Kita Pengikut Dia

By Hafizuddin An-Nuri on 2/27/2010 02:41:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

12 Rabiul Awwal adalah satu tarikh yang sangat penting kepada umat Islam kerana pada tarikh inilah dilahirkan seorang manusia paling mulia di dunia , Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam .

Namun demikian , umat Islam hari ini khususnya di Malaysia hanya mengagung-agungkan tarikh kelahiran ini dan melupakan ajaran Rasulullah . Satu penyakit orang Melayu yang hanya lebih suka menyambut perayaan berbanding menghayatinya .

Kita memuliakan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bukan dengan mengadakan perayaan Maulidur Rasul semata-mata tetapi mengambil didikan baginda yang mendapat tarbiyah terus daripada Allah sebagai jalan panduan jalan hidup kita sebagai pengikut Muhammad .

Hayatilah sunnah-sunnah nabawiyah dan mempraktikkannya dalam hidup kita . Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat Syafaat daripada baginda Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam . Teruskan da'wah Islamiyah .

اللهم صلّي على سيّدنا محمد

وعلى آله وصحبه أجمعين

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


Interfaith Dialogue Buka Minda , Tahniah IYC

By Hafizuddin An-Nuri on 2/22/2010 04:23:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Pada 19 Februari 2010 , hari Jumaat baru-baru ini , Intellectual Youth Club (IYC) telah berjaya menganjurkan satu program forum Interfaith Dialogue yang berjaya membuka intelek mahasiswa khususnya di UIAM . Forum yang diberi tajuk ' Do All Paths Lead To Paradise ' .

Forum ini dibarisi oleh panelis-panelis daripada latar belakang agam yang berbeza iaitu Islam , Sikh , Kristian dan Hindu . Penerangan-penerangan yang dibentangkan oleh para panelis sangat terbuka .

Program ini mendapat sambutan yang sangat meriah dari kalangan mahasiswa dan juga orang luar sehingga memenuhkan dewan Main Auditorium . Persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh para peserta forum juga sangat menarik .

Tahniah diucapkan kepada Intellectual Youth Club (IYC) .

Semoga program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang demi pembangunan pemikiran mahasiswa .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

Tahniah Zambry , Ir Nizar Teruskan Perjuangan

By Hafizuddin An-Nuri on 2/09/2010 02:21:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Mahkamah Persekutuan hari ini , 9 Februari 2010 , sebulat suara memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak yang sah . Tahniah diucapkan , semoga DS Zambry bertindak sebagai menteri besar yang menjaga kepentingan rakyat , bukan politik semata-mata . Ir. Nizar yang tidak berjaya mendapatkan kembali kerusi MB diharap teruskan perjuangan , kerana perjuangan Islam itu tidak pernah kalah .

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/124001

Kronologi krisis politik Perak :

17 Mac 2008:

- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009:

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009:

- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:

- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:

- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:

- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:

- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009:

- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/123990

Lihat Harakahdaily , Muslimeen United , Malaysia Today , The Malaaysian Insider .

SMiLe4aLL

http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

Siapa MB Perak Yang Sah ?

By Hafizuddin An-Nuri on 2/08/2010 06:01:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Esok 9 Februari 2010 , bakal menyaksikan satu keputusan yang telah menjadi kontroversi dan isu yang sangat panas pada hari ini . Siapakah Menteri Besar Perak yang sah ? Adakah Ir Nizar atau Zambry ?

Diharapkan esok adalah pengadilan yang muktamad sekaligus meredakan semua pihak . Walaupun Prof. Abdul Aziz Bari menyatakan Perak akan semakin kalut jika Ir Nizar yang menang dalam kes ini .

Apa yang penting adalah sesiapa sahaja bakal menjadi Menteri Besar Perak yang sah memperjuangkan suara rakyat dan menjaga kebajikan rakyat sepenuhnya .

Selamat berjaya kepada Ir Nizar dan Zambry .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my