Kerajaan Malaysia Tidak Suka Ilmu

By Hafizuddin An-Nuri on 12/04/2009 09:54:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Satu berita yang sedikit gembira untuk semua pelajar SPM tahun depan , Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 2 lagi subjek tambahan dibenarkan untuk pengambilan SPM bermula tahun hadapan .

Lihat Utusan Malaysia dan Malaysiakini .

Namun , satu perasaan hampa dan tidak puas hati apabila diumumkan bahawa pengambilan subjek SPM bermula tahun hadapan diterhadkan kepada 10 subjek , dan sekarang menjadi 12 subjek . Beberapa tahun kebelakangan ini , kita berasa gembira dan suka hati dengan kejayaan beberapa orang pelajar yang mendapat kejayaan dalam SPM tidak seperti orang lain iaitu dengan terlalu banyak subjek . Mereka ini semuanya datang dari sekolah-sekolah agama .

Tetapi bermula tahun hadapan , semuanya diselaraskan , tiada yang lebih . Maka tiadalah pertandingan dalam menuntut ilmu . Terlalu hairan dengan tindakan ini . Adik-adik pelajar SPM tidak dapat merasai perlumbaan dalam menuntu ilmu kerana mereka semua bertanding dengan kadar yang sama .

Apakah wujud syarat dalam menuntut ilmu supaya diterhadkan ilmu yang dipelajari ?

Ada orang kata , tindakan kerajaan yang menyekat ilmu dalam tumbesaran anak-anak adalah satu tindakan yang terlalu bodoh . Itu ramai yang berkata . Masing-masing ada akal yang rasional untuk berfikir .

Cuma bagi pendapat peribadi saya , yang juga seorang penuntut ilmu , diharap kepada pihak berwajib supaya dapat memikirkan apa yang lebih baik untuk rakyat . Penyekatan pengambilan subjek yang banyak adalah satu penyekatan penyebaran ilmu yang penting kepada pelajar . Tindakan ini lebih kurang sama dengan tindakan kuasa jahat Barat yang semakin hari semakin menindas umat Islam .

Bagaimana dengan Malaysia ?

Sekadar pendapat daripada seorang pelajar yang dahagakan ilmu . Segala pembetulan dan penambahan amat-amat dialukan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my

1 comments for this post

assalamualaikum,

kiranya mereka terus menjadikan spm hanya 10 subjek, maka subjek sperti PSI (pendidikan syariah Islamiah) dan PQS( pendidikan al-Quran as-Sunnah) akan menajdi mangsa pemansuhan subjek.

Jika pemansuhan itu yang di khabarkan akan di lakukan pada tahun hadapan, maka lihatlah generasi-generasi akan datang akan hancur luluh kerana kurangmya ilmu agama.

lihat :http://ibnuddin.via.my/2009/11/ya-allah-selamatkanlah-pqs-dan-psi.html

Posted on December 6, 2009 at 10:01 AM