Adakah Malaysia Akan Menjadi Seperti Thailand

By Hafizuddin An-Nuri on 4/13/2009 06:26:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Dalam beberapa hari ini 2 wilayah di Thailand telah diistiharkan darurat oleh Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva akibat daripada rusuhan penyokong anti-kerajaan yang terdiri daripada penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra .

Iaitu Pattaya dan Chonburi .

Rusuhan tersebut berlaku sebelum Sidang Kemuncak Asean Ke-14 sebagai tanda protes rakyat terhadap PM Abhisit menggesa beliau meletakkan jawatannya sehingga sidang tersebut terpaksa dibatalkan .

Kali ini sudah 2 teams mengadakan demonstrasi ini iaitu puak baju kuning dan puak baju merah melawan puak baju biru .

Apakah Abhisit akan meletakkan jawatan beliau atau akan cuba memohon restu daripada rakyat sepertimana yang dilakukan oleh PM kita .

Persoalan yang penting di sini , adakah Malaysia bakal menjadi seperti Thailand ?

Tidak hairanlah jika peristiwa ini berlaku kerana rakyat Perak sudah menyelesaikan mukaddimah pada baru-baru ini .

Apa yang penting adalah pengambilan iktibar oleh pihak kerajaan khususnya PM kita sebagaimana yang disarankan oleh Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam harakahdaily .

Sudah ramai pihak yang memperlihatkan simbol ketidakpuasan hati terhadap kerajaan khususnya rakyat .

Mengapakah Najib masih lagi tidak berputus asa untuk melawan pihak yang ingin mengislamisasikan suasana ?

Bersiap sedialah wahai Pejuang-pejuang Aqidah Islam !


0 comments for this post