Assalamualaikum dan salam ukuwah kepada semua sahabat-sahabatku yang disayangi sekalian...
Apabila kita mendengar perkataan pencinta wanita maka semua orang akan mengimbau kembali satu lagu yang menjadi lagu tema untuk filem Indonesia iaitu Aku Memang Pencinta Wanita. Betul ke tajuk tersebut.....saya pun tidak pasti...hehehe....maka teringatlah pula kita kepada jejaka hensem Indonesia yang menjadi idaman gadis-gadis....Irwansyah yang mana namanya pernah dijulang dan menjadi rebutan gadis-gadis pada zaman kegemilangannya...Namun begitu, adakah betul apa yang dikatakan oleh penyanyi ini dalam lirik lagunya...aku memang pencinta wanita...??? Kalau wanita-wanita di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khususnya beranggapan sedemikian maka tidak wujudlah PENCINTA WANITA di dunia ini.....
Sahabat-sahabat yang kusayangi sekalian...
Tahukah kita semua Rasulullah adalah idola terbaik untuk kita semua. Mengapa???? Kerana bagindalah PENCINTA WANITA sebenar yang menyelamatkan serta menaikkan taraf wanita di dunia ini. Pada zaman jahiliah, wanita-wanita dipandang rendah dan dianggap sebagai orang yang tidak mampu melakukan apa-apa serta kaum yang lemah. Adakah kaum hawa tahu tentang hakikat ini??? Atau adakah ada lelaki lain yang menjadi pujaan mereka pada hari ini seperti Irwansyah, Mawi, Syeikh Muzafar dan ramai lagi yang tidak mampu menandingi Rasulullah kita???
Khas buatmu wahai sahabat-sahabat muslimat,
Adakah ada pada dirimu CINTA kepada Allah??? Adakah ada pada dirimu CINTA pada Rasulullah??? Adakah ada pada dirimu untuk mengikut jejak langkah Sayyiditina Khadijah, Sayyidatina Aisyah, Sumaiyah, Zainab Al-Ghazali serta ramai lagi??? Kakak-kakakku, adik-adikku serta sahabat-sahabatku sekalian....carilah PENCINTAmu yang sebenar...carilah PENJAGAmu yang sebenar...carilah PETUNJUK AJARmu yang sebenar....carilah, siapakah yang betul-betul dapat membantumu dikala engkau berada dalam kesusahan....
Sungguh sedih diri ini apabila ramai yang mejadi mangsa kepada diri sendiri...sungguh hancur hati ini apabila mendapat khabar ada yang menganggap maruah itu seperti baju....apabila mahu dipakai dan jika berasa tidak mahu...maka ditukar pula kepada baju lain...APAKAH ITU ERTINYA MARUAH??? Ya ALLAH selamatkan sahabat-sahabatku...

Wahai kaum muslimat yang kuhormati...berhati-hatilah dengan manusia di sekitarmu...berhati-hatilah dengan manusia-manusia yang melihatmu...yang menegurmu...INGAT!!! Manusia yang bukan daripada kaummu...mempunyai perasaan yang berbeza apabila melihatmu...maka AKAL serta ILMUlah yang berusaha untuk menghalang nafsu daripada terus membuak.....
PENCINTA WANITA bukanlah seseorang yang melafazkan kalimah cinta kepadamu dan berjanji akan menjagamu dengan baik...bukanlah yang selalu berjumpa denganmu untuk bercakap serta meluahkan masalah...bukanlah dia yang memandang ke dalam anak matamu sambil memegang tanganmu dengan kasih sayang....TETAPI...
Dia yang mengelak apabila bertembung denganmu...dia yang menghormatimu...dia yang tidak mempunyai niat untuk mengambil dirimu sehingga sampai waktunya......dirimu sebenarnya adalah untuk berbakti kepada ISLAM....bukan memusnahkan ISLAM...
Sebelum kuakhiri perkongsian ini....
Saya menyeru kepada ADIK-ADIK MUSLIMAT, KAKAK-KAKAK serta SAHABIAH-SAHABIAH semua....
HORMATILAH DIRI ANDA....JAGALAH MARUAH ANDA...sudah tiada lagi bendal lain yang kau punyai selain MARUAH yang tidak ternilai ini...
Wallahua'lam.....
Ukhuwah Fillah....smile alwayzzzzzzzzz...