Revolusi Ke Arah Memimpin Dunia

By Hafizuddin An-Nuri on 2/03/2011 07:41:00 AM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Islam pada era kegemilangannya di zaman Khilafah Islamiyah yang menaungi seluruh umat Islam di bawah satu bumbung pemerintahan telah menyaksikan pelbagai kemajuan dan kehebatan sebagai cerminan terbaik ke arah pentadbiran negara yang adil dan saksama. Selepas kejatuhan Khilafah Othmaniah di Turki, umat Islam berpecah dan diajar untuk memimpin dengan cara Barat dan Yahudi. Sistem pemerintahan Amerika-Israel menggantikan Khilafah.

Akibat daripada itu, Ikhwanul Muslimin (IM) hasil idea tokoh Islam di Mesir, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah ditubuhkan demi kelangsungan perjuangan Rasulullah. Hasil kader IM telah melahirkan kebanjiran pemimpin gerakan Islam yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia. Penggerak-penggerak gerakan Islam ini bermatlamatkan Islam dimartabatkan dan mengembalikan Khilafah Islamiyah di bumi Allah ini.

Tidak dapat dinafikan, dalam gerakan Islam hari ini pemuda adalah penggerak utamanya. Kumpulan pemuda inilah yang menjadi agen perubah kepada sesebuah negara sepertimana yang berlaku di Iran. Revolusi Iran 1979 yang menukar tampuk pemerintahan monarki juga telah dipelopori oleh golongan anak muda yang terdiri daripada mahasiswa universiti-universiti di seluruh negara.

Setelah sekian lama, daripada pemerintah kepada pemerintah yang lain bertukar. Dunia digenggam kuasa-kuasa besar dunia yang mempunyai perancangan jelas untuk menjatuhkan gerakan Islam. Pelbagai propaganda diaturkan untuk memastikan umat Islam ditindas sehabis mungkin. Pemerintah negara umat Islam tidak lagi Islam bahkan lebih barat berbanding Barat.

Pemimpin-pemimpin dunia Islam zaman ini seolah-olah telah dibeli khas oleh Yahudi. Segala pelaksanaan dicaturkan berdasarkan telunjuk mereka. Umat tidak lagi diambil berat. Rakyat tertindas oleh kemabukan racun Yahudi pemimpin mereka. Negara maju rakyat kebuluran. Dunia Islam telah membuatkan Amerika dinaungi Israel tersenyum gembira. Musuh Islam tidak perlu bersusah payah untuk membunuh umat Islam.
Penindasan tidak boleh dibiarkan berterusan, kesabaran mesti dileraikan. Bermula dengan seorang pemuda yang membakar diri di Tunisia, akibat tidak tertahan dengan kerajaan kuku besi telah membuka mata dunia. Rakyat Tunisia bangkit dan tekad untuk menjatuhkan rejim Ben Ali. Demi kehidupan aman yang diidamkan, revolusi telah berjaya digerakkan. Rejim disungkurkan, pemerintahan akan digantikan dengan yang lebih baik.

Jangkitan kebangkitan telah merebak, rakyat Mesir yang mengikat kesabaran selama 30 tahun turun ke jalanan. Tekad dengan revolusi, Presiden Hosni Mubarak bersama-sama sekutunya mesti diturunkan. Lebih 2 juta rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah mendesak agar Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Keegoan yang tinggi ditambah pula dengan bisikan orang atasan, Hosni hanya menyatakan tidak akan mempertahan jawatan Presiden untuk pilihanraya Presiden September ini. Hanya dua keputusan yang mampu dipilih oleh pemimpin diktator itu, mengikut jejak langkah Ben Ali atau pergi bersama-sama Anwar Sadat.

Rakyat Jordan pula berada dalam keadaan terbakar. Seolah-olah memakan daging rakyat sendiri, dasar ekonomi menyebabkan harga makanan dan bahan bakar mengalami kenaikan yang melampau, pengangguran yang teruk dan kemiskinan. Sekali lagi kuasa rakyat di jalan raya berdemonstrasi mengecam dasar Perdana Menteri Samir Rifai.

Kira-kira 2500 pelajar, aktivis dan kumpulan pembangkang berkumpul dan melaungkan slogan menentang Presiden Ali Abdullah Saleh di Yaman. Ribuan penduduk Yaman yang putus asa dan bosan dengan pemerintahan tersebut menuntut pengusiran Ali. 32 tahun penyeksaan rakyat Yaman tidak boleh ditangguh lagi. Ali mesti diturunkan seperti Ben Ali. Presiden diktator ini juga dibenci kerana pengamalan rasuah serta dikeji hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Kebangkitan rakyat Tanah Arab berlanjutan secara mendadak di beberapa buah negara lagi seperti Algeria dan Kuwait. Sekatan demi sekatan mungkin boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, namun kesedaran dan tekad rakyat tiada daya untuk menghalangnya.

Kebangkitan seperti ini tidak mustahil untuk berlaku di benua besar Asia ini. Semangat revolusi akan beralih ke Timur. Malaysia, Indonesia dan negara-negara lain perlu bersedia menantikan saat yang pelbagai kemungkinan ini. Kondisi untuk berlaku masih tidak sesuai mengikut tempat. Pemimpin hari ini perlu membuat kajian dan analisa tentang kepimpinan mereka untuk memastikan keadaan tidak menjadi teruk.

Revolusi Tanah Arab hari ini telah memanaskan punggung-punggung pesalah antarabangsa, andai kebangkitan ini dikepalai kumpulan Gerakan Islam. Dikhuatiri kebangkitan ini hanyalah sebagai propaganda untuk menutup mata umat Islam bahawa ada perkara yang lebih besar bakal berlaku yang mungkin akan memberi kesan yang sangat hebat. Kesimpulan ini dibuat bukan untuk menakutkan atau bersangan buruk terhadap apa yang berlaku, tetapi persediaan yang teratur dan berstrategi perlu dicaturkan. Bersedia ke arah merubah dunia.


0 comments for this post