Tahniah Sahabat UM, Get Ready For UKM4

By Hafizuddin An-Nuri on 9/25/2010 02:11:00 PM

Filed Under: ,

Assalamualaikum & salam ceria...

Seinfinti kesyukuran dirafa'kan kepada Allah S.W.T yang telah memberi kemenangan kepada anak muda bergelar mahasiswa ini. Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat UM berlima kerana telah berjaya menempuh pelbagai cabaran dan keperitan yang akhirnya menghasilkan kemanisan.

Semoga dengan kemenangan ini, Gerakan Mahasiswa semakin diperhebatkan dan menjadi nadi untuk Gerakan Mahasiswa dilihat sebagai pemangkin kepimpinan negara dan bukannya budak sekolah.

Semoga keadilan terus bersama-sama Mahasiswa. Kezaliman dan khianat tidak dapat diterima walau sesiapa pun yang melakukannya.

GET READY FOR UKM4 !

Kemenangan Buat Mahasiswa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar

Hari ini merupakan satu titik sejarah di dalam Gerakan Mahasiswa kini, 5 Mahasiswa UM yang disabitkan kesalahan khianat dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 2 hari ini.

Ini merupakan kejayaan semua mahasiswa yang mendokong dan menyokong perjuangan menegakkan keadilan buat seluruh mahasiswa. Kita yakin dan percaya, keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa kelima-lima mahasiswa yang dituduh ini tidak pernah melakukan jenayah sepertimana yang dituduhkan.

Seluruh mahasiswa mengucapkan syukur dan gembira di atas kemenangan ini dan bagi pihak yang masih mengekang mahasiswa saya sarankan agar Hentikan sikap memperbudak-budakkan mahasiswa.

Cukuplah mahasiswa dikenkang sebegini rupa dan sudah tiba masanya mahasiswa diberikan ruang yang sebebas-bebasnya untuk menyatakan pandangan.

Terima kasih sekali lagi buat seluruh mahasiswa dan masyarakat yang sentiasa berdoa demi kemenangan di dalam kes ini.


0 comments for this post