Demonstrasi Bantahan ISA

By Hafizuddin An-Nuri on 7/30/2009 06:16:00 PM

Filed Under:



Ayuh sama-sama kita gegarkan suara kebangkitan KEADILAN & KEBENARAN .

TEMPAT :

Pasaraya SOGO
Masjid Jamek
Masjid Negara


Semoga 'mereka' mendapat hidayah dari Allah...

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Jom Kenal Polis

By Hafizuddin An-Nuri on 7/18/2009 02:37:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kalau kita ingin kenal polis Malaysia , tidak perlu membuat lawatan sambil belajar ke Balai Polis atau Ibu Pejabat Polis yang terdekat , tetapi cukup dengan menyertai mana-mana demonstrasi yang dianjurkan .

Semalam , hari Jumaat menyaksikan 7 penangkapan yang dibuat oleh pihak polis terhadap mahasiswa-mahasiswa yang begitu cakna terhadap saudara seaqidah di Selatan Thailand . Demonstrasi tersebut telah dimulakan sejurus selepas solat Jumaat . Apa yang penting adalah penyerahan memorandom ketidakpuasan hati mahasiswa kepada pihak yang sepatutnya .

Sepanjang peristiwa singkat ini , pihak polis dengan kekuatan FRUnya cuba untuk menghentikan demonstrasi tersebut yang dijalankan secara begitu aman . Mereka ditugaskan untuk menjaga keamanan , akan tetapi rupa-rupanya mereka yang mencetuskan suasana panas . Sangat tidak dapat difikirkan .

Pihak polis Malaysia bernaung di bawah kerajaan Malaysia yang dikatakan Negara Islam , tetapi mengapa mereka ditugaskan untuk tidak solat Jumaat . Padahal , demonstrasi ini tidak mengancam mana-mana pihak pun kecuali mereka yang ingin melawan Islam . Sehinggakan ada beberapa pegawai polis yang menyuarakan kemarahan mereka terhadap mahasiswa kerana mereka tidak dapat solat Jumaat dengan berkata , "Sebab korangla aku tak solat Jumaat" . Sungguh berpusing otak ini untuk memikirkan .

Kita tidak tahu bagaimana sistem tarbiyah polis sehingga mereka boleh menjadi begitu kuat . Semoga kekuatan yang mereka miliki akan digunakan untuk perjuangan Islam kelak , Insyaallah.

Sekadar perkongsian pengalaman daripada seorang yang baru . Sebarang pembetulan dan penambahan amat dipersilakan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my



Ulama' Agama Dan Ulama' Politik

By Hafizuddin An-Nuri on 7/06/2009 01:46:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Tertarik dengan kenyataan Datuk Alwi Che Ahmad , S/U BN Kelantan yang juga Ketua Pembangkang DUN Kelantan apabila beliau menyatakan pendirian beliau terhadap Tok Guru Nik Aziz .

"Saya setuju bila dikatakan melihat tok guru dapat pahala tetapi bukan 'tok guru politik'. Semua tok guru agama seperti Tok Kenali, Tok Abdullah Fahim dan ramai lagi adalah punca ilmu"

Kenyataan ini diulas beliau yang ingin menegur pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya ingin menghentam [berita lanjut] .

Apakah yang dimaksudkan oleh beliau dengan tok guru politik ? Apakah wujud di dunia ini tok guru agama dan tok guru politik ? Berdasarkan kenyataan beliau , bagi saya sudah tidak wujud maksud tersirat . Jelas sekali kefahaman beliau adalah politik bukan dalam persoalan agama . Jika begitulah kefahaman Datuk , maka beliau hanyalah Islam 5 kali sehari . Itu pun jika sempurna .

Ini adalah kenyataan seorang pimpinan UMNO di Negeri Tok Guru . Sungguh tidak malu beliau menzahirkan kepada orang ramai tentang kejahilan beliau . Beliau ada menyatakan yang beliau juga bukan daripada golongan yang pandai dalam agama , tetapi beliau ingin menjelaskan hal tersebut . Kalau sudah tahu jahil , maka buatlah seperti orang yang tidak tahu .

Politik adalah sebahagian daripada Islam . Kerana politik wujud dalam hidup manusia . Segala apa gerak laku manusia bermula tidur sehingga tidur kembali adalah Islam . Islam itu adalah Ad-din . Ad-din ialah jalan hidup . Segala perbuatan seharian kita adalah Ad-din . Jadi , politik termasuk dalam perbuatan seharian manusia , maka ia juga adalah Ad-din , iaitu Islam .

Kesimpulannya , tidak perlu dibezakan ulama' agama atau ulama' politik kerana ianya satu . Hanyalah ulama' . Jika ulama' menolak politik , maka dia bukanlah ulama' dan bukan juga mengamalkan Islam .

Sekadar perkongsian daripada seorang pelajar yang masih mentah dalam kefahaman Islam . Sebarang pembetulan dan pertambahan amat dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my



Ia Semakin Hampir

By Hafizuddin An-Nuri on 7/03/2009 09:54:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Sungguh dekat dengan kita . Tersangat dekat . Itulah kematian . Sepertimana yang dipersoalkan oleh Imam Al-Ghazali kepada anak-anak murid , "Apakah perkara yang paling dekat dengan kita?" , itulah kematian . Tiada perkara yang sangat dekat melainkan mati .

Sebab dan kematian boleh jadi apa-apa sahaja namun tarikh telah ditetapkan . Siapa yang tidak percaya dan yang percaya akan mati , tetap mati . Siapa yang masih muda dan telah tua tetap mati . Dalam masa yang terdekat ini , sangat banyak berita kematian yang kita dengar khususnya yang terdekat dengan kita .

Baru-baru ini , diberitakan kes kematian seorang sahabat kita dia Mesir , Ammar . Arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya . Kemudian , terdengar pula kes kemalangan lagi yang menyebabkan kematian seorang pelajar yang berkelah , iaitu saudara kepada naqib saya . Dan yang terbaru pada malam Jumaat , saudara Nabil Marwan yang dipanggil Allah kerana penyakit yang kritikal . Nabil merupakan seorang pelajar yang juga pejuang menegakkan kalimah Allah di UIAM . Semoga Allah meletakkan arwah sebagai syahid .

Semua mereka adalah pemuda-pemuda yang masih gagah dan kuat dalam memperjuangkan Islam . Itulah kematian . Ia bukan mencari orang-orang tua yang sudah lemah dan uzur , tetapi ia hanyalah mengikut jadual yang diaturkan oleh Allah .

Semoga kita semua semakin bersedia , hanyalah bekalan yang mampu kita bawa untuk meraih rahmat Allah . Sama-samalah kita mendoakan agar kita ditarik nyawa dengan darah syahid , insyaallah .

Sekadar perkongsian daripada seorang insan yang akan mati pada bila-bila masa sahaja . Pembetulan dan pertambahan amat dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my