Rasional Pemuda PAS dan Ulama Muda UMNO Berdebat

By Hafizuddin An-Nuri on 7/19/2012 12:05:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria... ‎


"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah (bijaksana) dan peringatan yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan sebaiknya" 

[DEBAT: UST NASRUDDIN TANTAWI VS UST FATHUL BARI]

::PRU-13: Orang Muda Pilih Siapa::

Ustaz Nasrudin Hassan 

Hadir saya esok ke pentas debat hanya kerana Allah swt dengan dua objektif:

1. [Mencari Kebenaran] : Bukan mencari atau memburu menang atau populariti tetapi hadir untuk berkongsi ruang guna berdakwah dan mengemukakan hujjah mencari kebenaran dan kebenaran itu mutlak dari Allah Azza Wa Jalla 

2. [Membina Budaya Politik Baru] : Iklim politik Malaysia masih cemar dan kabut dengan pelbagai elemen yang merosak minda, peribadi dan keharmonian berpolitik. Politik hujjah salah satu unsur politik barubyang saya maksudkan. Sekalipun ada khilaf dan perbedaan pandangan, biarlah ia diurus dengan sistematik dan teratur, bukan bertindak melampau dan keterlaluan sehingga keluar dari adab seorang muslim. 

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya 


Orang muda pada masa kini lebih ingin mengetahui kebenaran apa yang berlaku, bukan untuk mencari perbalahan atau kemenangan dalam sesuatu isu. 

Siapa juara dalam sesuatu isu bukan perkara utama, apa yang penting adalah penerangan agar semua pihak memahami perkara yang terjadi. 

Apa yang dilakukan oleh UMNO adalah mengenal pasti sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian, bukan hanya berdiam diri.


0 comments for this post