Pengumuman Barisan Menteri Kabinet Najib

By Hafizuddin An-Nuri on 4/09/2009 09:46:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Maka selesai 1 lagi tugas penting Perdana Menteri kita yang ke-6 iaitu mengumumkan barisan menteri kabinet yang baru tepat jam 1500 tadi...sempat juga saya berada di depan televisyen petang tadi untuk mendengar pengumuman tersebut tang dimulakan dengan ucapan mukaddimah beliau...

Kali ini barisan kepimpinan baru menggariskan konsep keutamaan potensi dan kualiti dalam gerak kerja mereka...itulah kata Najib...

Semasa mendengar seorang demi seorang menteri yang baru...saya hanya menunggu satu nama orang kuat UMNO...agak-agaknya apalah jawatan menteri yang dia dapat??...sehinggalah Najib cakap..."Sekian terima kasih"...

Nama Ketua Pemuda UMNO akhirnya tidak disebut...sungguh kecewa diri ini...kenapa Najib tidak mahu menaikkan dia...diakan bagus...untuk pemuda-pemuda Melayu...kan dia jadi ketua...kenapa pula Mukhriz dapat...

Mungkin KJ pandai pimpin orang muda sahaja kot...dan Mukhriz pandai tadbir kementerian...macam itulah agaknya...saya pun tidak mengerti...

Tidak mengapala sebab KJ awal-awal lagi telah memberi respon positif tentang perkara ini...tidak sempat nak umum lagi dia dah bagi respon...

Apa-apa pun semoga menteri-menteri yang gugur terima sahajalah...dan menteri-menteri yang baru naik...buat je kerja korang...heheh...

Sebelum itu...TAHNIAH kepada Barisan Nasional kerana dapat mempertahankan DUN Batang Air...

0 comments for this post