Darah Dan Kita

By Hafizuddin An-Nuri on 6/30/2009 02:14:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

"Wahai manusia , engkau dilahirkan bersama darah , tetapi kenapa engkau takut untuk kembali kepada Allah dengan darah syahid"

Kata-kata ini saya terjumpa di sebalik buku catatan saya semasa mendengar kuliah . Jadi , saya lupa daripada siapa ungkapan ini diperkatakan . Tapi , apa yang penting kata-kata tersebut sangat menusuk jiwa kita semua khususnya bagi sesiapa yang ingin menyusahkan dirinya di dunia ini untuk mendapat kesenangan di akhirat sana .

Kita dilahirkan dalam keadaan fitrah , dan bersama-sama kita adalah darah . Kita sebenarnya sudah diperkenalkan oleh Allah dengan darah sejurus sahaja keluar dari rahim ibu kita . Darah adalah sebati dalam diri kita . Sistem dalam badan kita juga banyak bergantung dengan darah . Jika badan kita terluka juga , maka darahlah yang akan keluar . Tiada benda lain selain cecair yang berwarna merah inilah yang bersama kita .

Darah amat diperlukan sehingga kempen yang paling kerap diadakan oleh pihak hospital untuk menyelamatkan nyawa manusia adalah kempen derma darah . Terlalu kurang kekerapan untuk kempen derma selain darah . Itula kepentingan darah untuk manusia yang ingin hidup semata-mata hidup sampai mati .

Tetapi bagi kita , seorang muslim yang mu'min , adakah setakat itu sahaja pandangan kita terhadap darah . Semestinya tidak , insyaallah . Seorang pejuang Islam wajib bercita-cita untuk mengalirkan darah syahid dari tubuh badannya . Jika kita sudah berani berada hidup bersama-sama darah semasa kelahiran , mengapa kita tidak berani untuk pulang kepada Allah bersama-sama darah yang lebih mulia di sisi Allah ?

Janganlah disebabkan kemewahan ini kita melarikan diri daripada perjuangan . Malah yang lebih teruk lagi , kita tidak tahu menahu pun apakah itu perjuangan . Ada sesetengah golongan yang hanya meletakkan dan memahami perjuangan adalah sejarah hidup Rasulullah semata-mata . Mereka fikir , kita hari ini hanyalah untuk mengecapi kejayaan dan tersemat di dalam hati mereka hanyalah kejayaan kerjaya penentu segala kejayaan .

Maka , bersedialah kita dengan situasi sebenar kehidupan . Perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah adalah satu perjuangan yang tidak ada penghujungnya melainkan kematian . Jadi , darah syahidlah yang sepatutnya kita bawa bersama-sama dengan kita untuk berjumpa Allah .

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Sekadar perkongsian daripada seorang yang ingin menjadi tentera Allah dan bercita-citakan Syahid . Sebarang pembetulan dan penambahan amat dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my



Malaysia Diserang

By Hafizuddin An-Nuri on 6/25/2009 04:10:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Alhamdulillah , syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya kita masih lagi berada dalam kesejahteraan dan kehidupan yang aman damai di Malaysia . Sungguh dan sangat selesa rakyat-rakyat di Malaysia ini . Tiada pertumpahan darah berlaku seperti di Palestin , Afghanistan , Iraq dan yang terbaru Selatan Thailand walaupun sudah lama konflik yang tidak selesai . Semua orang sibuk dengan kerja masing-masing demi mengejar cita-cita .

Tapi , adakah benar negara kita berada dalam aman damai ? Bebaskah negara Malaysia yang tercinta ini ? Adakah kita faham maksud kebebasan yang sebenar ?

Pernah saya hadiri satu forum di Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri yang berbicara tentang cabaran aqidah di Malaysia , salah seorang panel forum , YB Senator Mumtaz mengingatkan kembali kata-kata Ummu Muhammad iaitu isteri kepada As-Syahid Abd Aziz Rantisi semasa datang ke Malaysia, apabila ditanya apakah persepsi beliau terhadap Malaysia . Maka beliau menjelaskan , beliau tidak bimbang jika Malaysia diserang seperti Palestin , tetapi beliau sangat bimbang dengan serangan pemikiran yang melanda Malaysia sekarang yang pernah berlaku di Palestin sehingga menyebabkan Israel berjaya menawan Palestin.

Sekarang serangan pemikiran di Malaysia sedar atau pun tidak , sudah berada di dalam keadaan yang sangat kritikal . Mungkin boleh diletakkan dalam ICU atau CCU . Antara wadah serangan pemikiran yang dibawa oleh Yahudi ini adalah televisyen . Terlalu mudah bagi mereka . Manakan tidak jika mendapat sokongan yang padu daripada pihak kerajaan sendiri . Itu cara paling mudah untuk menanam keinginan generasi masa kini dengan perkara taghut dan maksiat hari ini.

Serangan ini sangat halus . Mereka telah menguasai semua alat di dunia seperti internet . Sehinggakan dunia pendidikan di seluruh dunia pun menggunakan segala ajaran yang dibawa oleh Yahudi . Kita dapat lihat hari ini , sukatan pelajaran mendapatkan sumber dari Barat untuk membawa anak-anak hari ini mengenal kehidupan . Fakta sejarah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh para ulama' juga dipesongkan supaya anak-anak hari ini lebih mengenal tokoh yang diberi pendidikan di negara Barat sebagai bapa kemerdekaan.

Malaysia tidak mustahil dalam beberapa tahun lagi akan menjadi seperti Palestin dan negara Muslim yang lain . Na'uzubillah . Jadi , kita sebagai golongan yang sedar tentang hakikat ini wajib melibatkan diri dalam perjuangan pemikiran ini . Sedarlah kita , Malaysia semakin hancur.

Jadi , tidak dapat tidak golongan remaja khusunya hari ini perlu berazam dan mempertingkatkan ilmu dari segi aqidah dan akademik . Dan ilmu aqidah itulah menjadi tunjang utamanya.

Sekadar perkongsian ilmu daripada seorang yang ingin melibatkan diri dalam perjuangan menegakkan Islam ini . Sebarang pembetulan dan penambahan amat diagalakkan.

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

Inilah Keluarga Bahagia PAS Yang Penuh Kasih Sayang

By Hafizuddin An-Nuri on 6/23/2009 10:59:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Seinfiniti kesyukuran ke hadhrat Allah S.A.W kerana dengan hidayahNya dan rahmatNya , kasih sayang antara manusia masih lagi terikat dengan kuat . Setelah begitu hangat diperkatakan , isu Kerjaan Perpaduan yang menyebabkan beberapa pimpinan PAS bercanggah antara satu sama lain akhirnya selesai dengan pertolongan Allah .

Presiden PAS , Tuan Guru Hj Abdul Hadi bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah membuat kenyataan media dengan sepakat menolak Kerajaan Perpaduan . Alhamdulillah , sekaligus meredhakan dan menyejukkan semua pihak kecuali UMNO kerana permainan UMNO tetap panas sehingga mereka dijatuhkan .

Tok Guru Al-Mursyidul Am dalam kenyataan beliau hari ini menarik balik kenyataan beliau terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa [berita selanjutnya] . Inilah yang dikatakan kasih sayang dalam PAS . Antara petikan kenyataan Tok Guru adalah :

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno"

Inilah jamaah Parti Islam Se-Malaysia yang kita sayangi atas dasar perjuangannya . Pimpinannya sangat hebat . Mereka berjuang dengan penuh kasih sayang selagi tidak melanggar syariat Allah . Percanggahan mereka kerana Islam . Allahuakbar .

Tahniah kepada pimpinan PAS . Khususnya Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abd Hadi yang kita sayangi . Mereka adalah ulama' dan sentiasa diberi pertolongan oleh Allah . Insyaallah .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com/




Apakah Tindakan PAS ?

By Hafizuddin An-Nuri on 6/18/2009 03:12:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Sungguh hebat polemik politik yang berlaku dalam PAS . Hanya disebabkan satu idea , hanya disebabkan ada yang bersetuju dengan idea tersebut dan hanya disebabkan ada yang sangat tidak bersetuju dengan idea tersebut , keadaan dalam PAS menjadi huru-hara di pandangan banyak pihak .

Bermula dengan Tuan Guru Presiden mengeluarkan idea untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan , dan idea tersebut tidak dipersetujui oleh Tuan Guru Al-Mursyidul Am . Semasa Muktamar PAS , melihatkan ramai pimpinan yang menyokong idea tersebut memenangi jawatan yang dipertandingkan dalam PAS baru-baru ini . Kemudia Timbalan Presiden membuat kenyataan bahawa beliau menyambut baik apabila PM bersetuju dengan cadangan tersebut .

Tuan Guru Al-Mursyidul yang tidak bersetuju menggesa Ust Nasharuddin keluar dari PAS dan meletakkan kerusi Bachok , dan masuk ke dalam UMNO .

Bagi pendapat saya , semua pimpinan PAS sekarang perlu berhenti daripada bercakap tentang isu ini . Tidak kira dari pimpinan atas hingga ke peringkat bawah . Ini kerana , kemungkinan besar berlaku perpecahan khususnya di peringkat bawah . Mungkin pimpinan tidak ada masalah tetapi orang bawahan melihat kepada pandangan pimpinan mereka yang mereka sanjung . Contoh paling ketara sekarang adalah puak kedua-dua orang Tok Guru yang kita sayangi .

Semua pihak harus sedar , pertama sekali adalah berkenaan keputusan . Soal sekarang bukannya setuju atau tidak , tetapi keputusan . Adakah cadangan ini telah diperbincangkan di peringkat mesyuarat . Jika diputuskan , maka itulah yang perlu dipersetujui dan dibuat . Masalah paling besar sekarang adalah semua pihak bercanggah pendapat tetapi masih tidak membuat perbincangan . Jadi , sampai bila pun tidak akan selesai .

Dan jika keputusan mesyuarat masih juga tidak diputuskan , maka semua ahli PAS perlu mengikut perlembagaan parti . Arahan tertinggi adalah arahan Al-Mursyidul Am . Semua ahli PAS tidak perlulah beremosi ketika ini . Kerana UMNO dengan gembira melihat keadaan seperti ini .

Kesimpulannya , ini bukan soal setuju atau tidak setuju . Tetapi , soalnya keputusan yang diputuskan di peringkat mesyuarat .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

Bolehkah Kerajaan Perpaduan Dibentuk ?

By Hafizuddin An-Nuri on 6/17/2009 12:09:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Politik hari ini masih sentiasa hangat dengan pelbagai isu . Antara yang terbaru adalah YB Ir Nizar Jamaluddin yang dihalau keluar dari dewan selepas baru sahaja 5 minit mengangkat sumpah . Sebabnya tidak lain dan tidak bukan adalah 'Bubar DUN Perak' . Beliau dengan hati dan jiwa yang penuh semangat membawa ruh rakyat Perak untuk memohon pembubaran DUN Perak dengan melaungkan 'Bubar DUN' di dalam dewan tersebut .

Beliau tidak keseorangan kerana ini adalah kehendak rakyat seluruh Malaysia . Beliau bersama-sama beberapa orang lagi ahli parlimen memakai kain pengikat di kepala yang bertulis 'BUBAR DUN' . Sungguh berani dan bersemangat untuk menegakkan kebenaran . Itulah pemimpin kita . Mereka semua juga turut digantung untuk tidak menghadiri sidang parlimen .

Itu satu isu . Isu yang ini pula melibatkan PAS . Masih lagi panas apabila idea Tuan Guru Dato' Presiden PAS berkenaan Kerajaan Perpaduan dikupas oleh pelbagai pihak . Jika ahli dan pimpinan PAS mengupasnya mengikut kefahaman Jamaah PAS , media seperti UTUSAN , BERITA HARIAN dan banyak lagi pula mengupasnya dari segi kefahaman mereka .

Tetapi perlu diingat , ini hanyalah idea daripada pimpinan . Presiden langsung tidak menyentuh hal ini dalam teks ucapan dasarnya . Beliau hanya membuat kenyataan di luar sahaja . Jika Kerajaan Perpaduan keputusan dari PAS , mana mungkin kerana ia tidak dibincangkan dan tidak menjadi kata putus . Buktinya , sebahagian pimpinan PAS sendiri tidak bersetuju dengan hal ini . Jadi , Kerajaan Perpaduan perlu dibincang dan disyurakan oleh PAS .

Apakah berhasil Kerajaan Perpaduan ? Mengapakah Tok Guru Nik Abdul Aziz sangat tidak bersetuju dengan cadangan ini ? Adakah ini bermakna Tuan Guru Presiden tidak satu fikrah dengan Tok Guru Al-Mursyidul Am ?

Banyak kemungkinan yang berlaku jika Kerajaan Perpaduan dibentuk . Bagi pendapat saya yang masih mentah ini , bukan permasalahan dengan UMNO , tetapi kepercayaan daripada orang India dan Cina terhadap PAS . Mungkin mereka akan fikir , jika UMNO dengan PAS berpadu , maka mereka akan ditindas dan hak mereka sudah tidak ada pihak yang ingin menjaganya kerana sebelum ini PAS yang mereka harapkan . Apabila dipadukan kedua-duanya seolah-olah bangsa Melayu semakin berkuasa di Malaysia ini . Dan apabila UMNO dan PAS bergabung , sudah pasti yang menjadi ketua pembangkang adalah orang India dan Cina . Ini hanyalah anggapan semata-mata jika Kerajaan Perpaduan dibentuk .

Dalam hal ini , Tok Guru sangat tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan . Mungkin kerana Tok Guru terlalu kenal dan sangat-sangat tahu UMNO . Tok Guru 'bersahabat' dengan UMNO sudah berpuluh-puluh tahun . Pada fikiran logik akal , cuba kita lihat UMNO sekarang , sudah terlalu lemah . Mereka sangat sakit dan tidak akan bertahan . Presiden UMNO sendiri bersetuju kerana mereka inginkan pergantungan . Mereka hanya menunggu masa .Sehinggakan Menteri Singapura datang ke Malaysia berjumpa dengan Tuan Guru Presiden dan Tok Guru . Mereka berbincang tentang kerajaan . Singapura pun sudah dapat menjangka bahawa kerajaan akan beralih tangan selepas ini . Jika kita ingin berpadu dengan UMNO , bak kata abang senior saya , seolah-olah kita ingin membantu orang yang lemas .

Semasa UMNO berada di atas , mereka begitu ego dan sombong dengan meletakkan PAS seperti barang mainan mereka . Dan sekarang mereka sendiri yang jatuh . Inilah masanya kita hapuskan idea nasionalisme . Walaupun kita cuba menghapuskan UMNO tetapi kita tidak boleh melepaskan orang UMNO kerana mereka adalah mad'u kita . Kita harus melihat mereka dengan pandangan kasih sayang .

Idea Tuan Guru Presiden ini hanyalah sekadar cadangan . Bukan kata putus daripada PAS sendiri . Ini bukan bermakna kedua-dua tok guru kita tidak sefikrah . Ulama' pastinya ada idea-idea mereka sendiri yang diilhamkan Allah dan tidak semestinya dipersetujui oleh Ulama' lain . Jadi , kita tidak seharusnya melaga-lagakan seperti yang dilakukan oleh media kita hari ini .

Sekadar pandangan dan pendapat daripada seorang pelajar yang masih mentah dan inginkan panduan daripada semua pihak . Pembetulan dan penambahan amatlah dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

Hebat Sungguh Dia Mengkritik

By Hafizuddin An-Nuri on 6/15/2009 07:09:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Dunia hari ini sungguh celaru dengan kefahaman yang pelbagai , pemikiran yang berbeza-beza dan pembawaan mengikut haluan masing-masing . Kadang-kadang kita dapat lihat , mereka ini dalam satu puak , satu dasar perjuangan , satu jamaah namun hakikatnya inilah yang berlaku . Perpecahan kefahaman dan pemikiran yang berlaku . Sehingga sampai satu tahap , sanggup menjatuhkan sahabat sendiri dalam satu perjuangan .

Sesetengah pihak tidak dapat menerima sebahagian lagi hanya kerana pemikiran . Dasar yang ingin dibawa sudah sama tetapi pemikirannya yang berbeza . Satu pihak mempunyai idea yang sangat hebat , dia nampak permasalahan dari setiap genap sudut . Tetapi , satu pihak lagi tidak begitu kerana tidak mempunyai kelebihan seperti pihak satu lagi . Apa yang dikesali , pihak yang terlalu hebat ini mulalah mengkritik sekritik-kritiknya kerana pada pandangan mereka , kritikan diperlukan untuk menguatkan apa yang lemah . Sungguh hebat .

Tetapi satu masalah besar yang timbul daripada pihak seperti ini , iaitu mereka hanya pandai mengkritik tanpa cadangan . Tiada draf cadangan untuk membantu mangsa kritikan mereka . Sungguh tidak adil . Disuruhnya membawa perubahan yang hebat tetapi tiada usaha daripada si pengkritik . Hanya kehebatan dalam pemikiran yang tiada kesedaran semata-mata . Adakah ini produk tarbiyah yang konon-kononnya hebat .

Apabila pengalaman kritik menjadi kekuatan diri seseorang , maka berhati-hatilah dengan syaitan dan nafsu . Kritikan yang membina hanyalah datang daripada kritikan yang ikhlas ingin membantu disertakan tindakan susulan supaya mangsa kritik tidak tergapai-gapai dengan kritikan si pengkritik yang hebat .

Mengapakah zaman ini digalakkan untuk lebih mengkritik ? Apabila seseorang itu mengkritik maka dia dianggap seorang pemikir yang mantap dan berfikiran jauh . Apabila seseorang itu mengkritik maka dia dianggap seorang pemimpin yang berani kerana benar . Apabila seseorang itu mengkritik maka dia dinilai sangat hebat .

Penyataan ini bukan menunjukkan saya tidak bersetuju dengan kritikan si pengkritik . Tetapi sudah hilangkah rahmat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W . Dimanakah kasih sayang kita dalam satu jamaah . Tiada lagikah kasih sayang yang diterapkan oleh Rasulullah bersama-sama sahabat baginda . Di antara mereka pun ada kelemahan . Tetapi untuk melawan musuh , bukan dengan cara kritikan yang hebat di depan musuh .

Bukan tidak boleh , apabila melihat idea sahabat yang dianggap tidak bernas maka bersama-sama untuk memperbaharui . Bergerak bersama-sama untuk memberi idea yang dikatakan hebat itu serta melaksanakan . Bukan hanya mengkritik , memberi hujah yang hebat , dengan pelbagai peringkat tetapi ditinggalkan begitu sahaja .

Jadi , diharap kepada semua pengkritik di dunia tidak kira di peringkat pelajar sekolah , mahasiswa dan penggerak perjuangan , supaya mengkritik dengan ikhlas ingin membantu bukan dengan kehebatan diri . Jika ada kritikan maka perlu ada cadangan serta kebersamaan si pengkritik sehingga berjaya dilaksanakan idea tersebut .

Sekadar perkongsian daripada seorang ahli perjuangan yang inginkan gerakan Islam diberi kasih sayang oleh Allah sesama ahli . Pembetulan dan penambahan amat-amat digalakkan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com/

hafizmn88@yahoo.com.my




Allah Sombong ?

By Hafizuddin An-Nuri on 6/09/2009 10:16:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Tertarik dengan satu kuliah maghrib yang menceritakan tentang sifat Allah Yang Maha Agung . Banyak dalam ayat Al-Quran , Allah memuji serta membesarkan diriNya . Pada hakikat , memang sepatutnya dan tidak timbul persoalan jika ada ulama' menyatakan Allah bersifat sombong dan takabbur . Kerana itu adalah memang sifat Allah , sifat Sang Pencipta .

Cuba kita fikir , kalau seseorang kaya dan jutawan ingin sombong , dia masih bergantung dengan orang lain . Contoh paling mudah , dia ingin makan nasi , maka perlu beli beras dan tidak menjadi masalah kepada seorang jutawan . Tetapi , beras tersebut tidak mampu dibelinya jika tiada yang menjual , si penjual tidak mampu untuk menjual beras tanpa penuai padi , maka si jutawan tersebut dengan langsungnya bergantung harap kepada penuai padi .

Allah tidak begitu kerana Allah berdiri dengan diriNya yang bermaksud Allah tidak bergantung kepada sesiapa pun . Mustahil bagi Allah untuk bergantung kepada makhluk . Dari sebelum kejadian alam , selepas kemusnahan alam , Allah tetap kekal tiada binasa .

Allah terlalu layak untuk memuji diriNya sendiri kerana segala kesempurnaan hanya untuk Allah . Dalam pengajian , puji terbahagi kepada 4 iaitu :

1. puji QADIM (Allah) kepada QADIM (Allah)
2. puji QADIM (Allah) kepada HADITH (Makhluk)
3. puji HADITH (Makhluk) kepada QADIM (Allah)
4. puji HADITH (Makhluk) kepada HADITH (Makhluk)

Jadi , siapalah kita sebagai makhluk yang masih bergantung dan berhajat kepada Allah untuk sombong dan berasa tinggi diri . Semua rezeki , Allah boleh bagi dan Allah jua yang akan menarik balik . Bergantung kepada diri kita untuk memanfaatkan hidup selagi mana Allah masih meminjamkan jasad ini .

Awas!!! Jika sombong , takabbur dan tinggi diri masih wujud di dalam diri kita , maka kita telah cuba merampas sifat Allah . Dikhuatiri terjebak dalam syirik kepada Allah .

Sekadar perkongsian daripada seorang penuntut ilmu aqidah yang masih belajar . Sebarang penambahan dan pembetulan amat diharapkan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com/


hafizmn88@yahoo.com.my






Kepentingan Pembawaan Mengikut Marhalah

By Hafizuddin An-Nuri on 6/06/2009 10:32:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Alhamdulillah , pada 3 , 4 dan 5 Jun 2009 yang lepas kami telah berjaya melaksanakan satu program di sebuah sekolah di Pasir Puteh iaitu sekolah sahabat baik saya . Program ini juga boleh dikatakan sebagai program bakti siswa kami sebagai mahasiswa . Jadi , pada masa cuti seperti inilah kami dapat memberi bakti kepada adik-adik di sekolah .

Walaupun tenaga kami yang sangat sedikit dan terhad , namun kesungguhan sahabat-sahabat sangat mendapat pertolongan daripada Allah , alhamdulillah . Jika dikira dengan bilangan kami pihak urusetia , memang tidak cukup untuk menampung bidang tugas yang banyak tetapi kerana pertolongan Allah , tidak mustahil . Pelbagai masalah yang datang namun dapat diatasi . Mungkin juga disebabkan komitmen daripada semua sahabat yang ikhlas untuk membawa tarbiyah kepada adik-adik .

Namun ada beberapa perkara yang penting yang mungkin boleh dikongsikan bersama . Dalam program tersebut , satu slot iaitu slot muhasabah menjadi ketidakpuasan hati bagi saya . Dalam slot tersebut telah diambil oleh beberapa sahabat . Cuma sebahagian pembawaan dalam slot tersebut amat tidak sesuai untuk adik-adik . Tetapi slot ini sangat melihatkan hasil kepada adik-adik peserta .

Di sini bukan untuk mengaibkan atau menjatuhkan atau merendahkan mana-mana pihak , cuma satu pandangan daripada saya yang juga kurang berpengetahuan untuk dikongsikan bersama . Pada salah sebahagian dalam slot tersebut , beberapa sahabat telah membawanya dengan cara yang sangat tidak sesuai . Suka dinyatakan di sini , apa-apa modul atau rancangan yang ingin dibawa ke dalam program haruslah mengikut marhalah atau level peserta program .

Jika peserta tersebut dari kalangan pelajar sekolah yang mempunyai pelbagai macam kerenah dan terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 , adalah tidak wajar bagi urusetia untuk membawa cara program di kampus . Memang tidak dapat dinafikan sesetengah orang itu mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang banyak serta berada dalam biah tarbiyah yang mantap , namun semua itu harus ditolak ke tepi .

Apa yang penting adalah penerimaan peserta program . Kita harus meneliti mereka secara sepintas lalu dan mengkaji permasalahan mereka serta menetapkan pembawaan yang sesuai dengan kadar penerimaan mereka . Jadi , mengukur sama rata adalah sangat penting supaya tidak berpihak kepada sebahagian peserta sahaja .

Sebagai analogi yang mudah , tidak wajar kita mengajar subjek matematik tambahan kepada seorang budak yang berada di darjah tiga . Mereka baru sahaja ingin mengenali operasi tambah , tolak , darab dan bahagi . Adakah mampu untuk mereka menggunakan rumus-rumus yang begitu tinggi sehingga pelajar yang berada di level tersebut belum mampu untuk mengahadapinya .

Kesimpulannya , pembawaan sesuatu program adalah bergantung kepada peserta program , bukannya melihat kepada kemahiran tinggi atau pengalaman luas seseorang yang membawanya . Kebijaksanaan adalah sangat penting dalam hal seperti ini . Walau apa pun , kelemahan dalam setiap program adalah perkara biasa . Tidak haruslah menjadi satu isu untuk berbalah sesama sendiri . Itulah yang menjadikan kematangan untuk program yang akan datang . Segala usaha yang dilakukan amat bernilai di disisi Allah .

Sedikit perkongsian daripada seorang pelajar yang masih mencari-cari pelbagai ilmu untuk membawa diri di bumi Allah ini . Sebarang pembetulan dan penambahan daripada sahabat-sahabat amat dan sangat dialukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL



Jauhnya Ketinggalan

By Hafizuddin An-Nuri on 6/02/2009 06:07:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Saya pernah mengikut satu usrah yang dibuat oleh abang-abang senior sekolah dulu atau lebih mudah abang-abang dari alumni . Jika saya berada di Kelantan semasa cuti , maka berkesempatanlah untuk berusrah bersama mereka . Baru-baru ini , alhamdulillah saya menerima mesej daripada seorang abang yang juga rapat dengan saya untuk menghadiri usrah dan usrah kali ini saya berkesempatan juga mengikuti naqib mereka iaitu seorang cikgu di sebuah sekolah jenis cina .

Setelah membaca Ummul Kitab , usrah dimulakan dengan membaca sebuah kitab , maafkan saya kerana lupa nama kitab tersebut . Kitab tersebut sangat tebal . Kemudian , beralih ke isu semasa . Banyak isu-isu yang diperbincangkan termasuk isu-isu dalaman Jemaah Pas sendiri . Begitu banyak pendedahan yang saya peroleh daripada cikgu ini . Walaupun sebelum ini saya tahu tentang sesuatu isu tersebut tetapi hakikatnya saya kurang tahu tentang puncanya dan siapa yang terlibat secara tidak langsung .

Rupa-rupanya dalam gerakan Islam ini , kita mesti tahu dan ambil cakna sesuatu isu sehingga sedalam-dalamnya . Kadang-kadang kita akan mudah terpengaruh . Boleh jadi kita akan bersangka buruk dengan pimpinan gerakan sendiri dan boleh jadi juga kita terlalu bersangka baik . Tetapi , apa pun yang berlaku dalam sesuatu gerakan itu , ahlinya wajib memberi sokongan padu dan menampung kelemahan , bukan menghancurkan atau menubuhkan gerakan lain atas dasar tidak puas hati .

Sepanjang malam tersebut , usrah yang bermula lewat selepas isya' sehingga pukul 12 tengah malam lebih menarik perhatian saya tentang ideologi masyarakat di Malaysia khususnya . Bagi saya , masyarakat kita amat jauh ketinggalan dalam memahami sesuatu ideologi .

Sebagai contoh , fahaman mu'tazilah adalah tidak diterima dan dikaji selidik oleh masyarakat kita pada hari ini . Sedangkan mu'tazilah adalah fahaman yang sudah terlalu lama dan semua pihak sudah menolaknya . Kemudian , pada generasi lain pula membincangkan dan menolak fahaman komunis . Semasa zaman kedatangan awal komunis , masyarakat hanya mengikut arus pembawaannya . Itulah zaman kita .

Dan fahaman apakah pula generasi yang akan datang tidak terima . Pada perbincangan kami dalam usrah itu , mungkin generasi akan datang keluarkan buku dan pelbagai artikel yang menyatakan Islam Hadhari itu sesat . Kenapa semua ini berlaku ? Jadi , masyarakat pada hari ini hanya menerim pakai Islam Hadhari . Dan akan dikaji oleh generasi akan datang . Mungkin 10 atau 20 tahun lagi .

Tetapi , selepas perlantikan menteri baru baru-baru ini , menteri yang bertanggunjawab telah menyatakan akan mengkaji balik Islam Hadhari . Harap mereka tidak bercakap atas dasar politik semata-mata .

Jadi kita sepatutnya tidak melihat isu yang terkebelakang , cukuplah sekadar menjadi iktibar untuk memperbetulkan kesalahan akan datang . Kita harus melihat jauh ke depan kerana dengan itu kita dapat menempis peluru-peluru musuh yang terlalu halus .

Sebab itu Allah kurniakan Rasulullah kita dengan Hikmah iaitu bijaksana . Bijaksana bukanlah bijak seperti orang lain tetapi gandingan dua perkataan 'bijak' dan 'sana' dengan membawa kelebihan kepada Rasulullah , PANDANG JAUH .

Sekadar perkongsian daripada seorang penuntut ilmu yang masih mempunyai kelemahan . Jika ada silap harap diperbetulkan dan penambahan amat dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL