Dikir Barat : Pertandingan atau Penghinaan

By Hafizuddin An-Nuri on 11/22/2009 11:09:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Malam ini 2 kumpulan dikir barat berentap merebut gelaran juara dikir barat peringkat kebangsaan 2009 . Pertandingan ini bertemakan 'Bercinta Selepas Perkahwinan Adalah Lebih Baik ' . Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Sri Arena dari Tumpat , Kelantan yang menewaskan Kumpulan Sri Istana juga dari Tumpat yang mendapat gelaran naib juara .

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009

Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.

Dikir barat merupakan kegiatan seni yang aktif yang menjadi identiti rakyat Kelantan dan pada hari ini ia bersifat international . Dikir barat merupakan satu hiburan yang boleh dijadikan sebagai medan dakwah jika bijak menggunakannya .

Namun , apa yang dilihat pada pertandingan yang disiarkan oleh RTM 1 secara langsung kurang manis ditonton . Pertandingan ini memperlihatkan betapa kasar dan tidak beradabnya bahasa yang digunakan sehinggakan serangan peribadi dan keluarga dikenakan yang jelas menghina antara satu sama lain . Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku .

Jika alasan pertandingan dan kesenian yang membenarkan , maka pertandingan sebegini tidak patut diadakan . Mungkin ingin dimansuhkan pertandingan kesenian rakyat Kelantan ini , mana mungkin . Justeru , pihak yang bertanggungjawab khususnya Kementerian Penerangan perlu memainkan peranan yang penting demi menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia .

Semoga pihak kementerian melihat hal ini sebagai perkara serius . Bukan sekadar hiburan semata-mata yang hanya ingin memuaskan hati para penonton .

Sekadar pendapat daripada seorang rakyat Kelantan yang mencintai nilai budi bahasa . Segala pembetulan dan penambahan dialukan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


1 comments for this post

salam ziarah..

tq for sharing story..sy pon ade tgk time siaran langsung hari tu..totally agreed with you..sgt tak patut kalau kisah peribadi org di jaja mcm tu..emm..smoga pihak pngurusan ambl step lain supaya x cemarkan maruah sesiapa..

Posted on November 29, 2009 at 1:33 PM