Aku Ceraikan Kau dengan Talak Tiga V. 2

By Hafizuddin An-Nuri on 11/21/2009 03:03:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Penghalang seperti ini yang hanya berada di tepi jalan tetapi mampu untuk menghalang kita dalam menjadi orang yang dekat pada Allah sewajibnya kita mencari jalan penyelesaian , justeru wajib ke atas kita untuk mengetahui ilmu tentangnya .

Di sini Imam Al-Ghazali membahagikan kepada dua cara iaitu tinggal dan lawan . Dua halangan yang perlu kita tinggalkan dan dua halangan yang perlu kita lawan . Jadi secara mudah , cara untuk kita atasi adalah :

1. Tinggalkan dunia

Tinggalkan dunia tidak bermaksud kita perlu meninggalkan dunia secara total , tetapi pada hal-hal dan masa-masa tertentu . Perkara ini perlu dipelajari lebih mendalam . Meninggalkan dunia secara mutlak mengikut Islam boleh disifatkan sebagai zuhud . Ketua pembimbing yang terbaik dalam zuhud adalah Sayyidina Ali Karrmallahu Wajhah .

Beliau pernah berkata dan kata-katanya ditujukan kepada dunia , yang mafhumnya lebih kurang , "Wahai dunia , aku kenal engkau jadi usahla kau tipu aku , kau carilah orang lain untuk ditipu . Aku ceraikan kau dengan talak tiga" .

Begitulah pegangan yang ada pada seorang zahid . Tetapi perlu diingat , zuhud adalah bertempat bukannya secara taklid .

2. Mengasingkan diri

Mengasingkan diri bermaksud kita meninggalkan manusia atau makhluk sosial . Dengan ini timbullah satu istilah iaitu 'uzlah . 'Uzlah atau dengan maksud yang lebih masyhur iaitu khalwat seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W di Gua Hira' adalah menjauhkan diri daripada khalayak ramai untuk mendekatkan diri kepada Allah .

Namun , sebagaiman maklum , manusia perlu berhubung di antara satu sama lain kerana ianya fitrah . Kita tidak dapat lari daripada bersosial kerana keperluan kehidupan kita bersama-sama manusia lain . Jadi , 'uzlah bukan bermaksud tidak langsung mengambil sosial sebagai cara hidup tetapi pada masa tertentu dan cara tertentu yang harus dipelajari lebih mendalam .

3. Lawan syaitan

Bukan semua halangan perlu dielak dan ditinggalkan di tepi jalan , syaitan harus kita lawan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata tanpa ragu-ragu lagi . Melawan syaitan bukan perkara mudah kerana mereka ini mempunyai terlalu banyak tidak terkira helah dan strateginya .

Jadi wajib ke atas kita untuk mempelajari ilmu tentang syaitan . Apabila kita ada ilmu dan pengetahuan tentang sesuati perkara maka kita akan menguasainya . Jika kita ada ilmu tentang syaitan , kelemahan syaitan , apa yang syaitan benci dan suka , dan banyak lagi maka kita akan dapat menguasainya dan melawan syaitan durjana la'natullah .

4. Lawan nafsu

Nafsu adalah halangan paling besar di antara keempat-empat perkara ini . Nafsu tiada kaitan dengan pihak lain . Nafsu yang dikawal dengan iman , kebaikan yang menyusul . Tetapi jika sebaliknya , maka syaitan akan mencuri peluang ini sebaik-baiknya .

Apabila nafsu bermaharajalela , syaitan la'natullah pun tidak dapat menandinginya kerana nafsu manusia berakal . Cuma akal itu perbezaannya , kawalan . Nafsu perlu dididik untuk tunduk kepada Allah bukan tunduk kepada kehendak sendiri seperti nafsu syahwah dan ammarah .

Oleh itu , wajib ke atas kita untuk mencari ilmu-ilmu yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah serta beribadah dengan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah , sahabat serta ulama' . Kerana Allah akan memaafkan seorang muslim yang berada dalam kesalahan selagi mana muslim tersebut berada di tangga pengajian menuju redah Allah .

Diharap dengan perkongsian ini , maka peroleh sedikit manfaat dan mendapat keredhaan daripada Allah .

Sekadar perkongsian daripada penimba ilmu yang jahil yang diperoleh dari kuliah masjid daripada seorang guru pondok . Segala pembetulan dan penambahan amat dialukan .

Wallahua'lam .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


2 comments for this post

juk

salam. perkara cerai x leh buat main2. nak ucapkan senang..nak tanggung akibatnya susah. fikir baik2 b4 lafazkan.

saya dah follow blog adik. silakan jadi follower saya pula. TQ.

zukidin.blogspot.com

Posted on November 22, 2009 at 7:18 PM  

salamwarahmatullah...

syukran cikgu zuki...
cikgu zuki dh bc hbs ke belum...

diminta supaya semua pembaca lain untuk bca hbs dulu...
nnt silap phm...

sy memg xlyk pn utk lafaz bnde2 sbb xkawen lg...
hehehe...
demi mengelakkan kesalahfahaman=)

Posted on November 22, 2009 at 7:44 PM