Tatapan Bersama

By Hafizuddin An-Nuri on 6/04/2008 10:35:00 AM

Filed Under:

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

Yang bermaksud:

Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah…..AKAL, AGAMA, MALU dan AMAL SOLEH. Maka…..”

1. Akal boleh hilang disebabkan marah

2. Agama boleh hlang disebabkan dengki

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain


Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya

2. Para ahli waris akan menarik hartanya

3. Ulat akan menarik tubuhnya

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari

kiamat iaitu AMALNYA.


Daripada Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang-orang tua

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati

0 comments for this post