Ada Apa Dengan 12 & 14 Februari?

By Hafizuddin An-Nuri on 2/13/2009 03:40:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ukhuwah...

Sedar atau pun tidak umat Islam pada hari ini tentang PERISTIWA penting pada bulan Februari ini...tapi jika disurvey...jika ditanya apakah peristiwa yang paling penting dan menjadi sejarah untuk kita sebagai umat Islam...pasti ramai akan menjawab...14 FEBRUARI adalah sangat bersejarah...sungguh peka umat Islam pada hari ini...manakan tidak...tarikh yang diajar Kristian juga yang menjadi INGATAN masing-masing...

Macam mana pula dengan tarikh AGUNG 12 Februari???Kenapa???Apa yang telah berlaku pada tarikh ini???

12 FEBRUARI menjadi sejarah apabila pada tarikh inilah peristiwa tragis yang mengakibatkan syahidnya pengasas Ikhwanul Muslimin yang menjadi Gerakan Islam yang utama sehingga hari ini iaitu As-Syahid Imam Hassan Al-Banna...secara ringkasnya...peristiwa ini berlaku pada satu hari yang sungguh sunyi...apabila Imam Al-Banna keluar dari markaznya untuk pulang...tidak seperti hari biasa...jalan raya pada hari itu terlalu sunyi tanpa kenderaan kecuali sebuah teksi yang berulang-alik melalui tempat Imam Al-Banna mencari 'mangsa'...

Setelah didapati tiada kenderaan lain maka terpaksalah Imam Al-Banna menahan teksi tersebut untuk pulang...sebagaimana yang tela dirancang oleh Kerajaan Mesir pada waktu itu...Imam Al-Banna telah ditembak bertubi-tubi di dalam teksi itu...untuk menjayakan lagi 'drama' ini...beliau dihahtar ke hospital tetapi pihak hospital dilarang sama sekali untuk merawat Imam Al-Banna yang berada dalam parah dan kritikal...akhirnya beliau SYAHID di hospital tersebut...sungguh kejam kelakuan mereka yang juga merupakan EJEN YAHUDI hingga sekarang...

Adakah kita tahu atau ingat tentang tarikh dan peristiwa penting ini???Fikirkanlah...

14 FEBRUARI tetap menjadi sambutan dan telah disetkan di kepala masing-masing...apabila tibanya tarikh ini...maka pemuda-pemudi telah bersedia dengan bunga masing-masing...dengan hadiah masing-masing untuk diberikan kepada KEKASIH yang dicintai...inilah VALENTINE DAY yang telah diajar oleh Yahudi...dengan mudah sahaja mereka memasukkan unsur ini ke dalam diri Umat Islam kita...
Tidak penting macam mana sekali pun serita asalnya yang mempunyai terlalu banyak riwayat...tetapi sematkanlah dalam hati dan akal kita yang waras dan rasional ini bahawa ini adalah salah satu agenda Yahudi untuk memastikan Aqidah Islamiyah dalam diri anak-anak muda Islam terkeliru...tercelaru...terpesong...

Perlu diingat kepada penyambut-penyambut VALENTINE DAY yang beragama Islam...sesiapa sahaja yang menyambutnya walaupun dengan sekadar sahaja...ia boleh menjatuhkan Aqidah kita...itu adalah PENTING!!!

Apa yang diharapkan kepada semua sahabat-sahabatku sekalian...kita tidak punyai masa lagi untuk melayan perkara-perkara yang boleh membuat kita lalai ini...ayuh kita bangkit untuk menyelamatkan saudara-saudara kita seAQIDAH dengan kita...

Wallahua'lam...
SMiLe4aLL=)

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

0 comments for this post