Palestin Menangis Lagi

By Hafizuddin An-Nuri on 12/30/2008 12:05:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam intifadhah...

Israel La'natullah telah melancarkan serangan secara besar2an terhadap Palestin...Dalam kejadian ini , Gaza telah dibom dgn hebat dan zalim oleh tentera zionis ini dan mengakibatkan lebih 300 org telah syahid serta lebih 700 yg lain telah cedera...HAMAS telah mengisytiharkan INTIFADHAH yg ke-3 akibat daripada kejadian ini...Banyak pihak telah membantah dan mengutuk SERANGAN ini...

Bantahan ini juga telah disuarakan oleh Presiden PAS , Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yg mana telah merakamkan simpati terhadap rakan seperjuangan , HAMAS...Beliau juga meminta kepada semua umat Islam seluruh dunia khususnya kita di Malaysia yg mengakui ingin berjuang fi sabilillah supaya tidak meninggalkan bacaan Doa Qunut Nazilah...

Sahabat-sahabatku yg disayangi sekalian...

Terlalu susahkah kita untuk mengangkat sedikit tangan , menadah dan memohon kpd Allah Ta'ala supaya Israel La'natullah dimusnahkan serta dihapuskan di muka bumi ini pd suatu hari??? Susah sgt ke kita untuk menyebut "Ya Allah , bantulah umat Islam saudaraku di Palestin , Kau selamatkanlah mereka daripada kekejaman zionis"...

Kita perlu ingat mereke adlh AYAH2 kita , EMAK2 kita , ABANG2 kita , KAKAK kita , ADIK2 kita yg mempunyai pertalian AQIDAH dgn kita...Tetapi apabila sampainya berita tentang Palestin , apa yg telah kita sumbangkan utk mereka...Adakah dgn mengutuk antara satu sama lain , maka Palestin dpt diselamatkan...'Bagaikan menunggu Bulan jatuh ke Riba'...

Dimanakah peranan OIC yg ingin membela nasib umat Islam yg pernah diketuai Malaysia dan smp sekarang Malaysia masih mempunyai populariti di dalam OIC???
Dimanakah peranan NAM yg juga dihuni oleh banyak negara???
Dimanakah peranan PBB yg mempunyai Kuasa Paling Besar di dunia ini tetap hanya pada JOBSCOPE sahaja???

Sampai bila kita ingin melontarkan PERSOALAN2 yg begitu susah utk diJAWAB smp sekarang...AYUH!!! Sahabat2ku...marilah kita bersama2 membina dan memperkasakan diri kita dgn AQIDAH yg bersih dan PEMIKIRAN yg perkasa...Sudah tidak ada lg masa utk kita perSOALkan itu dan ini...tetapi sudah tiba masanya untuk kita berGERAK...utk memPRAKTIKkan apa yg diTEORIkan...

Adik2ku , abang2ku dan kakak2ku...

Sebelum diakhiri PANDANGAN ini...Suka saya ingatkan sekali lagi , berDOAlah kerana DOA itu senjata bg orang Mu'min...Kerana kita tahu tidak mungkin utk kita sampai ke sana utk memberi bantuan kpd mereka khususnya dalam keTENTERAan...Jadi , usah kita KHUATIR dan TAKUT kerana yang PENTING kita masih ada ALLAH...

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Senyumla Untuk Islam=)


Isu Hudud Khairy Jamaluddin

By Hafizuddin An-Nuri on 12/27/2008 12:25:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum...

Bersua kembali di ruangan SMiLe FoR aLL=)

Baru2 ini kita telah disiaran langsungkan satu perdebatan yg menarik khususnye mereka yg berada di bidang politik iaitu ISU HUDUD yg mana melibatkan 2 org tokoh politik muda hebat iaitu YB Husam Musa dan org kuat pemuda Melayu kita YB Khairy Jamaluddin...











Di sini , sy bukanlah pandai sgt utk mengolah situasi tersebut cuma sekadar melontar pandangan mengikut kefahaman sy yg sedikit tentang Islam . Hudud....apakah ia HUDUD itu?? Secara kefahaman yg simple , Hudud adalah satu HUKUM ALLAH yg tidak perlu diperbincangkan lg krn ianya WAJIB dilaksanakan .

Setelah sy mendapat berita tentang perdebatan ini , terus terlintas di fikiran sy yg mn semua ini hanya mainan politik . Khairy Jamaluddin (KJ) sanggup mempolitikkan HUDUD . Kenapa?? Jelas sekali ada perkaitan dgn Pilihanraya Kecil Parlimen KT . Kalau kita tgk kembali strategi UMNO yg penuh dgn ketakutan ini , jika baru2 ini Anuar Ibrahim ingin bertanding maka mereka dtgkan KES ANUAR yg lama walaupun semua rakyat sudah SEDAR tentang hal ini .

Hari ini sekali lg mereka dgn strategi mereka yg dikepalai KJ menimbulkan ISU HUDUD apabila PAS menyertai pilihanraya ini . Sungguh keji si KJ ini . Dalam Harakah Daily (http://www.harakahdaily.net/) yg terbaru , KJ diberi amaran khas kerana perbuatannya . KJ perlu sedar HUDUD hak Allah bukan hak manusia . Jika KJ mempersoalkan HUKUM ALLAH , bermakna dia juga mempersoalkan Allah . Waspadalah dgn AZAB Allah yg amat dahsyat .

Perlu diingat si KJ ini , dahla dpt jadi ahli Parlimen Rembau dgn lebih 3 kali kiraan undi . Sama2la kita berdoa utk si KJ ini supaya 1 hari nanti Allah bukakan pintu hatinya .

Kita ada TENAGA , apa yg penting kita ada ALLAH . Semoga Parlimen KT menjadi milik Pejuang Islam . InsyaAllah .

ALLAHUAKBAR !!! ALLAHUAKBAR !!! ALLAHUAKBAR !!!

Senyumla utk ISLAM=)

-jika ada pertambahan @ pembetulan , sgt dialu2kan-

Cari Ape Tu....???

By Hafizuddin An-Nuri on 11/08/2008 01:43:00 PM

Filed Under:

Hafizuddin kelihatan sangat gelisah pada hari itu . Ada sesuatu yang meneyebabkan dia tidak dapat berada dalam keadaan yang tenang . Dia cuba mencari sesuatu yang sangat penting baginya . Dia masuk ke dalam biliknya tetapi tidak ada . Dia masuk ke dapur yang mana hanya mendapati ibunya sedang memasak . Ibunya tidak sempat menanyakan , baru sahaja hendak membuka mulutnya , anaknya itu telah keluar . Hafiz kemudian intai ke dalam tandas namun hampa . Dia sangat menghendakkan benda yang dicarinya .

Ayahnya yang sedang khusyu' meneliti akhbar terkini terganggu dengan Hafiz yang ke sana ke sini mencari . Ayahnya memanggil "Hafiz , ke sini engkau..." . Apabila Hafiz ke tempat ayahnya duduk , ayahnya bertanya "Apa yang kau cari ? Ke sana sini..." . Hafiz dengan rasa bengang kerana tidak menjumpai apa yang dicarinya menjawab ," RUMAH " . Dengan serta merta ayahnya mengangkat tangan...PAAANNGG!!!

Sahabat-sahabat yang kusayangi sekalian...

Begitulah satu analogi mudah untuk kita fikirkan bersama . Kita boleh umpamakan RUMAH itu sebagai DUNIA yang kita tinggal sekarang . Kita dapat lihat begitulah manusia pada hari ini yang mencari DUNIA . Sibuk dengan urusan perniagaan , projek , main-main cinta , kerja-kerja dan sungguh banyak hingga tidak dapat disebut . Mereka inilah yang layak diLEMPANG .

Ini bukanlah bermaksud kita perlu tinggalkan dunia kerana DUNIA adalah JAMBATAN untuk ke AKHIRAT . Tetapi perlulah difikir , Allah telah sediakan berbagai-bagai perkara DUNIA di hadapan kita namun kita masih tidak puas , masih rakus serta tamak mencarinya .

Bagaimana dengan AKHIRAT yang tidak kita ketahui lagi keadaannya . Tidak mahukah kita sama-sama berusaha dan mencarinya .

Sahabat-sahabatku kerana Allah...

Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah KELUAR dari RUMAH tadi dan berusaha untuk mencapai matlamat yang sebenarnya . Dunia Islam hari ini perlu diselamatkan . Sedarlah sahabatku . Ketepikan semua hal dunia yang menyebabkab kita hilang FOKUS kepada AKHIRAT.

Ada yang mengatakan..."Aku berniaga untuk bantu gerakan Islam..." . Setakat manakah dapat direalisasikan kata-kata itu . INGAT!!! Jika kita gunakan nama Islam untuk mengaut untung untuk diri kita sendiri . Berhati-hatilah dengan amaran AZAB ALLAH!!!

Ingin saya nyatakan di sini , saya tidak bermaksud menolak perniagaan kerana Rasulullah sendiri berniaga tetapi saya ingin mengingatkan ORANG YANG BERNIAGA . Perniagaan adalah salah satu contoh sahaja , masih banyak lagi perkara dunia yang perlu kita cuba untuk kurangkan KEPENTINGANNYA dalam hidup kita ini .

Sebelum diakhiri perkongsian ini , hanya 1 PERKARA yang ingin diingatkan kepada sahabat sekalian , kadang-kadang disebabkan HAL DUNIA yang tak habis-habis inilah kita semakin JAUH dari ALLAH . Cubalah UBAH . Pertingkatkan AMALAN kita untuk mendapat RAHMAT ALLAH kerana dengan itu sahajalah kita dapat mencapai SYURGANYA .

Sahabat-sahabat...

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu yang saya cuba sampaikan ini dapat kita MANFAATkan bersama-sama kita FIKIRkan dan bukannya dengan mengKRITIK antara satu sama lain .

Wallahu A'lam...

Salam Cinta daripadaku...

SMiLe FoR aLL=)

Oh HATI....Mahukah kau BAHAGIA???

By Hafizuddin An-Nuri on 10/26/2008 07:35:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ukhuwah...

Sakit hati...???Hati terguris...???Terasa hati...???

Tapi apa itu hati???Suka saya ingin berkongsi dengan sahabat2 yg kusayangi sekalian...HATI atau dlm bahasa arab ialah قلب ....ia membawa maksud pembolak-balikan atau dgn erti mudah benda yg selalu berubah....itulah HATI....

Pernah saya mendengar 1 ceramah yg disampaikan oleh seorang pensyarah...dalam diri manusia ada 3 ELEMEN besar iaitu:

1. Fizikal

2. Hati

3. Akal


Rupa2nya hati kita yg kecil tersembunyi dalam dada ini merupakan salah 1 elemen terbesar dalam diri ini...


Bagaimana ingin kita tetapkan hati kita yg senantiasa berbolak-balik ini...



يا الله..يا مقلّب القلوب...ثبّت قلوبنا على دينك


Oleh itu...Allah tidak sekali2 menzalimi hambanya...Dia menganugerahkan kita AKAL yg mn sekaligus telah menjadikan kita sebaik2 kejadian...

Akal yg waraslah menjadi driver kpd hati kita...akal perlulah sentiasa diservice dgn ilmu2 agama utk membawa kita kpd jalan2 yg betul...
Akal yang baik adalah akal yg memikirkan tanggungjawab terhadap seluruh kehidupannya...

Sahabat2ku yang kucintai...

Sungguh susah membelai hati ini...ingat...hati2 yg keras amat jauh dari Allah...mahukah kita???
Antara cara utk melembutkan HATI kita sahabat2ku...:


1. Cuba paksa diri buat yg Allah suruh khususnya perkara2 SUNAT

2. Selalulah membaca Al-Quran-sungguh tenang sahabatku

3. Cubalah utk menangis kerana Allah

4. Cuba duduk bersendirian dan fikir sejenak tentang kehidupan & ni'mat yg Allah berikan kpd kita sejak dilahirkan


Sahabat2ku...

Hati Bahagia yg hakiki adalah hati yg tenang dan selalu memikirkan PENCIPTANYA...
CINTA manusia hanya sementara...CINTA ALLAH kekal selamanya...
Diharap kpd semua sahabat...Hargailah kehidupan ini dan manfaatkan sebaik mungkin sebelum tiba saat yang kita tidak ketahui kedatangannya...

Semoga apa yang dikongsi ini dpt dimanfaatkan bersama2 & diharap sahabat2 dpt menegur jika ada kasilapan dlm perkongsian ini...


SMiLe For aLL...=)

MyPictures

By Hafizuddin An-Nuri on 10/25/2008 02:10:00 PM

Filed Under: