Apakah Tindakan PAS ?

By Hafizuddin An-Nuri on 6/18/2009 03:12:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Sungguh hebat polemik politik yang berlaku dalam PAS . Hanya disebabkan satu idea , hanya disebabkan ada yang bersetuju dengan idea tersebut dan hanya disebabkan ada yang sangat tidak bersetuju dengan idea tersebut , keadaan dalam PAS menjadi huru-hara di pandangan banyak pihak .

Bermula dengan Tuan Guru Presiden mengeluarkan idea untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan , dan idea tersebut tidak dipersetujui oleh Tuan Guru Al-Mursyidul Am . Semasa Muktamar PAS , melihatkan ramai pimpinan yang menyokong idea tersebut memenangi jawatan yang dipertandingkan dalam PAS baru-baru ini . Kemudia Timbalan Presiden membuat kenyataan bahawa beliau menyambut baik apabila PM bersetuju dengan cadangan tersebut .

Tuan Guru Al-Mursyidul yang tidak bersetuju menggesa Ust Nasharuddin keluar dari PAS dan meletakkan kerusi Bachok , dan masuk ke dalam UMNO .

Bagi pendapat saya , semua pimpinan PAS sekarang perlu berhenti daripada bercakap tentang isu ini . Tidak kira dari pimpinan atas hingga ke peringkat bawah . Ini kerana , kemungkinan besar berlaku perpecahan khususnya di peringkat bawah . Mungkin pimpinan tidak ada masalah tetapi orang bawahan melihat kepada pandangan pimpinan mereka yang mereka sanjung . Contoh paling ketara sekarang adalah puak kedua-dua orang Tok Guru yang kita sayangi .

Semua pihak harus sedar , pertama sekali adalah berkenaan keputusan . Soal sekarang bukannya setuju atau tidak , tetapi keputusan . Adakah cadangan ini telah diperbincangkan di peringkat mesyuarat . Jika diputuskan , maka itulah yang perlu dipersetujui dan dibuat . Masalah paling besar sekarang adalah semua pihak bercanggah pendapat tetapi masih tidak membuat perbincangan . Jadi , sampai bila pun tidak akan selesai .

Dan jika keputusan mesyuarat masih juga tidak diputuskan , maka semua ahli PAS perlu mengikut perlembagaan parti . Arahan tertinggi adalah arahan Al-Mursyidul Am . Semua ahli PAS tidak perlulah beremosi ketika ini . Kerana UMNO dengan gembira melihat keadaan seperti ini .

Kesimpulannya , ini bukan soal setuju atau tidak setuju . Tetapi , soalnya keputusan yang diputuskan di peringkat mesyuarat .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

2 comments for this post

din,klu bace kenyataan s/u agung,dato' mustapa ali tentang pendirian PAS,x de mslh doh...cube enta bace kat harakahdaily...mgkin tok guru nik aziz dok jelas lagi idea tu mse yer kutuk nasha..

Posted on June 18, 2009 at 4:40 PM  

beres...
syukran=)

Posted on June 18, 2009 at 5:00 PM