Nyatakan Kebencian & Bantahan Umat Islam Kepada Zionis-Israel

By Hafizuddin An-Nuri on 5/31/2010 04:16:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...
VivaGaza Palestin
Berita yang menggemparkan seluruh dunia Islam yang terbaru adalah serangan Zionis-Israel terhadap kapal-kapal Konvoi Lifeline 4 Gaza . Hal ini menyebabkan kemarahan aktivis-aktivis Islam di seluruh dunia kerana konvoi tersebut adalah bertujuan misi kemanusiaan . Antara yang terlibat dalam konvoi tersebut adalah wakil dari Malaysia .

Di Turki yang juga menjadi tuan rumah konvoi tersebut telah menghimpunkan ramai orang yang berdemonstrasi di hadapan Pejabat Kedutaan Israel .

Insyaallah berikutan peristiwa ini , Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan & Dewan Pemuda Pas Pusat akan mengadakan demonstrasi sebagai tanda kebencian dan bantahan terhadap Israel dan sekutunya :

Tarikh : 4 Jun 2010 (Jumaat)

Tempat : Kedutaan Amerika Syarikat
(Berkumpul di Masjid Tabung Haji)


Masa : Selepas Solat Jumaat

Semua mahasiswa , anak muda dan seluruh kaum muslimin diseru untuk bersama-sama nyatakan bantahan dan kebencian terhadap Israel dan sekutu-sekutu mereka .

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

hafizfillah

Judi: Mahasiswa Tentang Kerajaan Perlekeh Hukum Allah

By Hafizuddin An-Nuri on 5/31/2010 10:04:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Mahasiswa seluruh negara menentang dan sangat tidak bersetuju dengan Kerajaan Malaysia yang cuba dan terus memperlekehkan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT berkenaan dengan judi.


Menurut Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman masih banyak lagi cara dan kaedah yang boleh digunapakai oleh pihak kerajaan untuk mendapatkan keuntungan hasil negara selain ‘menghalalkan’ judi.


Beliau berkata, sewajarnya kerajaan yang mengakui menjalankan pentadbiran dan pemerintahan dengan dasar Islam menimbang kembali kelulusan lesen judi dibenarkan dalam pertandingan bola sepak sempena Piala Dunia 2010.


“Ini bukan isu politik di antara kerajaan dan pembangkang tetapi mahasiswa melihat ini adalah isu agama yang sepatutnya kerajaan mengambil persetujuan bersama di dalam hal ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Mahasiswa juga, tambahnya menempelak sikap dan perilaku ‘orang-orang agama’ yang hanya diam seribu bahasa di dalam persoalan lesen judi bola itu.


Sepatutnya, kata beliau ahli agama di dalam kerajaan memberikan nasihat dan pandangan mereka kepada kerajaan berkenaan dengan isu tersebut.


Mahasiswa, ujarnya memandang isu itu adalah isu yang besar dan perlu diperbetulkan oleh Kabinet Kerajaan Malaysia.


Tegasnya, SMM menggesa agar pihak kerajaan menarik balik kelulusan yang dibenarkan berkenaan dengan lesen judi bola itu kerana jelas bertentangan dengan norma-norma kepimpinan Islam dan maruah agama Islam itu sendiri.


Beliau berkata, mahasiswa melalui SMM menuntut agar lesen judi bola ditarik balik serta merta dan mahasiswa akan bersama dalam menentang isu judi itu sehinggalah kerajaan menarik balik semula kelulusan yang dibenarkan.


“Mahasiswa selaku 3 force dalam masyarakat akan bangkit melawan segala tindak tanduk yang tidak tepat di dalam pemerintahan negara,” tegasnya.


Jelasnya, Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud: "Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”.


Sumber : Harakahdaily.net


Justeru , semua mahasiswa dan anak muda seluruh mahasiswa diseru untuk bangkit dan menentang habis-habisan kelulusan lesen judi ini . Mahasiswa tidak akan berhenti sehingga kerjaan menarik balik lesen tersebut .

hafizfillah

Bantah AUKU UKM

By Hafizuddin An-Nuri on 5/24/2010 11:51:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Beberapa hari ini , isu mahasiswa dipanaskan dengan pertuduhan terhadap 4 mahasiswa UKM yang bakal berdepan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana ditangkap semasa berada di Hulu Selangor baru-baru ini . Tindakan pihak HEP UKM yang ingin mengambil tindakan tersebut telah menaikkan kemarahan mahasiswa di seluruh kampus di Malaysia .

Oleh itu , semua mahasiswa dan aktivis hak asasi diseru untuk menyatakan bantahan demi kebebasan dan hak mahasiswa . Mahasiswa hari ini tidak boleh dipermainkan seperti murid-murid sekolah rendah kerana tahap kematangan mahasiswa tidak perlu lagi dipertikai . Jika semua aktiviti perlu dirujuk kepada pentadbiran , lebih baik hapuskan sahaja sistem pengajian tinggi ini kerana ia sangat merugikan negara .

Ayuh sama-sama kita nyatakan bantahan di petisyen :

Pro-M UIAM : Mahasiswa UIAM Bantah Tindakan AUKU Terhadap 4 Mahasiswa UKM

By Hafizuddin An-Nuri on 5/22/2010 02:27:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam mahasiswa ,

Baru-baru ini, 18 Mei 2010 Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah membuat kenyataan media berkenaan kes 4 orang mahasiswa UKM yang akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM kerana telah terlibat dengan pilihanraya kecil Hulu Selangor . (Sila lihat Mahasiswakini)

Menurut Pengerusi Pro-M UIAM , saudara Wan Hakimi , mahasiswa tidak sepatutnye disekat sebegitu rupa sehingga diambil tindakan lebih-lebih lagi mahasiswa yang bakal dikenakan tindakan auku tersebut semuanya mengambil jurusan sains politik . Jika pihak pentadbiran UKM tidak menarik balik tuduhan tersebut , maka secara automatik UKM telah menyekat perkembangan intelektual dan akademik mahasiswa yang lain juga .

Mereka yan dituduh merupakan Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM . Mereka dituduh terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor yang lalu dan akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu .

Kesemua mereka dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 2 Jun dan 3 Jun ini .

Mahasiswa UIAM sangat kecewa dengan tindakan pihak pentadbiran UKM yang hanya menetapkan mahasiswa cukup sekadar menumpukan terhadap silibus pembelajaran semata-mata dan melibatkan mahasiswa dengan pertandingan-pertandingan akademik untuk menaikkan nama universiti .

Justeru , Pro-M UIAM membantah tindakan UKM dan berharap tuduhan tersebut ditarik balik oleh pihak UKM . Berikut adalah NGO yang turut menyatakan bantahan :

1. Persatuan Hokkien Ulu Langat

2. Persatuan Sentul Chung Mun Alumni Kuala Lumpur

3. Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Kuen Cheng K.L

4. Young Malaysia Movement ( YMM )

5. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)

6. Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia

7. Bahagian Pemuda Persatuan Teo Chew Selangor & K.L

8. Civil Society Committe of LLG Cultural Devolopment Centre

9. Persatuan Siswazah Lihua K.L & Selangor

10. Student Progressive Front University Utara Malaysia (SPF UUM)

11. Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPF USM)

12. Student Progressive Front New Era College (SPF NEC)

13. Gerakan Maju Mahasiswa University Putra Malaysia (GMM UPM)

14. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

15. KLSCAH-CRC (KLSCAH, Civil Rights Committee)

16. S.E.R.U (Student Reserve Unit)

17. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu

18. Pengerak Belia zon 23,Mpsj

19. PeBT Zon 17 MPAJ

20. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & K.L

21. The Selangor Yan Keng Benevolent Dramatic Assn.

22. Persatuan Peniaga Ubat Cina W/P & Selangor

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Sumber : Pro-Mahasiswa UIAM

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Selamat Hari Guru 2010

By Hafizuddin An-Nuri on 5/16/2010 09:36:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

16 Mei merupakan satu tarikh yang amat bermakna dalam sistem pendidikan . Guru yang telah mencurahkan baktinya dalam mendidik dan meluahkan ilmunya kepada sang penuntut ilmu diraikan khas pada hari ini . Tidak semua manusia berjaya untuk bertindak sebagai seorang guru dalam kehidupannya , namun bagi seorang penuntut ilmu , sudah cukup ke atasnya untuk menghormati dan memuliakan seorang guru itu walaupun mendapat hanya cebisan ilmu yang diturunkan .

Kita dapat mengambil iktibar daripada kisah seumpama kisah Imam Syafie yang telah memuliakan seorang yang biasa yang bukanlah mempunyai ilmu agama yang tinggi dek kerana berkongsi sedikit pengetahuan kehidupan kepadanya .

Di kesempatan ini juga , saya ingin mengucapkan seinfiniti kepada semua guru yang telah menurunkan ilmu-ilmu mereka kepada saya khususnya :

Guru-guru SK Seri Chempaka 1995-2000

Guru-guru Maahad Muhammadi (Lelaki) 2001-2006

Pensyarah-pensyarah Pusat Asasi UIAM PJ & Nilai

Pensyarah-pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Diharapkan kalian semua dirahmati Allah sehingga akhir hayat dan tidak jemu untuk mendidik adik-adik generasi yang mendatang yang semakin hari semakin kuat cabarannya .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Kerajaan Malaysia Gila Atau Bodoh ?

By Hafizuddin An-Nuri on 5/13/2010 03:17:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Susah untuk memberi nilaian kepada kerajaan hari ini . GILA atau BODOH . Majoriti individu yang berada dalam kerajaan hari ini kelihatan sudah teruk seolah-olah mereka menzahirkan kejahilan mereka kepada rakyat dengan bangga sekali .

JUDI

Mereka ingin salurkan faedah daripada wang judi Piala Dunia 2010 untuk manfaat rakyat Malaysia bersama . Sungguh tidak berpegang dengan ajaran . Judi sudah dijelaskan di dalam Al-Quran secara nyata bahawa hukumnya haram . Namun akibat kekuncian mulut ulama yang mempunyai autoriti hari ini maka perkara ini diteruskan .

PITBULL

Konsert 12 jam tanpa henti ini sangat menakutkan semua pihak masyarakat yang mempunyai kesedaran moral di Malaysia ini . Konsert yang dihadiri oleh Pitbull jemputan khas dari Barat . Pitbull yang mempunyai rekod sebagai seorang penyanyi yang berunsur lucah dan nilai moral yang sangat rendah tidak sepatutnya menjejak kaki pun di Malaysia .

Bukan setakat pihak pembangkang kerajaan yang menghentam dengan pendirian bantah konsert tersebut , turut bersama-sama bantah adalah daripada akar umbi UMNO . Konset seperti inilah yang akan memusnahkan masa depan anak muda sekaligus memusnahkan identiti Malaysia sebagai Negara yang dikuasai oleh umat Islam .

Justeru , perhimpunan demonstrasi bantahan rakyat akan diadakan pada hari Jumaat ,14 Mei bertempat di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Kebebasan Media Juga Dibunuh

By Hafizuddin An-Nuri on 5/11/2010 02:02:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Seperti makluman ramai , media massa hari ini susah untuk memaparkan berita berbentuk keadilan untuk rakyat sejagat . Dalam kes terbaru , media elektronik yang merupakan media paling besar di negara ini sekali lagi menghalang pendedahan terbaru isu rakyat .
Galeri Mandarin Nasional yang ditayangkan di TV2 telah menggugurkan dokumentari yang berbentuk pro-rakyat . Hal ini terjadi kerana dikatakan untuk menjaga pengaruh politik terhadap rakyat supaya tidak melihat kesilapan kerajaan sempena pilihanraya kecil di Sibu .

Laporan ini boleh dilihat di MerdekaReview dan Malaysiakini .

Media di Malaysia masih lagi tidak bebas dan dipengaruhi oleh kuasa politik di negara ini daripada pihak KERAJAAN mahupun PEMBANGKANG . Nilai-nilai demokrasi yang konon-kononnya diamalkan di negara ini telah mati .

Sekadar penglihatan daripada seorang rakyat yang mahukan kebenaran .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


1Malaysia : Judi Dihalalkan

By Hafizuddin An-Nuri on 5/07/2010 10:10:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Sempena musim Piala Dunia 2010 yang bakal menjelma beberapa ketika sahaja lagi , pihak kerajaan ingin mempertimbangkan kelulusan lesen perjudian tersebut . Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein .

Hal ini sangat dikesali kerana perjudian adalah jelas haram hukumnya tanpa kompromi . Alasan yang diberikan sangat jelas menunjukkan kependekan akal pihak pemimpin negara , jika kelulusan lesen judi tidak dibuat maka pertaruhan tetap berlaku tanpa kawalan pihak berkuasa .

Pemimpin hari ini sudah melampau sehingga perkara yang jelas bertentangan dengan Islam pun dihalalkan .

Di manakah ustaz-ustazah kerajaan yang belajar agama ?
Di manakah mufti-mufti yang menjadi pengeluar fatwa utama di negara ?
Di manakah nilai masyarakat Islam ?

Semua itu hanya boneka semata-mata . Sudah tiada fungsinya , sudah tiada guna . Useless .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my