Nantikan Kemenangan Para Pejuang Islam

By Hafizuddin An-Nuri on 1/21/2009 06:13:00 PM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam kemenangan ,

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Sedar atau tidak , bukti-bukti kemenangan Islam telah banyak dipertontonkan kepada kita semua . Setelah Pilihanraya Umum baru-baru ini , kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya merampas 4 buah kerajaan negeri yang dikuasai oleh pihak lawan disamping berjaya mengekalkan negeri Kelantan yang tercinta . Diikuti pula dengan kemenangan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh . Dan Alhamdulillah , Allah Yang Maha Pengasih sekali lagi memilih Abdul Wahid Endut untuk mewakili Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Kecil yang terbaru baru-baru ini .

Di peringkat Pilihanraya Kampus , pelbagai ujian dan cabaran telah dilalui oleh ahli-ahli Pro-Mahasiswa untuk menghadapi PRK pada tahun ini . Pelbagai mehnah telah dirancang oleh pihak atasan universiti seperti penetapan tarikh PRK yang bertembung dengan tarikh Pilihanraya Kecil di Terengganu . Namun ahli-ahli gerakan mahasiswa Islam masih mampu meneruskan perjuangan . Situasi di UIAM Gombak melihatkan penglibatan calon dari PKPIM yang mana menjadi pihak lawan untuk kita . Di UM pula , kita dikejutkan dengan berita kepala babi yang diletakkan bersama bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) .

Tetapi jika Allah ingin memenangkan pejuang-pejuang Islam maka Dia akan menangkan . Itulah yang berlaku apabila Pilihanraya Kampus kali ini telah mencatatkan kemenangan pihak Pro-Mahasiswa di Universiti Malaya . ALLAHUAKBAR!!! Walaupun masih lagi belum mendapat berita kemenangan dari kampus lain namun ciri-ciri kemenangan telah ditunjukkan dengan banyak dan jelas sekali apabila banyak kerusi telah dimenangi oleh Pro-Mahasiswa berbanding tahun-tahun lepas .

InsyaAllah moga kemenangan di UIAM Gombak pada pilihanraya tahun ini terus dipertahankan oleh pihak pejuang Islam di kampus . Telah banyak kemenangan kepada pihak Islam pada hari ini yang telah ditunjukkan kepada kita . Kita juga terus-menerus mendoakan semoga Palestin yang tercinta akan mendapat kemenangan sekali lagi .

Pertingkatkan nilai kesyukuran kita kepada Allah dan terus thabat dan istiqomah dalam perjuangan menegakkan Daulah Islamiyah dan seterusnya berjaya mengembalikan Khilafah Islamiyyah di muka bumi Allah ini .

Allahuakbar!!!

0 comments for this post