Kita Dan Mereka

By Hafizuddin An-Nuri on 8/14/2009 11:34:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Kali ini saya lebih tertarik untuk berbicara tentang satu kenyataan yang keluar dari mulut naqib kesayangan saya iaitu mengenai pendidikan yang kita lalui bermula dari kecil hingga dewasa . Apakah kita berasakan bahawa kita melalui sistem pendidikan yang betul apabila dihantar ke sekolah berbanding mereka yang tidak dapat ke sekolah ? Adakah kita beruntung pada hakikatnya?

Jika dibandingkan dengan ulama' era kegemilangan Islam dahulu , kita sangat terpesong dengan ajaran atau pendidikan yang sebenar . Jika mereka bergelar hafiz al-quran , maka mereka jugalah pakar perubatan , mereka jugalah pakar kejuruteraan , mereka jugalah pakar ekonomi dan sebagainya .

Tetapi kita hari ini , dikala menyingkapi dan ingin mencontohi mereka , tidak mengikut aliran yang betul dengan cara Islam . Jika mereka dahulu dikenalkan terlebih dahulu dengan pengajian al-quran , hadis dan ilmu-ilmu fardhu ain yang lebih kepada ilmu kerohanian seperti menghafal al-quran , aqidah dan sebagainya . Tetapi kita hari ini ingin memperkenalkan ulama' profesional dengan cara pakar dalam bidang profesional dan cukup sebagai seorang muslim .

Kita hari ini , ilmu al-quran entah ke mana tetapi dilatih untuk mahir dan bijak dalam matematik , matematik dan matematik . Sehinggakan bijak dalam kepeningan dibuat oleh pendidikan sebegini .

Kesimpulannya , dimanakah tahap kita berbanding dengan mereka ? Apakah hanya ingin mempelajari sejarah secara teori ? Dan mengenali tokoh-tokoh ulama' profesional seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi semata-mata . Maka fikirkanlah apa tindakan kita walaupun sekecil-kecil usaha .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my