Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor

By Hafizuddin An-Nuri on 4/23/2010 10:47:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...Pilihanraya kecil P94 Hulu Selangor semakin menghampiri . Hari demi hari kedua-dua belah pihak yang bertanding iaitu Dato Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan P. Kamalanathan (MIC) salin memperkuatkan kempen masing-masing pada hari-hari yang masih berbaki ini .


Walaupun kedua-dua pihak saling memainkan isu panas untuk meraih undi setiap penduduk di tempat tersebut , namun itulah adat pilihanraya yang berjalan di Malaysia sejak dahulu kala . Semoga pengundi-pengundi yang mengundi dapat memilih calon yang betul-betul layak supaya tidak berlaku kezaliman terhadap masyarakat setempat .

Para pengundi akan keluar mengundi pada 25 April 2010 hari Ahad di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan .



SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

0 comments for this post