Tok Guru , Doamu Ditakuti !

By Hafizuddin An-Nuri on 11/30/2009 11:42:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


،اللهم إنّا نجعلك في نحور أعدائنا
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di leher musuh-musuh kami,
،ونعوذ بك من شرورهم
Kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka,
،اللهم بدّد شملهم ، وفرّق جمعهم
Ya Allah leburkanlah kumpulan mereka
dan pecah belahkanlah mereka,
،وشتّت كلمتهم ، وزلزل أقدامهم
Kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka,
،وسلّط عليهم كلبا من كلابك
Dan hantarkanlah anjing-Mu kepada mereka,
!يا قهّار
Wahai tuhan yang gagah perkasa,
!يا جبّار
Wahai tuhan yang penuh raksasa,
!يا منتقم
Wahai tuhan yang bersifat murka,
،يا الله ، يا الله ، يا الله
Ya Alla, Ya Allah, Ya Allah,
،اللهم يا منزل الكتاب ، ويا مجر يا سحاب
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan,
،ويا هازم الأحزاب
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab,
،اهزمهم وانصرنا عليهم
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka,
،اهزمهم وانصرنا عليهم
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka,
.اهزمهم وانصرنا عليهم

Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Hari ini media sibuk membicarakan tentang tok guru nik aziz yang ingin berdoa supaya najib dihancurkan . Utusan khususnya masih tidak serik-serik lagi ingin menyerang tok guru . Apa yang terbaru kali ini adalah tentang doa . Tok Guru yang dikatakan berdoa untuk kemusnahan masa depan PM kita iaitu Dato Seri Najib .
Dikatakan banyak pihak yang menentang tok guru ini kerana , sepatutnya tok guru mendoakan untuk kebaikan bukan keburukan .

Mengapa ?

Perlu jelas , tok guru mendoakan sebegitu jika Najib tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan . Tok guru telah memberi spesifik bahawa doanya adalah untuk apa yang sepatutnya iaitu , jika Najib berniat membuat jahat maka doa itulah yang dipinta oleh tok guru . Bukan sembarangan doa secara membuta tuli . Jelas , lihat Utusan Malaysia yang memperjelaskannya .

Pada Hari Raya Aidiladha Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Najib, UMNO dan proksi-proksinya.

Jadi , Najib tidak perlu bimbang sedikit pun jika dia tidak berbuat jahat . Begitu juga dengan anak buahnya , anak-anak kapal Najib tidak perlu takut kerana doa tok guru adalah jelas . Lagipun mengapa ingin takut jika tidak buat perkara jahat . Kecualilah sebaliknya .

Ibrahim Ali yang sangat tidak berpuas hati dengan tok guru berkata bahawa perbuatan tok guru ini mencemarkan imej Islam . Kerana tok guru adalah tokoh agama dan ulama' tetapi berdoa sebegitu . Lihat Utusan Malaysia .

Jelas ?

Semua pihak harus jelas . Tok guru menyatakan beliau memohon doa sekiranya kerajaan negeri Kelantan dizalimi oleh kerajaan pusat . Sementara itu, Presiden Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tidak sepatutnya seorang yang dikatakan kuat beragama berdoa untuk membinasakan saudara Islam yang lain .

“Kita tidak pernah diajar untuk berdoa memohon perkara yang tidak baik.

Tok guru sangat jelas tentang perkara ini kerana beliau adalah seorang ulama' . Sebab itu beliau menyatakan JIKA . Bukan membuta tuli .

Apa-apa pun , kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah , hanya doa kepada Allah sahaja yang dapat membantu kita . Segala-galanya doa . Doa adalah senjata orang yang beriman . Musuh hanya boleh tewas dengan doa .

Sesungguhnya doa orang yang dizalimi sangat makbul disisi Allah . Justeru , Najib bersama-sama anak-anaknya sangat takut dengan keadaan ini kerana mereka tahu apa yang terjadi .

UMNO-BN ! Jangan takut jika kalian berada di pihak yang benar .

Wahai Tok Guru ! Doamu sangat ditakuti sekarang oleh musuh-musuhmu yang sangat kuat menyerangmu .

Lihat juga Ustaz Wan Ji dan Ustaz Nasaruddin Tantawi .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com


hafizmn88@yahoo.com.my


4 comments for this post

doa kat atas tu bukan ke doa qunut nazilah yg dibaca oleh rasulullah s.a.w semasa nak berperang?
betapa jahilnya kita semua kalau tak mengetahui pasal doa ni..sebenarnya ni sebahagian dpd qunut nazilah. antaranya yg bermaksud, "Ya Allah! perbetulkanlah pemimpin-pemimpin kami!bukakanlah hati mereka kepada Islam.tunjukkanlah kepada mereka sebenar-benar jalan Mu. Ya Allah! jika mereka enggan, kau paksakanlah mereka ke arah kebenaran!" lebih kurang mcm tu lah. saya dah tak berapa ingat.

Posted on December 1, 2009 at 6:17 AM  
hafizfillah

aah...
doa2la..
qunut nazilah yg nabi baca ms nk perang...

ade lg yg pjg...
yg2 yg xpjg...
nk sedap lg..

tgk kt youtube...
doa qunut nazilah yg dibcakan oleh bekas imam msjidil haram..
dsbbkan dia sebut amerika dlm doanye..
dia ditangkap n dipecat..
doa dia lg pjg tp terasa di hati...

wallahua'lam...

Posted on December 1, 2009 at 10:47 AM  

Musuh2 begitu rancak hendak menjatuhkan Tok Guru..brgkali xpuas fitnah menantu Tok guru,doa Tok guru pula dimanipulasikan..ap nak jadi dunia sekrg..mrk da xtkot balasan azab Allah.

Tanda2 akhir zaman, fitnah bermahajlela tak kira sesiapa pom, ulama'2 pom kne tempias nya..sudah keterlaluan..

Posted on December 1, 2009 at 1:07 PM  
hafizfillah

aah...

ana stuju sgt2 ngan kak nany..
musuh islam ni xkn hnti menyerang kita slagi kita xikut mreke...

itulah ajaran yahudi...
shinggakan doa pon mereka sngup membuat isu sebegini..
sungguh tidak takut...

YA ALLAH...LINDUNGILAH KAMI DARIPADA FITNAH MUSUH DAN FITNAH DAJAL DI AKHIR ZAMAN INI...
AMIIIN!!

Posted on December 1, 2009 at 1:46 PM