Tembak Aminulrasyid , Ketua Polis Negara Merajuk

By Hafizuddin An-Nuri on 5/04/2010 08:53:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...


Takziah diucapkan kepada keluarga almarhum adik Aminulrasyid di atas kehilangan anakanda tersayang . Kematian adik Aminulrasyid yang disebabkan oleh tembakan yang dilakukan oleh pihak polis kerana mendakwa adik Aminulrasyid telah melanggar sekatan jalan raya polis . Berita ini sangat menyayat hati kerana almarhum seorang remaja yang terlalu muda dan masih mentah .

Pihak polis dalam banyak kenyataan bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan anggota mereka berbuat demikian dan menyalahkan almarhum adik Aminulrasyid . Ketua Polis Negara(KPN), Tan Sri Musa Hasan menegaskan supaya semua pihak tidak mempertikaikan pihak polis untuk menjaga keamanan negara (melepaskan tembakan sesuka hati) kerana itu adalah tanggungjawab mereka .

Dalam kenyataan terbaru , KPN menyatakan bahawa beliau akan mengarahkan anggota-anggotanya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya jika itu kehendak masyarakat .

Dalam kes ini , anggota polis bukan menahan kereta almarhum adik Aminulrasyid tetapi melepaskan tembakan dari arah belakang . Pada logiknya , kereta itu juga bukannya terlibat dalam perlumbaan haram kerana hanya sebuah kereta sahaja pada waktu itu . Jadi, apakah perkaitannya dengan kenyataan KPN yang seolah-olah merajuk dengan masyarakat yang menghentam tindakan anggotanya .

"Apabila ditem
bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak”

-Azamuddin Omar , 15 , yang merupakan saksi utama kejadian dan rakan kepada almarhum adik Aminulrasyid-


Azamuddin yang masih berada dalam keadaan trauma juga menyatakan bahawa beliau telah dipukul oleh lebih 5 orang anggota polis selepas kereta yang mereka naiki berhenti terbabas . Pada hemah kita , hal sebegini sangat teruk bagi pihak polis kerana tidak perlu menggunakan kekerasan yang melampau jika ingin menangkap seorang remaja yang masih kecil dan berseorangan .

Pihak polis hari ini sepatutnya menggunakan sikap profesionalisme mereka untuk menjalankan tugas harian bukan menggunakan kuasa mereka sesuka hati . Pihak polis juga tidak perlu ada sifat terasa hati dengan masyarakat , tetapi harus memikirkan cara-cara terbaik dan efektif untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan selamat tanpa menyebelahi mana-mana kerana mereka bekerja untuk masyarakat , bukan untuk orang atasan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

2 comments for this post

ada beberapa yang aku nak kongsikan
1. Pernah dengar peribahasa "Berani kerana benar, Takut kerana salah"? kalau tak salah kenapa budak tu nak lari & cuba lari dari sekatan polis?
2. Kenapa MAK BAPAK budak tu benarkan dia tu bawak kereta tanpa lesen? Tengah malam buta pulak tu. MAK BAPAK dia tak pernah nasihat ke?
3. Secara normalnya, mana ada 'budak baik' bawak kereta tengah malam dan cuba lari daripada sekatan polis?
4. Secara normalnya, orang yang buat macam tu cuma penjahat je. Penjahat pun takut nak lari dari polis, sebab takut kena tembak.
5. Mana polis nak tau budak tu bawah umur& budak baik. Baik ke?
6. Rasanya kat sekolah-sekolah ada ceramah polis. Kat sekolah budak tu polis takde buat ceramah ke?
.

Posted on May 5, 2010 at 9:25 AM  

wahai macam2 ada...

dah baca ke kisah kenapa budak ni langgar polis..hrp kaji dulu berita ni...sbb bnyk kelencongan cerita asal oleh media seperti TV n paper kementerian..

pas2...bukan nk ckp sal budak ni..tp nk ckp...XLEH KE GUNA CARA SELAIN TEMBAK????
mat rempit n penjenayah bahaya pon polis xtembak kecuali diorg guna dulu...

xkan sedara nk wt kesimpulan..sbb budak tu xbaik..bnyk wt kslhn..jd kena tembak..

tq..

Posted on May 5, 2010 at 11:51 AM