak). Allah berkehendak dengan tiap-tiap sesuatu itu bukan dengan sia-sia kerana Allah itu bersifat dengan 'Ilm (Mengetahui).

AMALAN

Amalan masa tua kita akan ditentukan masa muda kita. Jika rajin kita mencari ilmu dan beribadah semasa muda, insyaallah akan dilazimi sehingga tua. Jika banyak zikir dan doa yang kita munajatkan kepada Allah semasa muda, insyaallah akan terbawa-bawa sehingga tua. Semangat anak muda itu membara-bara. Sesungguhnya setiap saat hidup ini adalah saat terakhir.

AURAT PEREMPUAN

Dan aurat perempuan yang merdeka iaitu sekalian badannya melainkan mukanya dan tapak tangannya. Labuhkanlah tudung melepasi dada daripada kelihatan bentuknya. Labuhkanlah pakaiannya supaya tidak ketat dan tidak nampak akan bentuk tubuhnya. Tutupilah kakinya dengan sarung kaki agar sempurna tutup aurat itu. Terleka daripada menutup akan aurat neraka tempatnya.

[Hafizuddin An-Nuri]



Selamat Datang Rektor Baru

By Hafizuddin An-Nuri on 8/10/2011 02:00:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



Alhamdulillah, setelah sekian lama menantikan kedatangan Rektor UIAM yang baru, Prof Dato Dr Zaleha Kamarudin insan terpilih mengisi jawatan tersebut. Pro-Mahasiswa (WUFI) dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan beliau yang baru sahaja dilantik. Takziah dan tahniah diucapkan kepada Prof Dato Dr Zaleha.

Beliau bukanlah orang baru di UIAM kerana pernah berkhidmat sebagai Dekan di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL). Berkelulusan daripada Universiti London dalam Ijazah Kedoktoran Undang-undang, beliau pernah bertugas di Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama 2 tahun.

Anak kelahiran Raub, Pahang ini pernah memegang Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Timbalan Dekan Pusat Penyelidikan di UIAM. Kebanggaan Rektor baru ini juga tidak dapat dinafikan apabila mendapat Anugerah Tokoh Pendakwah peringkat negeri Selangor pada 2009.

Mahasiswa UIAM sangat berbangga mendapat seorang pemimpin di peringkat atasan yang mempunyai latar belakang dakwah yang tinggi. Kami berharap Prof Dato Dr Zaleha dapat memimpin masyarakat UIAM khususnya untuk bersama-sama merealisasikan misi dan visi UIAM khususnya dalam mengislamisasikan kampus tercinta.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Prof Dato Dr Zaleha.

Selamat Datang Prof Dato Zaleha daripada kami, Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM.

Sumber: Pro-Mahasiswa (WUFI) UIAM