Malaysia Milik Israel

By Hafizuddin An-Nuri on 4/09/2010 12:23:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Isu Apco semakin meruncing dan pelbagai dedahan dibuat oleh pelbagai pihak bagi membuka mata masyarakat . Hal ini sangat serius memandangkan Apco Worldwide adalah milik Israel . Apco terlibat secara langsung dalam mengendalikan strategi media antarabangsa yang ditugaskan oleh kerajaan Malaysia . Apakah motif mengambil syarikat Israel sedangkan Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan diplomasi dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara .

Keselamatan negara semakin parah apabila didedahkan wujudnya perisik Israel dalam PDRM . Secara rasional , semua pihak dapat mengkongklusikan bahawa rahsia keselamatan negara bukan sahaja diceroboh malah tidak mustahil sudah menjadi milik Zionis-Israel .

Najib menyatakan tidak akan menyambung kontrak Apco lagi yang akan tamat pada bulan Ogos ini disebabkan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan Apco . Tidak perlu dirisaukan lagi kerana Israel mungkin sudah menguasai keselamatan negara kita , jika dibatalkan kontrak mereka pun tidak menjadi masalah .

Hal ini terbukti apabila diaporkan dalam Malaysiakini bahawa DSAI membawa bukti minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang memetik kenyataan pengerusinya , Dato' Seri Azmi Khalid :

Pengerusi: Ha! Perolehan baru ini melibatkan Israel. Ini amat menakutkan kerana orang ramai mempunyai akses kepada semua maklumat kita. Israel bekerja dengan Amerika dan mereka yang melaksanakan sistem keselamatan kerana mereka ingin tahu mengenai semua pihak di seluruh dunia.
Sudahla terlalu banyak produk-produk Israel yang berada di pasaran Malaysia , boikot pon tidak malah diberikan pula peluang untuk Zionis-Israel memiliki perihal keselamatan negara . Ada pihak yang menyatakan Malaysia bakal dijajah Israel secara mutlak jika hal ini berterusan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

2 comments for this post

salam~

ni lh nmanya~

penjajahan dlm persetujuan~

Posted on April 9, 2010 at 6:57 PM  

salamwarahamtullah...

btol tu akh..
inilah Malaysia yg sgt mudah dimerdekakan..kerana ada perkara di sebaliknye..

Posted on April 10, 2010 at 2:22 PM