Hiasi Jumaatmu

By Hafizuddin An-Nuri on 9/23/2011 08:41:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...



Disunat bagi khatib dan lainnya mengangkat dua tapak tangan pada ketika dibaca doa khutbah yang kedua inilah jika tiada takut khatib itu gugur daripada mimbar dan jika takut ia (khatib) maka tinggal akan dia (angkat kedua tapak tangan).

Dan sunat bagi orang yang mendengar akan khatib mengangkat akan suara dengan selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم pada ketika menyebut oleh khatib akan nama Nabi seperti katanya (االهم صلّ وسلّم عليه) atau (صلى الله وسلّم عليه) dan seumpama selawat atas Nabi itu الترضى daripada sahabat Nabi dan keluarganya pada ketika disebut oleh khatib akan nama mereka itu seperti katanya (رضي الله عنه) atau (رضي الله عنها) atau (رضي الله عنهما) atau (رضي الله عنهم) atau (رضي الله عنهنّ) dan apabila berlaku pada khatib menyebut nama Allah harus bagi orang yang mendengar berkata (جلّ الله) atau (عزّ الله) atau جل جلاله kerana membesar akan dia (Allah).

Dan datang ورد (datang hadis) bahawasanya barang siapa membaca akan فاتحة dan قل هو الله أحد dan قل أعوذ برب الفلق dan قل أعوذ برب الناس tujuh-tujuh kali pada tiap-tiap satunya itu kemudian daripada salam sembahyang Jumaat dahulu daripada memindah akan dua kakinya nescaya diampun baginya barang yang telah terdahulu daripada dosanya dan barang yang kemudiannya dan diberi akan dia daripada pahalanya dengan sebilang-bilang mereka yang beriman ia dengan Allah dan RasulNya dan dijauh akan dia daripada yang dibencinya hingga Jumaat yang di hadapannya.

Dan sunat membanyakkan minta doa pada harinya kerana menuntut waktu اجابة dan membanyakkan membaca surah الكهف dan selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم pada harinya dan malamnya. Dan sunat membanyakkan daripada bagi-bagi kebajikan pada keduanya (hari dan malam) dan hendaklah dijadikan harinya itu hari amalan akhirat jua. Dan sunat mandi pada harinya dengan niat mandi sunat Jumaat bagi orang yang berkehendak hadir pada sembahyangnya (Jumaat).

Dan sunat membersihkan dirinya daripada segala yang kotor-kotor yang ada pada badannya dan pakaiannya dan daripada bau yang keji-keji daripada keduanya (badan dan pakaian) kerana harinya itu hari raya yang berulang-ulang pada tiap-tiap tujuh hari sekali lagi yang terlebih أفضل daripada segala hari yang lain daripadanya. Wallahua'lam.

Petikan kitab jawi هداية الصبيان في معرفة الإسلام والإيمان (Petunjuk Kanak-Kanak Dalam Mengenal Islam Dan Iman) oleh Abu Abdullah Husain Nashir Bin Muhamad Thaib Al-Mas'udi Al-Banjari.


0 comments for this post