Oh Mahasiswa ! Sudah Tiba Masanya

By Hafizuddin An-Nuri on 1/25/2010 07:59:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...


Hari ini sudah tiba untuk mahasiswa bangkit kembali seperti asal . Mengapa asal ? Perlu disingkap kembali bahawa perjuangan adalah sinonim dengan pemuda atau remaja . Idola umat Islam , Nabi Muhammad S.A.W juga ditarbiyah tentang perjuangan oleh Allah ketika usia remaja . Sahabat-sahabat baginda juga majoritinya adalah remaja-remaja belasan tahun .

Khalid Al-Walid yang memimpin jentera perang hanya berusia belasan tahun dan menjadi penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam ketika Perang Muktah . Sultan Muhammad Al-Fateh pula telah menjadi pemimpin negara ketika berusia 19 tahun dan berjaya merampas kembali Kota Konstentinopel . Dan banyak lagi pemuda-pemuda yang meletakkan perjuangan sebagai jalan hidup .

Itulah pemuda atau remaja pada asalnya . Pemuda hari ini adalah mahasiswa . Jadi mahasiswa perlu bangkit , perlu ke hadapan , perlu berani , perlu bijak mengatur strategi . Sudah tiada masa lagi untuk menyatakan takut pada AUKU , takut pada HEP , takut pada orang tidak suka , takut akademik merosot , dan pelbagai lagi alasan yang tidak bijak atau terlalu dayus .

Mahasiswa perlu berani menegakkan keadilan dan menafikan kezaliman . Jangan jadi barang mainan pihak pentadbiran . Semakin diikut , semakin menjadi dibuatnya . Mahasiswa diseru tidak bercakap sahaja . Apa gunanya bercakap berapi-api , tetapi tidak turun ke padang demonstrasi pun . Beranikan diri demi mengakkan hak . Biar ditangkap polis , asalkan jangan diperbodohkan . Mudah kata , biar merana kerana betul jangan jadi bodoh kerana takut .

Sudah tiba masanya hari ini , mahasiswa yang dikenali sebagai agen perubah perlu buktikan kepada masyarakat yang tertunggu-tunggu pemuda-pemuda yang akan membebaskan kezaliman di negara ini khususnya dan di seluruh dunia amnya .

Sejarah telah membuktikan , hanya menunggu kita menciptanya lagi . Mahasiswa adalah aset paling penting dalam pembangunan negara . Bukan sebagai simbolik kewujudan pendidikan di sesebuah negara itu sahaja .

Hidup Mahasiswa !!!
Bangkit Mahasiswa !!!
Student Power !!!

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my


0 comments for this post