Apakah Rukun ISLAM Yang Ke-2 : SOLAT

By Hafizuddin An-Nuri on 5/24/2008 12:49:00 PM

Filed Under:

Berapakah rukun Islam kita??? Pasti semua orang khususnya yang mengucap 2 kalimah syahadah akan menjawab….5. Kalau ditanya dan disuruh pula untuk menyebut satu-persatu, dengan pantasnya kawan-kawan adik saya yang berada dalam darjah 2 berebut-rebut untuk menjawabnya. Yang pertama…mengucap 2 kalimah syahadah, yang kedua…menunaikan solat…hinggalah yang kelima.

Sahabat-sahabatku yang disayangi sekalian,

Apakah benar semua itu??? Apakah betul rukun Islam yang ke-2 ialah solat 5 waktu??? Maka pasti mereka dengan tegas dan yakinnya akan menjawab sekali lagi….”Ya, betul….” Jika benar kata-katamu itu, maka mengapa tidak sahaja kamu senyapkan dirimu dengan menutup mulut dan terus menunaikannya??? Tapi sahabat-sahabatku, mengapa umat di zaman sekarang ini sanggup menyelesaikan kerja-kerja mereka yang tiada kesudahan itu dengan melewat-lewatkan solat??? Mengapa sanggup adik-adik kita menonton kartun-kartun animasi pada waktu Maghrib….manakala kakak-kakak dan ibu-ibu pula menangisi kesedihan dan kepiluan heroin filem dan drama-drama bersiri yang makin hari, makin banyak ditayangkan di kaca televisyen??? Mengapa sanggup kita menidurkan diri kita ini semata-mata untuk berehat walaupun hanya 5 minit lagi menghampiri waktu solat??? Mengapa semua ini terjadi??? Mengapa ia berlaku sahabat-sahabat sekalian???
MENGAPA??!!!

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “Solat lima waktu itu seumpama sebatang sungai yang mengalir di muka pintu rumah di mana manusia mandi di situ sebanyak 5 kali sehari”. Ini bererti solat yang sempurna jika ditunaikan dapat menyucikan diri kita daripada segala dosa kecil. Sahabat-sahabatku yang Allah kasihi sekalian, entah berapa banyak dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan. Apakah tertebus dengan solat kita yang belum pasti lagi kesempurnaannya??? Itu pun jika kita berjaya tunaikannya. Sahabat-sahabatku, bagaimana pula dengan dosa-dosa besar kita???

Sebelum kuakhiri perkongsian ini, Allah berfirman dalam surah An-Nisa’, ayat 103 yang bermaksud “Sesungguhnya solat adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya terhadap orang yang beriman”.

Ayuh sahabat-sahabatku sekalian, segerakanlah solat kita, sesungguhnya solat itu tiang agama…..Renungkanlah….

SMILE ALWAYS….

Ya ALLAH...Berilah kekuatan kepadaku!!!

By Hafizuddin An-Nuri on 5/07/2008 07:01:00 AM

Filed Under:

Baru-baru ini aku dan seorang sahabatku pergi ke kampus PAUIAM kami di Nilai walaupun kami berdua tidak mempunyai short sem kerana ada hal sedikit sambil melawat sahabat-sahabatku yang lain. Setelah selesai kerja kami, maka kami bercadang untuk terus pulang. Kami ke kaunter tiket Transnasional tapi rupa2nya tutup kerana hari Ahad di sana cuti minggu. Walaupun begitu kami tetap ingin ke Terminal 1, seremban untuk mencari tiket bas lain. Tetapi di sana hanya ada 2 jenis syarikat yang menyediakan tiket ke Kelantan...fuh memang kami ditarbiah....Nak dijadikan cerita kami terpaksa naik tren komuter untuk ke Putra.
Bukan itu yang ingin kukongsikan di sini...tetapi cerita di dalam tren. Semasa kami naik di Seremban, aku sudah merancang untuk tidur kerana terlalu letih pergi ke sana sini...namun setelah berhenti di stesen berikutnya, ada 4 orang pelajar sekolah menengah masuk ke gerabak tempat kami duduk. Di sini hanya ada kami dan 2 orang putis. Aku lebih tertarik lagi apabila mendapati 3 orang daripada mereka adalah lelaki dan seorang perempuan.
Mereka semua mungkin berada dalam tingkatan 3 atau 4. Si perempuan duduk dan seorang antara 3 pelajar lelaki tersebut duduk sebelahnya. Mungkin dah bermain cinta monyet. Yang 2 orang lagi tidak duduk bersama mereka. Seorang tu asyik mempersembahkan nyanyiannya kepada kami. Namun suaranya tidak dapat memenuhi peminat. Orang putis yang 2 orang tadi tersenyum sinis dan menggelengkan kepalanya. Tidak malukah mereka?? Ya Allah....tolonglah umat ini..!!!
Berbalik kepada pasangan 'bahagia' tadi...aku semakin pelik dengan mereka apabila mereka duduk terlalu rapat. Aku tergamam seketka. aku malihat seolah-olah si lelaki tadi meminta kepada aweknya untuk membuat perkara yang mana tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang mengaku beragama Islam. Tetapi si gadis itu berpura-pura tidak mahu memberi. Mereka berpegang-pegang dan bertepuk tampar. Terdetik di hatiku untuk menuju ke arah mereka dan ingin menegur. Aku tidak tahu mengapa sukarnya untuk kubangun daripada tempat dudukku. Aku melihat mereka dengan mata tajamku. Si lelaki tersebut perasan yang aku tak puas hati dengan mereka tetapi dia buat selambe jee...
Aku sungguh berdebar dan rasa sedih yang amat sangat. Sampai di stesen Nilai, mereka berempat turun daripada tren. Aku melihat mereka hinggalah tren meninggalkan stesen tersebut. Aku termenung sambil mengalirkan air mata. Sangat takut dan sedih dibuat mereka.
MENGAPA?? Kerana mereka adalah adik-adikku. Mereka adalah saudaraku. Aku semakin sedih apabila terkenangkan adikku yang perempuan itu.....apakah nasibnya??? Punyai maruah lagikah dia??? Ya ALLAH.....tolonglah ya ALLAH!!! Selamatkanlah umat ini...aku pohon kepadaMu..berilah hidayahMu kepada mereka....sesungguhnya aku tidak sanggup untuk melihat saudaraku berada dalam kehinaan ya ALLAH.....
Ya ALLAH...berilah kekuatan kepadaku untuk menyampaikan da'wah.......AMIN YA RABBAL 'ALAMIN....
UKHUWWAH FILLAH...........

Kerana ALLAH

By Hafizuddin An-Nuri on 5/06/2008 05:43:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh............

SAHABAT-SAHABATKU.......

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita merafa'kan seinfiniti kesyukuran kepada Allah 'Azza WaJalla kerana dengan limpah kurnia serta rahmat kasih cintanya dapat lagi kita menyedut dan menghembus atau secara saintifiknya...bernafas. Syukur tidak terhingga juga kepadaNya kerana Dia masih sayangkan kita di mana kita masih lagi berada dalam agamaNya iaitu Islam. Bukan stakat itu sahaja, kita juga diberi olehNya untuk mempunyai kefahaman yang jelas tentang Aqidah Islamiah....ALHAMDULILLAH!!!

Saya cuba membuat blog ini bukanlah untuk masuk pertandingan....bukan juga untuk meramaikan ahli blog yang mana semakin ramai selepas pilihan raya baru-baru ini....bukan juga untuk menyatakan saya ini celik IT...bukan juga kerana meniru....dan bukan juga kerana sebab-sebab bukan yang lain. Akan tetapi, saya cipta blog ini adalah atas dasar UKHUWWAH. Kita dicipta di muka bumi ini bukan untuk bersendirian wahai sahabat-sahabatku seklian. Ingat!! Selagi seseorang itu mengaku dia adalah Muslim atau Muslimah....maka dia ialah ayah kita..emak kita..abang kita..kakak kita..adik kita..mak cik kita...pak cik kita..

Rasanya setakat itu sahaja pendahuluan saya untuk blog ini....
Akhir kata andai kata saya tersala silap dalam menulis atau apa-apa sahaja dalam blog ini, sudi-sudilah tegur kerana Allah berfirman dalam Kitabnya Yang Mulia..."Berilah peringatan..sesungguhnya dengan peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang Mu'min"..benarlah kata-kata Allah.

Wallahu A'lam....
UKUWWAH FILLAH...