Penanti Menanti

By Hafizuddin An-Nuri on 4/28/2009 09:34:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Selepas satu , satu pilihanraya kecil diadakan .


ADUN PKR ni pun satu hal , disebabkan beliau satu lagi peristiwa yang bagi saya amat membosankan . Maaf .


Kali ini pilihanraya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang pula akan diadakan pada 31 Mei ini dan siapakah pula yang akan berjaya menaikkan nama .


Kedengaran juga bekas orang kuat PKR ingin bertanding dan meminta laluan daripada BN supaya tidak meletakkan wakil BN kerana ingin melawan PKR .


Dan ada juga yang menyatakan Tun Dr. Mahathir adalah yang paling wajar untuk bertanding di Penanti .


Apakah masih wujud aura kebangkitan rakyat seperti mana yang berlaku di dua bukit baru-baru ini ?


Cuma satu sahaja yang ingin saya dinyatakan di sini , iaitu asas perjuangan .


Segalanya berbeza apabila asas perjuangan bebeza .


Kalau PAS berjuang berasaskan aqidah , bagaimana pula dengan PKR dan bagaimana pula dengan UMNO .


Sama-sama kita analisa bersama demi menuju mardhotillah .


SMiLe4aLL

hafizmn88@yahoo.com.my



0 comments for this post