Hebat Sungguh Dia Mengkritik

By Hafizuddin An-Nuri on 6/15/2009 07:09:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Dunia hari ini sungguh celaru dengan kefahaman yang pelbagai , pemikiran yang berbeza-beza dan pembawaan mengikut haluan masing-masing . Kadang-kadang kita dapat lihat , mereka ini dalam satu puak , satu dasar perjuangan , satu jamaah namun hakikatnya inilah yang berlaku . Perpecahan kefahaman dan pemikiran yang berlaku . Sehingga sampai satu tahap , sanggup menjatuhkan sahabat sendiri dalam satu perjuangan .

Sesetengah pihak tidak dapat menerima sebahagian lagi hanya kerana pemikiran . Dasar yang ingin dibawa sudah sama tetapi pemikirannya yang berbeza . Satu pihak mempunyai idea yang sangat hebat , dia nampak permasalahan dari setiap genap sudut . Tetapi , satu pihak lagi tidak begitu kerana tidak mempunyai kelebihan seperti pihak satu lagi . Apa yang dikesali , pihak yang terlalu hebat ini mulalah mengkritik sekritik-kritiknya kerana pada pandangan mereka , kritikan diperlukan untuk menguatkan apa yang lemah . Sungguh hebat .

Tetapi satu masalah besar yang timbul daripada pihak seperti ini , iaitu mereka hanya pandai mengkritik tanpa cadangan . Tiada draf cadangan untuk membantu mangsa kritikan mereka . Sungguh tidak adil . Disuruhnya membawa perubahan yang hebat tetapi tiada usaha daripada si pengkritik . Hanya kehebatan dalam pemikiran yang tiada kesedaran semata-mata . Adakah ini produk tarbiyah yang konon-kononnya hebat .

Apabila pengalaman kritik menjadi kekuatan diri seseorang , maka berhati-hatilah dengan syaitan dan nafsu . Kritikan yang membina hanyalah datang daripada kritikan yang ikhlas ingin membantu disertakan tindakan susulan supaya mangsa kritik tidak tergapai-gapai dengan kritikan si pengkritik yang hebat .

Mengapakah zaman ini digalakkan untuk lebih mengkritik ? Apabila seseorang itu mengkritik maka dia dianggap seorang pemikir yang mantap dan berfikiran jauh . Apabila seseorang itu mengkritik maka dia dianggap seorang pemimpin yang berani kerana benar . Apabila seseorang itu mengkritik maka dia dinilai sangat hebat .

Penyataan ini bukan menunjukkan saya tidak bersetuju dengan kritikan si pengkritik . Tetapi sudah hilangkah rahmat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W . Dimanakah kasih sayang kita dalam satu jamaah . Tiada lagikah kasih sayang yang diterapkan oleh Rasulullah bersama-sama sahabat baginda . Di antara mereka pun ada kelemahan . Tetapi untuk melawan musuh , bukan dengan cara kritikan yang hebat di depan musuh .

Bukan tidak boleh , apabila melihat idea sahabat yang dianggap tidak bernas maka bersama-sama untuk memperbaharui . Bergerak bersama-sama untuk memberi idea yang dikatakan hebat itu serta melaksanakan . Bukan hanya mengkritik , memberi hujah yang hebat , dengan pelbagai peringkat tetapi ditinggalkan begitu sahaja .

Jadi , diharap kepada semua pengkritik di dunia tidak kira di peringkat pelajar sekolah , mahasiswa dan penggerak perjuangan , supaya mengkritik dengan ikhlas ingin membantu bukan dengan kehebatan diri . Jika ada kritikan maka perlu ada cadangan serta kebersamaan si pengkritik sehingga berjaya dilaksanakan idea tersebut .

Sekadar perkongsian daripada seorang ahli perjuangan yang inginkan gerakan Islam diberi kasih sayang oleh Allah sesama ahli . Pembetulan dan penambahan amat-amat digalakkan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com/

hafizmn88@yahoo.com.my




2 comments for this post

Salam ziarah...
Sedikit pandangan yang xseberapa dr akak... huhu

Kritikan ialah tulisan-tulisan yang membuat analisis, pandangan, komentar dan penilaian atas sesuatu perkara.
Penerima kritikan perlu menerima secara positif agar kritikan yang diberikan dapat dibuat pembaharuan dan perubahan yang lebih baik. Manakala pengkritik pula perlulah mengkritik dengan niat untuk membantu atau menegur dan bukan semata-mata hendak menegakkan pendapat sendiri tanpa mengira faktor-faktor lain.
Lantaran itu, kritikan yang diberikan perlulah menggunakn bahasa yang lembut dan baik agar orang yang mendengar tidak terguris hati dan boleh menyebabkan pergaduhan dan seterusnya perpecahan sesama saudara. Nauzubillah.
Wallahua'lam.

Posted on June 15, 2009 at 10:57 PM  

syukran ya ukhti princess muslimah....
semoga mendapat manfaat bersama...

Posted on June 16, 2009 at 12:22 AM