Takziah & Tahniah Pimpinan Baru Ma'ruf Club

By Hafizuddin An-Nuri on 12/28/2010 04:09:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Takziah dan tahniah diucapkan kepada saudara Mohd Eikhwan Ali atas taklifan baru sebagai Presiden Ma'ruf Club yang baru. Diharap bersama-sama pimpinan baru yang lain, Ma'ruf Club dapat membawa satu impak da'wah Islamiyah yang mantap serta dapat dirasai oleh seluruh warga kampus termasuklah staf-staf pencuci.

Semoga Ma'ruf Club dengan kepimpinan yang baru ini dapat merealisasikan agenda UIAM yang bersifat islamik dan antarabangsa ini. Jayakanlah Ma'ruf Club sebagai gerakan mahasiswa Islam yang bergerak ke arah kesyumulan.

We Unite For Islam



Ma'ruf Club AGM & Mass Gathering

By Hafizuddin An-Nuri on 12/26/2010 06:52:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Dijemput kepada semua sahabat-sahabat UIAM untuk hadir beramai-ramai, kita meriahkan majlis perjumpaan Ma'ruf Club nanti.
Insyaallah bakal menyaksikan pengumuman barisan kepimpinan untuk sesi yang baru.


Suara Anak Muda UIAM

By Hafizuddin An-Nuri on 12/19/2010 11:54:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak seterusnya mengakibatkan kenaikan harga barang-barang keperluan yang lain. Kemungkinan di situ adanya beberapa strategi kerajaan untuk memastikan kelangsungan agenda kerajaan sendiri.

Namun, perspektif mahasiswa sebagai anak muda intelek perlu diambil kira selaras dengan tujuan penubuhan insitut pengajian tinggi yang banyak di Malaysia.

Along Rompak Warung

By Hafizuddin An-Nuri on 12/08/2010 03:08:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...





Politik Kehidupan Muslimin

By Hafizuddin An-Nuri on 12/01/2010 10:40:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Rasulullah S.A.W bersabda:

Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).

(Hadis Riwayat Thabrani)

Pandangan orientalis Barat:

1. Islam bukanlah semata-mata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.

(Dr. V. Fitzgerald)

2. Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Kerana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana, atau Negarawan.

(Prof. R. Strothmann)

3. Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia menescayakan berdirinya suatu bangun masyarakat yang bebas. Ia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pemerintahan, perundangan dan institusi.

(Prof. Gibb)

Umat Islam hari ini sudah menjadi keliru dengan agama sendiri. Islam yang mereka anuti bukan untuk hidup tetapi untuk ibadah khas semata-mata seperti solat, zikir, majlis agama dan sebagainya. Kekeliruan ini menyebabkan umat Islam hari ini terpaksa memilih sebahagian untuk digunakan dalam kehidupan dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Islam sebagai the way of life tidak dijadikan perkara utama kerana didikan yang dilalui hari ini adalah didikan agama sebagai ibadah khas. Kesyumulan Islam ditutup oleh pihak-pihak berwajib.

Jika orientalis Barat pun sudah mengakui dan mengiktiraf bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, maka sangatlah malu bagi yang mengaku sebagai umat Muhammad S.A.W memomok-momokkan dengan politik dan agama adalah sesuatu hal yang asing.

Umat Islam hari ini sudah dijumudkan pemikirannya dek kerana agenda beberapa golongan supaya dapat mempertahankan pemerintahan mengikut acuan kuasa dunia hari ini iaitu kuasa Barat. Agenda pemisahan politik dan agama telah dibawa oleh pihak gereja pada suatu d ketika dahulu dan diterapkan dalam diri umat Islam hari ini.

Selagi nyawa dikandung badan, hidup diteruskan, politik tidak dapat dipisahkan kerana ianya melampaui batas kehidupan normal manusia. Islam itu syumul. Islam itu sudah sempurna, tidak perlu menerima sebahagian dan menolak sebahagian. Itulah kekufuran yang nyata.

-Hafizfillah MN

Student Power Berterusan

By Hafizuddin An-Nuri on 11/26/2010 11:04:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Mahasiswa menggugat melanda dunia hari ini apabila satu demi satu peristiwa keberanian mahasiswa turun ke jalanan menuntut hak sebagai rakyat negara.

UK: 10000 Mahasiswa dan budak sekolah turun ke jalanan protes yuran naik.

Filipina: 4000 Mahasiswa,pensyarah dan pentadbiran kampus turun ke jalanan protes potongan bajet kerajaan untuk IPTA & membantah penswastaan universiti.

Italy: Berpuluh ribu Mahasiswa turun dalam perarakan protes dan menduduki bangunan universiti seluruh Itali untuk bantah potongan bajet kerajaan untuk IPTA.

Mahasiswa Malaysia bagaimana? Sedangkan isu penindasan mahasiswa di Malaysia lebih banyak.


Demonstrasi Mahasiswa UK Protes Kenaikan Yuran

By Hafizuddin An-Nuri on 11/25/2010 10:41:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Student Demos: Students demonstrate about increase in fees

Student protests: Students participate in a mass demonstration in London

Student Demos: Students demonstrate about increase in fees

Student Demos: Students demonstrate about increase in fees

Student Demos: Students demonstrate about increase in fees

[Sumber Gambar]

Demonstrasi mahasiswa UK memprotes kenaikan yuran yang tinggi juga disertai oleh pelajar-pelajar sekolah sehebat demonstrasi anti-ISA di Malaysia. Namun di Malaysia, demonstrasi anjuran mahasiswa paling ramai pun dalam sekitar 100 hingga 200 orang. Adakah kesedaran mahasiswa di Malaysia sangat teruk.

Mahasiswa Malaysia hanya pandai belajar dan mendapat CGPA yang tinggi, tetapi tidak berani, tidak sedar, pentingkan diri sendiri dan tiada kepimpinan. Jika beginilah nilainya mahasiswa Malaysia, tidak hairanlah dunia dipegang oleh kuasa Barat.

STUDENT POWER!!!


Student Power at UK

By Hafizuddin An-Nuri on 11/24/2010 08:36:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Demonstrasi mahasiswa UK menentang kenaikan harga yuran.

STUDENT POWER!!!

World Student Solidarity.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.



Lumrah Berjuang

By Hafizuddin An-Nuri on 11/21/2010 06:20:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Senang itu sekali-kali bukan,

Bahagia tidak menjadi sasaran,

Susah itu mesti,

Korban itu wajib,

Liku adalah jalannya,

Duri adalah halangannya,

Kehendak itu biadap,

Taat itu adab,

Di sini sengsara,

Di sana bahagia.

-Hafizfillah MN-
(21/11/2010)

Menunggu Masa

By Hafizuddin An-Nuri on 11/18/2010 07:21:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Menunggu yang jauh tidak jemu,

Menantikan ubat rindu semakin parah,

Suara tinggi diguna untuk berkomunikasi,

Diri yang lanjut seperti anak kecil,

Mahu itu mahu ini,

Ingatannya tiada melainkan anak-anak kecil,

Walau semut tidak sanggup dibiarkan,

Demi menjaga tubuh tersayang,

Sunyi berseorangan sehingga sakit,

Hadirnya ramai memberi tenaga,

Mengukir senyuman tidak berpanjangan,

Menunggu masa panggilan Tuhan,

Selagi ajal dikandung selagi itulah hayat dibawa.

-Hafizfillah MN-
(18/11/2010)

Oh Cinta

By Hafizuddin An-Nuri on 11/16/2010 03:23:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria,

Harganya tidak terhitung,

Nilainya tidak terkira,

Hadirnya membawa gembira,

Perginya dengan sedih,

Ikhlasnya diredhai,

Khianatnya dicaci,

Yang sementara di dunia,

Yang hakiki selamanya,

Oh Cinta...

-Hafizfillah MN-
(16/11/2010)

Mahasiswa Hancur, Bilakah Bersatu?

By Hafizuddin An-Nuri on 11/11/2010 11:31:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Apabila bercakap soal Politik Kampus, mahasiswa serta manusia sekitarnya akan membayangkan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi. Mungkin juga ada yang terlintas pihak bebas. Secara ringkasnya, Pro-Mahasiswa inginkan kuasa mahasiswa dan memperjuangkan hak-hak mahasiswa manakala Pro-Aspirasi pula hanyalah ingin mengikut undang-undang universiti serta patuh dengan arahan pihak pentadbiran. Itulah momokan yang selalu digembar-gemburkan, sejauh mana kebenanrannya hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Jika berada di kampus UIAM khususnya, istilah Pro-M dan Pro-A tidak menjadi zikir mulut mereka kerana sangat aneh dan pelik istilah tersebut. Kampus UIAM melahirkan banyak puak yang kadang-kadang dilihat seolah-olah berpecah. Kebiasaan budak-budak politik di UIAM akan akan melafazkan beberapa istilah antaranya WUFI, Wawasan, JIM, Karisma, PKPIM, IKRAM, GPMS dan MRC.

Kumpulan-kumpulan tersebutlah yang biasa aktif dengan kegiatan Politik Kampus khususnya menjelang Pilihanraya Kampus (PRK). Namun demikian, satu kerugian kepada mahasiswa yang tidak tahu apa-apa. Mereka hanyalah datang UIAM dengan satu matlamat iaitu Ijazah. Haram perkara lain mencampuri urusan mereka.

Kerugian paling besar bagi puak-puak ini adalah Perpecahan. Mereka berpecah walaupun satu kefahaman, satu pembawaan. Adakah disebabkan mereka mempunyai agenda-agenda tersendiri? Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Mereka berpecah sedangkan mahasiswa hari ini diperkudakan oleh pelbagai pihak.

Pihak Kerajaan, pihak pentadbiran, parti-parti politik serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) memperalatkan mereka. Kita punya idealism kita tersendiri. Mahasiswa punya karismatik tersendiri dalam politik. Mahasiswa harus punya Kuasa di kampus.

Kuasa Mahasiswa bisa mengggugat dunia. Cukuplah wahai mahasiswa. Kalian berpecah tidak mendatangkan sedikit pun kepentingan kepada mahasiswa, bahkan menghancurkan masa depan negara. Negara memerlukan Mahasiswa. Masyarakat mendambakan Mahasiswa. Negara sudah rosak dimainkan oleh banyak pihak tidak bertanggungjawab.

Ayuh mahasiswa, kita Bersatu. Kita mesti bersatu atas nama Kesatuan Mahasiswa. Kuasa Mahasiswa terletak pada Kesatuan Mahasiswa. Mahasiswa tidak mampu hapuskan AUKU, tidak mampu bina Kerajaan Mahasiswa, tidak mampu melontarkan permasalahan Mahasiswa ke Parlimen seandainya masih berPecah.

Ayuh mahasiswa UIAM, kita Bersatu. Atas nama Mahasiswa Islam. Kita berjuang bersama-sama demi Kuasa Mahasiswa Islam. Cukuplah kita bermain dengan politik yang memakan diri mahasiswa. Sudah sampai masanya anak muda bergelar Mahasiswa bangkit berada di jalan sebenar.

Bersatulah Mahasiswa! Student Power! Students' Unity!


Tahniah Red Warriors, GOMO KLATE GOMO!!!

By Hafizuddin An-Nuri on 10/31/2010 03:39:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Tahniah Red Warriors atas kemenangan pasukan bola kesayangan Kelantan yang telah menumpaskan Negeri Sembilan 2-1.

Kemenangan yang telah dinantikan setelah sekian lamanya menunggu, hadiah buat rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan.

GOMO KLATE GOMO!!!



Selamat Menempuh Ujian Dunia Akhir Semester 1 2010

By Hafizuddin An-Nuri on 10/29/2010 05:20:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Jadual Final Examination

Bahasa Melayu Kerjaya : 30/10/2010 (9pm)
Ulum Hadis : 1/11/2010 (3pm)
Sorof 2 : 4/11/2010 (12pm)
Quranic & Prophetic Texts : 15/11/2010 (12pm)
Nahu 1 : 15/11/2010 (3pm)

Selamat Menempuh Ujian Akhir Semester diucapkan kepada semua sahabat dan mahasiswa UIAM. Semoga dengan peperiksaan ini, peluang digunakan sebaik mungkin untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Waspada!!! Jangan dek kerana Final Exam ini menyebabkan diri kita dibelenggu oleh kuasa Nafsu dan Syaitan.

SUNNAH paling mudah, tanpa bayaran, ganjaran SEDEKAH. Senyumlah kerana ALLAH.


Rosmah Bawa Ajaran Jahiliyah ke Malaysia, Hina Rasulullah

By Hafizuddin An-Nuri on 10/22/2010 11:14:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Sensitiviti dan maruah umat Islam hari ini sekali lagi dicabar dan dipermainkan. Hal ini berlaku apabila satu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF) yang telah memperlihatkan tayangan fesyen dan pemakaian yang sangat bercanggah dengan Syariah Islamiyah.

Festival ini telah dianjurkan di Malaysia, bumi bertuah umat Melayu yang dimasyhurkan sebagai negara Islam. Perkara yang sangat mendukacitakan adalah penaung IFF ialah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur yang menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia tanpa pengiktirafan mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau masyhur dengan nama Bik Mama.

Pertamanya, pertunjukan pemakaian yang ditayangkan oleh wanita secara terbuka adalah haram di sisi Islam kerana ianya jelas melanggar perintah Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31:
Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya.
Keduanya, pemakaian yang ditonjolkan adalah sangat seksi dan sedikit pun tidak menepati Syariah Islamiyah. Fesyen yang dipamerkan langsung tidak berbeza dengan fesyen-fesyen lain daripada barat. Bahkan lebih teruk lagi mereka mendakwa fesyen tersebut sebagai fesyen Islam.

Ketiganya, fesyen naungan Rosmah Mansur ini telah mencabar sensitiviti umat Islam apabila wujud pemakaian yang sangat menghina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Hal ini kerana rekaan tersebut telah mempamerkan perkataan nama Rasulullah, Muhammad dengan keadaan terbalik dan ditulis di bahagian dada baju. Sangat keji dan jijik golongan mereka.

Pada hemah saya, golongan ini khususnya Rosmah Mansur bukan tidak mengikut ajaran Islam tetapi mereka telah melanggar peraturan Islam bahkan telah mengulangi sejarah jahiliyah dan membawa ajaran kafir la'natullah ke Malaysia.

Rosmah Mansur yang merupakan isteri kepada ketua kerajaan Malaysia sepatutnya mengajar dan mendidik serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat Malaysia dengan ajaran Islam serta peradaban Melayu. Hal ini sangat jelas dan tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam di Malaysia.

Perbuatan Rosmah Mansur ini telah menjangkaui fahaman politik serta aliran-aliran lain. Rakyat Malaysia sangat malu mempunyai Wanita Pertama seperti ini. Sangat jahil. Sangat hina. Sangat tidak bertamadun.





Selamat Hari Hartal SeMalaysia 2010

By Hafizuddin An-Nuri on 10/20/2010 07:30:00 AM

Filed Under: , ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Parti ini adalah parti yang mula-mula sekali menjadikan “MERDEKA” sebagai slogannya, dan menjadikan warna merah dan putih sebagai bendera untuk parti PKMM.


Dengan selogan “MERDEKA”, PKMM telah berjaya menghimpunkan seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira agama dan fahaman ideologi. Namun ia tidak mendapat sokongan di kalangan bangsawan Melayu dan juga kakitangan kerajaan (pro penjajah).


Pimpinan tertinggi PKMM pada awalnya dipimpin oleh Mokhtarudin Laso seorang yang amat keras di dalam perjuangannya, namun beliau menghilangkan diri dan dikatakan bahawa beliau telah ke Sumatera Barat. Untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mokhtarudin Laso, satu mesyuarat telah diadakan di ‘Rumah Merdeka‘ di Kampung Bahru untuk menstrukturkan semula PKMM.


Struktur organiasasi PKKM yang baru adalah:


Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy

Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)

Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni

Ahli Jawatankuasa :

1. Abdullah CD (Cik Dat Abdullah)
2. Ahmad Boestamam
3. Musa Ahmad
4. Khatijah Ali
5. Abu Bakar Al Baqir


Aishah Ghani telah mengantikan tempat Khatijah Ali apabila PKMM berpindah ke Kuala Lumpur. ‘Mak Inang‘ nama timangan yang digunakan oleh Aishah Ghani untuk penulisan akhbar rasmi PKMM yang bernama ‘Pelita Malaya‘. Aishah Ghani telah meletakkan jawatan setelah beliau menjawat jawatan di dalam kerajaan British. Tempat beliau kemudiannya diisi oleh Shamsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.


PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:


1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO Dato Onn Jaafar.


2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.


3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar – Kedah, Selangor – Musa Ahmad, Pahang – Abas, Johar – Kadir dan Negeri Sembilan – Ibrahim Baba.


4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.


5. Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap ‘Parti Islam Merah’ dan merupakan ‘bahaya dari gunung’ kepada mereka.


6. GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.


7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.


8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.


9. Kesatuan Opera Melayu.


10. Persatuan Pemandu Teksi.


11. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.


12. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.


Pada tahun 1947, iaitu sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.


Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.


Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. (videohttp://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY&feature=PlayList&p=F0B6BA1785FFE49E&index=0&playnext=1)


HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.


Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, dan telah menolak Perlembagaan Rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.


Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato’ Onn Jaafar.


British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan ‘preventive detention‘ iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.


Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS).


Aku & Perjuangan

By Hafizuddin An-Nuri on 10/19/2010 02:34:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Perjuangan ISLAM,

Mengapa wujudnya kata-kata, "Berjuang, berjuang juga, tetapi biarlah berpada-pada",

Apakah maksud kalian terhadap kata-kata itu,

Aku berjuang bukan untuk kalian,

Aku berjuang bukan untuk sesiapa,

Aku berjuang untuk ISLAM,

Wahai manusia sekelilingku,

Andai kalian dapat memberi jaminan bahawa aku dapat menghembuskan nafas pada esok hari,

Maka akan kuhentikan kehidupan aku daripada berjuang,

Tetapi andai kalian tidak dapat berbuat demikian,

Kupohon agar jangan sekali-kali cuba menghalang aku,

Jangan sekali-kali cuba mencerca aku,

Akan kukorbankan segalanya demi perjuangan ISLAM,

Kehidupan, keluarga, kawan, akademik, duit dan nyawa,

Jika itulah yang perjuangan mahu aku korbankan,

Ya Allah,

Tetapkanlah hatiku ini untuk agamaMu,

Tetapkanlah hatiku ini untuk perjuangan ISLAM,

ALLAHUAKBAR!



Konsert Adam Lambert : Anak Muda dan Mahasiswa BANTAH

By Hafizuddin An-Nuri on 10/14/2010 01:37:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Agenda WAJIB MAHASISWA ISLAM!!!

Ayuh kita tunjukkan bahawa MAHASISWA ISLAM menolak keras jemputan ARTIS GAY ini. MAHASISWA ISLAM tiada kompromi dalam penganjuran konsert ke arah budaya songsang.


Pelancaran Kerajaan GAY Malaysia

By Hafizuddin An-Nuri on 10/13/2010 01:55:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...



Pelancaran Kerajaan Gay cawangan Malaysia bakal menjadi majlis terbesar minggu ini. Kerajaan Malaysia telah bersetuju dan akan menyambut baik Kerajaan Gay tersebut.

YAB Dato Seri Adam Lambert akan merasmikan majlis tersebut. Hari yang baik telah dipilih oleh pihak penganjur untuk merasmikan pelancaran Kerajaan Gay Malaysia iaitu pada hari Khamis malam Jumaat ini.

Ulama muda UMNO, Mufti-mufti serta golongan ulama dan akademik KEMENTERIAN dijemput hadir beramai-ramai bagi mencapai objektif program tersebut.

STUDENT POWER @ UIAM

By Hafizuddin An-Nuri on 10/11/2010 04:02:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

PUBLIC LECTURE STUDENT POWER

UIAM

BY FAHMI REZA

11.10.10

9.00pm

COLLASEUM, KULIYYAH OF ENGINERING

Dijemput kepada semua mahasiswa untuk menghadirkan diri menuntut kembali KUASA SISWA ke arah SOLIDARITI MAHASISWA.

STUDENT POWER!!!


[Peta Lokasi]