SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi

By Hafizuddin An-Nuri on 9/30/2008 04:01:00 PM

Filed Under:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat Hari Raya

diucapkan kepada semua sahabat yang mengenali

diri ini ataupun tidak....


Saya ingin memohon seinfiniti keampunan daripada semua khususnya kepada sahabat2


Sek. Keb Seri Chempaka [1995-200]
Maahad Muhammadi (Lelaki) [2001-2006]
Pusat Asasi UIAM


Serta sahabat2 lain......



Harap segala kesalahan serta gurauan yang terlalu mengguris perasaan dimaafkan....

....0-0....

كن ربّانيا ولا تكن رمضانيا

عيد مبارك


Ijtima' Eidil Fitri

By Hafizuddin An-Nuri on 9/29/2008 05:52:00 PM

Filed Under:

Kepada Semua Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Lelaki), Maahad Muhammadi (P) dan Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan antum semua dijemput ke:

Program Ijtima' Aidilfitri AMAL 2008
Tarikh: 4 Syawal 1429 / 4 Oktober 2008
Tempat: Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu BRI
Masa: 8:30 pagi - 2:00ptg

Pertanyaan boleh hubungi:

Afifudin: 019-6113818
Majdi: 013-2796191
Raihan: 013-9785485

-sila sebarkan kepada semua sahabat-sahabat batch spm dan juga kampus-

Terima Kasih Ya ALLAH...

By Hafizuddin An-Nuri on 9/01/2008 10:16:00 AM

Filed Under:

قال الله تعالى

" كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون "
- Telah diwajibkan ke atas kamu semua dengan PUASA sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang (umat) sebelum kamu, moga-moga kamu dalam kalangan orang yang bertaqwa -


Sahabat-sahabat yang kukasihi sekalian...

Betapa masih sayangnya lagi Allah terhadap kita. Apakah kita pernah terfikir tentang hal sebegini??? Allah telah memberi banyak peluang keemasan kepada kita. Apakah kita perasan tentang perkara ini??? Dan pada hari ini sekali lagi Allah telah menyediakan SATU lagi peluang yang begitu besar dan tak ternilai kepada kita. Bersediakah kita untuk menempuhinya???

Peluang ini tidak lain dan tidak bukan iaitu RAMADHAN....Terima kasih Ya Allah!!! Terima Kasih!!! Sesungguhnya diri ini terlalu lemah dan mengharapkan kasihMu serta redhaMu.. terima kasih kerana masih lagi memberi peluang untuk bersama-sama dengan RamadhanMu yang mulia Ya Allah...



Adik2, Abang2 n Kakak2ku yang disayangi....

Sekarang kita sedar dan waras bahawa Allah masih panjangkan umur kita untuk berpuasa pd bulan yang mulia ini... Jadi apakah tindakan kita yang sepatutnya. Andai kata Allah mengambil kita lebih awal daripada Ramadhan..Alangkah ruginya... Tetapi..Alhamdulillah..

Kalau dulu diri ini begitu tidak mengambil berat apabila datangnya RAMADHAN... Kalau dulu diri ini tetap melakukan ma'siat dikala tibanya Bulan yang mana padanya terdapat SATU MALAM yang lebih baik daripada SERIBU BULAN... Kalau dulu diri ini tidak terlintas pun untuk merebut ganjaran-ganjaran yang berlipat kali ganda yang ditawarkan olehMu ya Allah...

Maka ampunkanlah diriku ini... Dan berilah TAUFIQ & HIDAYAH kepadaku untuk merubah diri ini pada RAMADHAN kali ini...

Wahai ahli keluargaku dunia & akhirat....

Ayuh... Marilah... sama2 kita mengambil peluang ini sebelum nyawa ini ditarik olehNya... Selagi kita masih mampu beramal... Inilah masanya... Moga-moga kita meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang mulia... Dalam RAHMATNYA... Dalam REDHANYA... InsyaAllah....


رمضان كريم

Smile alwayzzzz.....

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Ukhuwah Fillah.