Allah Sombong ?

By Hafizuddin An-Nuri on 6/09/2009 10:16:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Tertarik dengan satu kuliah maghrib yang menceritakan tentang sifat Allah Yang Maha Agung . Banyak dalam ayat Al-Quran , Allah memuji serta membesarkan diriNya . Pada hakikat , memang sepatutnya dan tidak timbul persoalan jika ada ulama' menyatakan Allah bersifat sombong dan takabbur . Kerana itu adalah memang sifat Allah , sifat Sang Pencipta .

Cuba kita fikir , kalau seseorang kaya dan jutawan ingin sombong , dia masih bergantung dengan orang lain . Contoh paling mudah , dia ingin makan nasi , maka perlu beli beras dan tidak menjadi masalah kepada seorang jutawan . Tetapi , beras tersebut tidak mampu dibelinya jika tiada yang menjual , si penjual tidak mampu untuk menjual beras tanpa penuai padi , maka si jutawan tersebut dengan langsungnya bergantung harap kepada penuai padi .

Allah tidak begitu kerana Allah berdiri dengan diriNya yang bermaksud Allah tidak bergantung kepada sesiapa pun . Mustahil bagi Allah untuk bergantung kepada makhluk . Dari sebelum kejadian alam , selepas kemusnahan alam , Allah tetap kekal tiada binasa .

Allah terlalu layak untuk memuji diriNya sendiri kerana segala kesempurnaan hanya untuk Allah . Dalam pengajian , puji terbahagi kepada 4 iaitu :

1. puji QADIM (Allah) kepada QADIM (Allah)
2. puji QADIM (Allah) kepada HADITH (Makhluk)
3. puji HADITH (Makhluk) kepada QADIM (Allah)
4. puji HADITH (Makhluk) kepada HADITH (Makhluk)

Jadi , siapalah kita sebagai makhluk yang masih bergantung dan berhajat kepada Allah untuk sombong dan berasa tinggi diri . Semua rezeki , Allah boleh bagi dan Allah jua yang akan menarik balik . Bergantung kepada diri kita untuk memanfaatkan hidup selagi mana Allah masih meminjamkan jasad ini .

Awas!!! Jika sombong , takabbur dan tinggi diri masih wujud di dalam diri kita , maka kita telah cuba merampas sifat Allah . Dikhuatiri terjebak dalam syirik kepada Allah .

Sekadar perkongsian daripada seorang penuntut ilmu aqidah yang masih belajar . Sebarang penambahan dan pembetulan amat diharapkan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com/


hafizmn88@yahoo.com.my






3 comments for this post

Anonymous

Salam ziarah..

Sedikit pndangn yg xseberapa sbg pgkosian...
Allah SWT adalah zat yg tersembunyi dn tiada siapa yg dapat melihatNya tetapi dpt merasai dan mengenali akan kewujudanNya melalui bukti2 kejadian yg maha agung berdsarkan Al-Quran.
Bedasarkan tajuk yg diberikan, sesunggunhnya kta tidak layak utk mempertikaikan akn sifatNya. Dia berhak untuk bersifat sombong kerana dia tidak bergantung kepada sesiapa pn dn Dia bebas untuk melakukan apa saja berbanding kta yg dicipta olehNya.Lantaran sifat sombongNya itu adalah tidak akan memberi impak buruk kepada Dia dn kta tetapi memberi impak yg baik kerana sifat itu adalah hakNya dn Dia bersifat demikian dgn bijaksana. Dia besifat sedemikian adalah sewajarnya kerana Dia bkuasa atas segala sesuatu berbanding kta tidak layak sama sekali untuk mempunyai sifat itu kerana kta dcipta olehNya jd kta tidak mampu untuk berdiri sama taraf dgnNya.
Wallahua'lam....

Posted on June 10, 2009 at 1:00 AM  

syukran anonymous...

makaseh perkongsian yg diberikan..

*lain kali kalu blh letak nama ye...

Posted on June 10, 2009 at 8:24 AM  
Anonymous

Huhu..
InsyaAllah kalo ingt...

Posted on June 10, 2009 at 8:37 AM