Final Exam

By Hafizuddin An-Nuri on 3/24/2010 11:00:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Ujian dunia datang lagi . Tibanya musim peperiksaan akhir bagi sesi 2009/2010 untuk pelajar UIAM , saya mengucapkan selamat menyambut hari raya kerana kelas sudah berakhir dan cuti bakal menyambut .

ALL THE BEST IN FINAL EXAMINATION TO ALL IIUM'S STUDENTS

مع التوفيق والنجاح في الامتحان النهائي

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

MPP Bukan Persatuan Atau Kelab

By Hafizuddin An-Nuri on 3/23/2010 10:40:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Dilihat ramai mahasiswa yang masih tidak faham dengan kewujudan MPP di kampus masing-masing khususnya mahasiswa UIAM . MPP UIAM atau lebih mesra dengan panggilan SRC bukan seperti persatuan-persatuan atau kelab-kelab lain . SRC adalah satu organisasi yang melibatkan barisan kepimpinan mahasiswa yang dipilih oleh mahasiswa dengan pengundian melalui proses demokrasi untuk membawa suara mahasiswa di kampus dan menjadi suara mesyarakat di peringkat nasional .

Namun , gerakan MPP hari ini dilihat sebagai satu kelab yang gemar membuat program yang banyak dan besar oleh mahasiswa kampus . SRC IIUM dilihat sebagai antara kelab yang paling aktif menganjurkan program . Sangat dikesali fungsi kewujudan SRC tidak digunakan semaksimum mungkin oleh mahasiswa UIAM .

Pihak pentadbiran pula terlalu menekankan program itu dan program ini . Dengan bajet yang tidak seberapa , SRC perlu berusaha keras untuk menjayakan program-program yang dirancangkan seperti dalam takwim sehingga sedikit terpesong daripada matlamat sebenar kewujudan SRC . Sedangkan SRC sebenarnya bersifat objective-oriented dan bukannya program-oriented .

Perlu dijelaskan bahawa SRC dipilih oleh mahasiswa , bukannya orang pejabat yang melantik mereka . SRC membawa kabinet mereka dengan cara mereka sendiri , pihak pentadbiran kampus melakukan kerja-kerja mereka dengan cara tersendiri . Tidak perlu wujud campur tangan daripada pihak pentadbiran . Inilah dikatakan universiti diliwat .

Semoga SRC kali ini lebih terkehadapan dengan membawa isu-isu mahasiswa dan respon terhadap isu-isu nasional kerana masyarakat mendambakan suara pelajar yang dikategorikan sebagai suara intelektual .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Kebangkitan Orang Asli

By Hafizuddin An-Nuri on 3/18/2010 08:32:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Satu perkembangan yang sangat boleh dibanggakan apabila satu perhimpunan besar telah diadakan oleh orang asli sebagai menuntut hak dan keadilan mereka serta menunjukkan protes mereka di Putrajaya hari ini .

Sumber : http://www.malaysiakini.com/ , http://www.harakahdaily.net/v2

Hari ini masyarakat di semua peringkat sudah buka mata dan sepatutnya rakyat sudah tiada lagi yang hanya mengikut membabi buta . Orang asli yang berada di pedalaman pun tidak dapat ditipu oleh pihak tertentu , apatah lagi golongan kota yang terdedah dengan teknologi maklumat yang lebih meluas .

Sudah terbukti , kebangkitan rakyat sudah tiba . Semua peringkat masyarakat perlulah bergabung untuk menyatakan kebenaran dan hak . Malaysia adalah negara demokrasi . Hari ini , golongan muda perlu berada di hadapan . Golongan muda khususnya mahasiswa mesti mengetuai suara rakyat .

Mahasiswa adalah golongan intelektual , tidak sepatutnya wujud golongan mahasiswa yang ditipu ileh pihak-pihak tertentu . Jika orang asli pun tahu hak mereka , mahasiswa perlu lebih daripada itu . Jika mahasiswa masih bertindak seperti budak sekolah , maka perjuangan keadilan tidak ke mana kerana mahasiswa bukan hanya perlu mengejar sijil semata-mata .

Teringat peristiwa mahasiswa di beberapa buah negara seperti Iran dan Indonesia . Naik dan turunnya kerajaan negara mereka disebabkan mahasiswa . Mahasiswa bertindak sebagai agen perubah negara .

Tahniah orang asli , kembalikan demokrasi negara .

Mahasiswa bangkit , gegarkan suara anak-anak muda .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Rasuah Sumber Rezeki

By Hafizuddin An-Nuri on 3/17/2010 02:54:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan 500 orang ditahan kerana dibabitkan dengan kes rasuah pada tahun lalu .

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/126693

Rasuah di Malaysia hari ini terlalu teruk kerana kebanyakan yang terlibat dengan rasuah terdiri daripada golongan penjawat awam , profesional dan pegawai-pegawai kerajaan . Malah SPRM hari ini pun sangat diragui kepercayaannya apabila orang atasan sendiri pun didakwa dengan kes rasuah seperti dilaporkan di Malaysiakini .

Jumlah tersebut diaporkan berdasarkan pendaftaran perasuah-perasuah yang berjaya dikenal pasti . Tidak mustahil , perasuah yang masih bebas di luar sana sangat ramai . Mereka ini menjadikan duit suapan sebagai sumber rezeki yang utama , inilah kejahilan umat manusia terlampau pada hari ini .

Jangan terkejut dan kemungkinan ramai yang sudah maklum , bahawa hampir semua atau mungkin semua menteri terlibat dengan rasuah . Sebab itu , sayang sekali mereka ingin kembalikan royalti minyak negeri Kelantan .

Akhir zaman yang penuh pancaroba ini hanya menunggu saat-saat kehancuran . Dunia makin kalut . Tanda-tanda kecil dan besar kiamat sudah kelihatan .

Sekadar pendapat ringkas yang ingin diluahkan . Segala kesilapan harap dibetulkan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

Mulut VS Buat

By Hafizuddin An-Nuri on 3/10/2010 10:49:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Kepada sahabat sekampus ,

Hari ini ramai ahli gerakan mempunyai satu kemahiran yang amat dibanggakan yang mana dengan kemahiran ini menyebabkan semua pihak akan memandang mereka yang mempunyai kemahiran ini dengan pandangan tinggi dan hebat . Kemahiran itu adalah kemahiran bercakap .

Pada pendapat saya , kemahiran ini menjadi begitu bahaya dan sangat mengancam kerana bercakap adalah satu cara untuk menarik perhatian pelbagai pihak . Sindrom bercakap hebat seolah-olah semakin menjadi-jadi tidak kira daripada golonngan kuli sehinggalah golongan goyang kaki . Selagi mulut kurniaan Allah tidak dibisukan selagi itu pelbagai kata-kata akan didengar .

Dilihat fenomena ini semakin menjadi gila apabila ianya hanya keluar dari mulut tanpa perbuatan . Sebagai contoh , seseorang itu boleh bercakap berdegar-degar dengan pengisian yang sangat mantap dan mengkagumkan semua pihak . Semangat semasa bercakap seolah-olah menunjukkan bahawa dia akan berada di barisan hadapan apabila berperang , namun hal ini sangatlah menyedihkan apabila hanya pandai bercakap semata-mata .

Sangat hebat memberi kritikan , dengan hujah sepatutnya buat seperti ini dan itu , tetapi apabila diseru untuk menampal poster , yang terpegun yang tidak pandai langsung bercakap dan hanya mendengar yang turun untuk melakukan kerja kuli ini . Apabila diseru untuk turun demonstrasi , yang jahil tidak pandai yang turun untuk berhadapan dengan pihak polis .

Di manakah mereka yang hebat ini ?
Apakah perlu mereka ini dijemput dengan surat VVIP untuk turun berjuang ?
Adakah mereka ini golongan elit ?
Apakah benar mereka berjuang untuk Islam ?
Atau ingin disanjungi semata-mata ?
Di manakah janjimu ingin menginfakkan diri untuk Islam semata-mata ?
Perlukah berkira dengan Islam ?

Wahai manusia yang hebat sekalian , saya selaku orang yang hanya mengikut dan masih jahil ini ingin mengajak kalian semua untuk realisasikan kata-kata anda . Tidak hanya sekadar bercakap dan mengkritik tetapi cukuplah dengan tunjuk ajar kelakuan kalian . Tidak perlu bercakap berapi-api andai kalian hanya mahu disanjungi .

Tidak dinafikan kemahiran berpidato amat diperlukan pada hari ini , namun ianya menjadi masalah besar apabila semua hanya pandai bercakap , hanya beberapa kerat sahaja yang melaksanakan .

Perkongsian ini ditujukan kepada semua sahabat yang berada pada jalan perjuangan berdasarkan aqidah islamiyah . Seinfiniti kemaafan andai kata bahasa yang digunakan terlalu kasar .

اللهم ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

AMAL Family Day

By Hafizuddin An-Nuri on 3/02/2010 05:17:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Saya menjemput semua sahabat dari sekolah Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan dan Maahad Muhammmadi (L) untuk menghadirkan diri ke Family Day AMAL lembah Klang.

Bleh bawa suami, isteri atau anak2 bagi yang dah berkeluarga

Maklumat lanjut :

7 hb Mac 2010 ( Ahad )
Masa: 8:30pagi-2 ptg
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa KL
Bayaran: Rm2
Makanan disediakan
Banyak aktiviti menarik disediakan
Sebarang persoalan bleh tanya Hisyam UniKL (013-3084196) / Husna (017-3618812)

Kerana Ilmu kita bertemu, kerana AMAL kita bersatu.. InsyaAllah..

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahfi :14-15)

Sumber : Presiden Amal


SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my