Pencinta Wanita

By Hafizuddin An-Nuri on 6/22/2008 02:20:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum dan salam ukuwah kepada semua sahabat-sahabatku yang disayangi sekalian...

Apabila kita mendengar perkataan pencinta wanita maka semua orang akan mengimbau kembali satu lagu yang menjadi lagu tema untuk filem Indonesia iaitu Aku Memang Pencinta Wanita. Betul ke tajuk tersebut.....saya pun tidak pasti...hehehe....maka teringatlah pula kita kepada jejaka hensem Indonesia yang menjadi idaman gadis-gadis....Irwansyah yang mana namanya pernah dijulang dan menjadi rebutan gadis-gadis pada zaman kegemilangannya...Namun begitu, adakah betul apa yang dikatakan oleh penyanyi ini dalam lirik lagunya...aku memang pencinta wanita...??? Kalau wanita-wanita di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya beranggapan sedemikian maka tidak wujudlah PENCINTA WANITA di dunia ini.....

Sahabat-sahabat yang kusayangi sekalian...

Tahukah kita semua Rasulullah adalah idola terbaik untuk kita semua. Mengapa???? Kerana bagindalah PENCINTA WANITA sebenar yang menyelamatkan serta menaikkan taraf wanita di dunia ini. Pada zaman jahiliah, wanita-wanita dipandang rendah dan dianggap sebagai orang yang tidak mampu melakukan apa-apa serta kaum yang lemah. Adakah kaum hawa tahu tentang hakikat ini??? Atau adakah ada lelaki lain yang menjadi pujaan mereka pada hari ini seperti Irwansyah, Mawi, Syeikh Muzafar dan ramai lagi yang tidak mampu menandingi Rasulullah kita???

Khas buatmu wahai sahabat-sahabat muslimat,

Adakah ada pada dirimu CINTA kepada Allah??? Adakah ada pada dirimu CINTA pada Rasulullah??? Adakah ada pada dirimu untuk mengikut jejak langkah Sayyiditina Khadijah, Sayyidatina Aisyah, Sumaiyah, Zainab Al-Ghazali serta ramai lagi??? Kakak-kakakku, adik-adikku serta sahabat-sahabatku sekalian....carilah PENCINTAmu yang sebenar...carilah PENJAGAmu yang sebenar...carilah PETUNJUK AJARmu yang sebenar....carilah, siapakah yang betul-betul dapat membantumu dikala engkau berada dalam kesusahan....


Sungguh sedih diri ini apabila ramai yang mejadi mangsa kepada diri sendiri...sungguh hancur hati ini apabila mendapat khabar ada yang menganggap maruah itu seperti baju....apabila mahu dipakai dan jika berasa tidak mahu...maka ditukar pula kepada baju lain...APAKAH ITU ERTINYA MARUAH??? Ya ALLAH selamatkan sahabat-sahabatku...

Wahai kaum muslimat yang kuhormati...berhati-hatilah dengan manusia di sekitarmu...berhati-hatilah dengan manusia-manusia yang melihatmu...yang menegurmu...INGAT!!! Manusia yang bukan daripada kaummu...mempunyai perasaan yang berbeza apabila melihatmu...maka AKAL serta ILMUlah yang berusaha untuk menghalang nafsu daripada terus membuak.....
PENCINTA WANITA bukanlah seseorang yang melafazkan kalimah cinta kepadamu dan berjanji akan menjagamu dengan baik...bukanlah yang selalu berjumpa denganmu untuk bercakap serta meluahkan masalah...bukanlah dia yang memandang ke dalam anak matamu sambil memegang tanganmu dengan kasih sayang....TETAPI...
Dia yang mengelak apabila bertembung denganmu...dia yang menghormatimu...dia yang tidak mempunyai niat untuk mengambil dirimu sehingga sampai waktunya......dirimu sebenarnya adalah untuk berbakti kepada ISLAM....bukan memusnahkan ISLAM...
Sebelum kuakhiri perkongsian ini....

Saya menyeru kepada ADIK-ADIK MUSLIMAT, KAKAK-KAKAK serta SAHABIAH-SAHABIAH semua....

HORMATILAH DIRI ANDA....JAGALAH MARUAH ANDA...sudah tiada lagi bendal lain yang kau punyai selain MARUAH yang tidak ternilai ini...

Wallahua'lam.....

Ukhuwah Fillah....smile alwayzzzzzzzzz...





2 comments for this post

Anonymous

assalamu'alaikum wrt..

tertarik bce posting nie..
syukran jzeelan ats nsihat...brsyukur, msh ada yg sedar dan prihatin ttg hakikat nie..rasa sayu n pilu bila mengenangkan saat Rasulullah trlalu mnjaga soal kaum Hawa dulu.. sedih sgt bila membandingkan 2 zaman yg berbeza..

alangkah selamatnya perasaan lahiriah dan rohaniah apabila mengenangkan KITA di zaman Rasulullah.. subhanallah!! jauh berbeza dgn zaman yg ana rasa, trlalu sempit dan sesak nafas..rasa rindu pd biah yg betul2menjaga hak dan mruah wanita..di mana AR-RIJAL akn berjalan di hdpn AL-MARAH.. pandangan yg dijaga dan terjaga krn bimbang dosa yg akan melekat di hati.. HIJAB yg menjaga diri.. MU'AMALAH yg terlalu menitikberatkan soal IKHTILAT..bila di zmn nie, kdg2 NAFSU yg mnguasai diri, akan membuatkan kita sering trlupa dan trleka hkikat DOSA dan PAHALA.. terlupa yg hidup nie, ada BATASAN SYARIAT yg prlu kita ikut..

"Ya Allah, moga hati nie terus dithabitkan ats jalanMu.."

ermm..malah kaum yang belajar agama jugak sesetengahnya menindas kaum wanita.. kalaulah wanita sedar ttg hakikat tue.. "ya Allah, moga kaum ana terus dipelihara.. sedih sgt mengenangkannya.. andai tangan nie, mampu mengubah segalanya, andai bicara mulut nie mampu mengubah hati2 mereka.."

ana sokong dgn pndpt enta..cuma, ana ragu2,masih adakah KAUM ADAM yg msh "mnjaga" wanita sdemikian rupa skang nie?tegaslah dgn peribadi Adam yg sememangnya tegas dlm mentarbiyyah..apapun,pd ana msg2 berperanan..sama ada muslimat ataupun muslimin..sama2 berperanan untuk melahirkan jilul quran yg akn mengembalikan smula kgemilangan ISLAM..

yg pntg,tepuk dada, tnya iman!!

maaf, andai ada trkasar kt mn2.. skdr pndpt semata2..

'ala kulli haal, syukran jzeelan ats teguran n nsht yg mmbina..

wassalam..

Posted on June 22, 2008 at 8:21 PM  

Salam...

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,

Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Posted on June 11, 2009 at 2:41 PM