Bolehkah Kerajaan Perpaduan Dibentuk ?

By Hafizuddin An-Nuri on 6/17/2009 12:09:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Politik hari ini masih sentiasa hangat dengan pelbagai isu . Antara yang terbaru adalah YB Ir Nizar Jamaluddin yang dihalau keluar dari dewan selepas baru sahaja 5 minit mengangkat sumpah . Sebabnya tidak lain dan tidak bukan adalah 'Bubar DUN Perak' . Beliau dengan hati dan jiwa yang penuh semangat membawa ruh rakyat Perak untuk memohon pembubaran DUN Perak dengan melaungkan 'Bubar DUN' di dalam dewan tersebut .

Beliau tidak keseorangan kerana ini adalah kehendak rakyat seluruh Malaysia . Beliau bersama-sama beberapa orang lagi ahli parlimen memakai kain pengikat di kepala yang bertulis 'BUBAR DUN' . Sungguh berani dan bersemangat untuk menegakkan kebenaran . Itulah pemimpin kita . Mereka semua juga turut digantung untuk tidak menghadiri sidang parlimen .

Itu satu isu . Isu yang ini pula melibatkan PAS . Masih lagi panas apabila idea Tuan Guru Dato' Presiden PAS berkenaan Kerajaan Perpaduan dikupas oleh pelbagai pihak . Jika ahli dan pimpinan PAS mengupasnya mengikut kefahaman Jamaah PAS , media seperti UTUSAN , BERITA HARIAN dan banyak lagi pula mengupasnya dari segi kefahaman mereka .

Tetapi perlu diingat , ini hanyalah idea daripada pimpinan . Presiden langsung tidak menyentuh hal ini dalam teks ucapan dasarnya . Beliau hanya membuat kenyataan di luar sahaja . Jika Kerajaan Perpaduan keputusan dari PAS , mana mungkin kerana ia tidak dibincangkan dan tidak menjadi kata putus . Buktinya , sebahagian pimpinan PAS sendiri tidak bersetuju dengan hal ini . Jadi , Kerajaan Perpaduan perlu dibincang dan disyurakan oleh PAS .

Apakah berhasil Kerajaan Perpaduan ? Mengapakah Tok Guru Nik Abdul Aziz sangat tidak bersetuju dengan cadangan ini ? Adakah ini bermakna Tuan Guru Presiden tidak satu fikrah dengan Tok Guru Al-Mursyidul Am ?

Banyak kemungkinan yang berlaku jika Kerajaan Perpaduan dibentuk . Bagi pendapat saya yang masih mentah ini , bukan permasalahan dengan UMNO , tetapi kepercayaan daripada orang India dan Cina terhadap PAS . Mungkin mereka akan fikir , jika UMNO dengan PAS berpadu , maka mereka akan ditindas dan hak mereka sudah tidak ada pihak yang ingin menjaganya kerana sebelum ini PAS yang mereka harapkan . Apabila dipadukan kedua-duanya seolah-olah bangsa Melayu semakin berkuasa di Malaysia ini . Dan apabila UMNO dan PAS bergabung , sudah pasti yang menjadi ketua pembangkang adalah orang India dan Cina . Ini hanyalah anggapan semata-mata jika Kerajaan Perpaduan dibentuk .

Dalam hal ini , Tok Guru sangat tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan . Mungkin kerana Tok Guru terlalu kenal dan sangat-sangat tahu UMNO . Tok Guru 'bersahabat' dengan UMNO sudah berpuluh-puluh tahun . Pada fikiran logik akal , cuba kita lihat UMNO sekarang , sudah terlalu lemah . Mereka sangat sakit dan tidak akan bertahan . Presiden UMNO sendiri bersetuju kerana mereka inginkan pergantungan . Mereka hanya menunggu masa .Sehinggakan Menteri Singapura datang ke Malaysia berjumpa dengan Tuan Guru Presiden dan Tok Guru . Mereka berbincang tentang kerajaan . Singapura pun sudah dapat menjangka bahawa kerajaan akan beralih tangan selepas ini . Jika kita ingin berpadu dengan UMNO , bak kata abang senior saya , seolah-olah kita ingin membantu orang yang lemas .

Semasa UMNO berada di atas , mereka begitu ego dan sombong dengan meletakkan PAS seperti barang mainan mereka . Dan sekarang mereka sendiri yang jatuh . Inilah masanya kita hapuskan idea nasionalisme . Walaupun kita cuba menghapuskan UMNO tetapi kita tidak boleh melepaskan orang UMNO kerana mereka adalah mad'u kita . Kita harus melihat mereka dengan pandangan kasih sayang .

Idea Tuan Guru Presiden ini hanyalah sekadar cadangan . Bukan kata putus daripada PAS sendiri . Ini bukan bermakna kedua-dua tok guru kita tidak sefikrah . Ulama' pastinya ada idea-idea mereka sendiri yang diilhamkan Allah dan tidak semestinya dipersetujui oleh Ulama' lain . Jadi , kita tidak seharusnya melaga-lagakan seperti yang dilakukan oleh media kita hari ini .

Sekadar pandangan dan pendapat daripada seorang pelajar yang masih mentah dan inginkan panduan daripada semua pihak . Pembetulan dan penambahan amatlah dialu-alukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

5 comments for this post

Anonymous

Assalamualaikum....

saya melihat cadangan kerajaan perpaduan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah suatu benda yang perlu di teliti dengan lebih mendalam...walaupun ada yang kurang bersetuju dengan cadangan ini...saya masih lagi melihat kerajaan perpaduan sebagai suatu yang positif...kerana ia kedengaran lebih adil berbanding dengan pembentukan kerajaan seperti yang ada sekarang ini...tetapi saya meletakkan masalah nya pada UMNO dan Be end...kerana mereka ini memang menpunyai hati yang kotor dan jijik...jadi pada pandangan saya untuk menubuhkan kerajaan perpaduan...kita mesti hapuskan dahulu UMNO dan Be End....

Posted on June 17, 2009 at 1:18 PM  

salamwarahmatullah...

mungkin ada betolnya kata saudara...
tetapi sebelum kita bercakap dgn lbh lnjut...
sy hrp sume ahli pas tidak berpuak2 kpd 2org tok guru ini...

cumanya apabila dah dihapuskan UMNO n BE END...maka sudah tidak wujudlah persoalan KERJAAN PERPADUAN...
kerana kita hanyalah SATU...

cuma sy setuju dgn saudara...
supaya diTELITIKAN dgn lbh mndalam soal ini...

apa yang PENTING...
setuju atau tidak...
keputusan mestilah berada dalam perbincangan PAS n mesti disyurakan...
ITULAH KEPUTUSANNYA...

wallahua'lam..

Posted on June 17, 2009 at 1:33 PM  

setuju gok kate anonymous tu

Posted on June 17, 2009 at 4:09 PM  

konsep kerajaan perpaduan melibatkan semua parti politik,bukan PAS-UMNO sahaja...ini perlu di highlight kan..

Posted on June 17, 2009 at 10:25 PM  

memang itu yang kita faham...
tapi isu KERAJAAN PERPADUAN perlu diperjelaskan...
kita faham xpela...
bagaimana dengan kaum lain...
mereka sudah berasa tidak selesa...
kerana PAS tidak berbincang dgn parti pakatan yang lain...

APE YG PASTI...INI ADALAH IDEA...
BUKAN KATA PUTUS PAS...
PAS PERLU MEMBAWA DLM MESYUARAT SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN PERPECAHAN...

wallahua'lam=)

Posted on June 17, 2009 at 11:28 PM