Kerajaan Malaysia Gila Atau Bodoh ?

By Hafizuddin An-Nuri on 5/13/2010 03:17:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Susah untuk memberi nilaian kepada kerajaan hari ini . GILA atau BODOH . Majoriti individu yang berada dalam kerajaan hari ini kelihatan sudah teruk seolah-olah mereka menzahirkan kejahilan mereka kepada rakyat dengan bangga sekali .

JUDI

Mereka ingin salurkan faedah daripada wang judi Piala Dunia 2010 untuk manfaat rakyat Malaysia bersama . Sungguh tidak berpegang dengan ajaran . Judi sudah dijelaskan di dalam Al-Quran secara nyata bahawa hukumnya haram . Namun akibat kekuncian mulut ulama yang mempunyai autoriti hari ini maka perkara ini diteruskan .

PITBULL

Konsert 12 jam tanpa henti ini sangat menakutkan semua pihak masyarakat yang mempunyai kesedaran moral di Malaysia ini . Konsert yang dihadiri oleh Pitbull jemputan khas dari Barat . Pitbull yang mempunyai rekod sebagai seorang penyanyi yang berunsur lucah dan nilai moral yang sangat rendah tidak sepatutnya menjejak kaki pun di Malaysia .

Bukan setakat pihak pembangkang kerajaan yang menghentam dengan pendirian bantah konsert tersebut , turut bersama-sama bantah adalah daripada akar umbi UMNO . Konset seperti inilah yang akan memusnahkan masa depan anak muda sekaligus memusnahkan identiti Malaysia sebagai Negara yang dikuasai oleh umat Islam .

Justeru , perhimpunan demonstrasi bantahan rakyat akan diadakan pada hari Jumaat ,14 Mei bertempat di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


2 comments for this post

Semoga Allah lindungi keluarga kita, saudara mara kita, sahabat-sahabat kita, saudara-saudara islam kita agar tidak terpesong akidah dan gejala sosial yang berleluasa. Semoga generasi masa hadapan dapat membezakan halal haram.

Posted on May 13, 2010 at 5:16 PM  

amiiin ya allah...tlgla umat Islam hari ini...

Posted on May 13, 2010 at 9:24 PM