Cari Ape Tu....???

By Hafizuddin An-Nuri on 11/08/2008 01:43:00 PM

Filed Under:

Hafizuddin kelihatan sangat gelisah pada hari itu . Ada sesuatu yang meneyebabkan dia tidak dapat berada dalam keadaan yang tenang . Dia cuba mencari sesuatu yang sangat penting baginya . Dia masuk ke dalam biliknya tetapi tidak ada . Dia masuk ke dapur yang mana hanya mendapati ibunya sedang memasak . Ibunya tidak sempat menanyakan , baru sahaja hendak membuka mulutnya , anaknya itu telah keluar . Hafiz kemudian intai ke dalam tandas namun hampa . Dia sangat menghendakkan benda yang dicarinya .

Ayahnya yang sedang khusyu' meneliti akhbar terkini terganggu dengan Hafiz yang ke sana ke sini mencari . Ayahnya memanggil "Hafiz , ke sini engkau..." . Apabila Hafiz ke tempat ayahnya duduk , ayahnya bertanya "Apa yang kau cari ? Ke sana sini..." . Hafiz dengan rasa bengang kerana tidak menjumpai apa yang dicarinya menjawab ," RUMAH " . Dengan serta merta ayahnya mengangkat tangan...PAAANNGG!!!

Sahabat-sahabat yang kusayangi sekalian...

Begitulah satu analogi mudah untuk kita fikirkan bersama . Kita boleh umpamakan RUMAH itu sebagai DUNIA yang kita tinggal sekarang . Kita dapat lihat begitulah manusia pada hari ini yang mencari DUNIA . Sibuk dengan urusan perniagaan , projek , main-main cinta , kerja-kerja dan sungguh banyak hingga tidak dapat disebut . Mereka inilah yang layak diLEMPANG .

Ini bukanlah bermaksud kita perlu tinggalkan dunia kerana DUNIA adalah JAMBATAN untuk ke AKHIRAT . Tetapi perlulah difikir , Allah telah sediakan berbagai-bagai perkara DUNIA di hadapan kita namun kita masih tidak puas , masih rakus serta tamak mencarinya .

Bagaimana dengan AKHIRAT yang tidak kita ketahui lagi keadaannya . Tidak mahukah kita sama-sama berusaha dan mencarinya .

Sahabat-sahabatku kerana Allah...

Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah KELUAR dari RUMAH tadi dan berusaha untuk mencapai matlamat yang sebenarnya . Dunia Islam hari ini perlu diselamatkan . Sedarlah sahabatku . Ketepikan semua hal dunia yang menyebabkab kita hilang FOKUS kepada AKHIRAT.

Ada yang mengatakan..."Aku berniaga untuk bantu gerakan Islam..." . Setakat manakah dapat direalisasikan kata-kata itu . INGAT!!! Jika kita gunakan nama Islam untuk mengaut untung untuk diri kita sendiri . Berhati-hatilah dengan amaran AZAB ALLAH!!!

Ingin saya nyatakan di sini , saya tidak bermaksud menolak perniagaan kerana Rasulullah sendiri berniaga tetapi saya ingin mengingatkan ORANG YANG BERNIAGA . Perniagaan adalah salah satu contoh sahaja , masih banyak lagi perkara dunia yang perlu kita cuba untuk kurangkan KEPENTINGANNYA dalam hidup kita ini .

Sebelum diakhiri perkongsian ini , hanya 1 PERKARA yang ingin diingatkan kepada sahabat sekalian , kadang-kadang disebabkan HAL DUNIA yang tak habis-habis inilah kita semakin JAUH dari ALLAH . Cubalah UBAH . Pertingkatkan AMALAN kita untuk mendapat RAHMAT ALLAH kerana dengan itu sahajalah kita dapat mencapai SYURGANYA .

Sahabat-sahabat...

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu yang saya cuba sampaikan ini dapat kita MANFAATkan bersama-sama kita FIKIRkan dan bukannya dengan mengKRITIK antara satu sama lain .

Wallahu A'lam...

Salam Cinta daripadaku...

SMiLe FoR aLL=)

4 comments for this post

Anonymous

FALSAFAH PERNIAGAAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sering sahaja mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT :
Maksudnya : Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:
1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.

6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.

Firman Allah SWT :
Maksudnya:Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.

Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.

10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu.

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatimserta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:" Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)

12. Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf,berlebih kurang,bersimpati.Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan.Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.
Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan.Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahals yang kita dapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.
Tujuan Berniaga
Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga :
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam.

Posted on January 20, 2009 at 4:34 AM  
Anonymous

Islam & Perniaagan..
ALOR STAR, 20 Mei (Harakah) - Mencari rezeki melalui perniagaan perlulah dengan usaha yang bersungguh-sungguh mengikut panduan Islam selain pergantungan harap semata-mata hanya kepada Allah.
Demikian antara intipati ucapan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mohamed Taulan Mat Rasul dalam satu majlis bersama penjaja kecil yang diadakan di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, perniagaan adalah suatu urusan yang memerlukan ketabahan dan kerajinan.
"Sebab itulah orang Inggeris memanggil meniaga ini business, ia busy yakni sibuk. Sebab sibuk itulah orang meniaga ini kaya raya," terang beliau.
Peniaga boleh menambah rezeki kerana katanya Islam itu cukup mudah. Jelasnya mudah yang dimaksudkan adalah ruang memohon daripada Allah SWT.
"Tuan-tuan minta rezeki minta daripada Allah SWT, bukan minta daripada saya, bukan minta daripada (majlis) bandaran, bukan minta daripada orang, bukan minta dari persatuan, tapi minta kepada Allah SWT. Rezeki kita Allah SWT yang beri,"tegasnya.
Mohamed Taulan turut menyentuh kepentingan solat sunat Dhuha yang berkait kepentingan memohon rezeki.
"Lepas kita sembahyang subuh ada satu lagi sembahyang iaitu sembahyang dhuha. Ini untuk minta rezeki. Pun begitu ia bukan sembahyang yang wajib. Tapi jika kita buat kita bukan sahaja dapat pahala, tapi kita juga dapat rezeki daripada Allah SWT.
"Sembahyang itu biasa saja, tapi doanya itu. Dalam doanya itu kita minta daripada Allah SWT rezeki yang jauh didekatkan, rezeki yang susah itu mudahkan, rezeki yang di atas langit diturunkan, yang di bumi ditimbulkan, yang haram itu dihalalkan, itu (sebahagian) doanya. Ini lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT serta menjauhkan kita daripada perkara-perkara tidak elok,"terangnya lagi.
Tambah beliau, PAS yang menerajui Kerajaan Kedah hendak memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat serta mengeluarkan rakyat daripada dosa.
"Apabila kita mengadap Allah SWT, Dia tidak tanya soal duit dan harta. Yang Dia tanya pahala banyak mana yang dibawa dari dunia.
"Kerana itu kita meniaga, berniagalah cara ikhlas, jujur, barang baik, harga yang berpatutan," nasihatnya.
Dalam keadaan harga barang yang mahal dan kos penyediaan yang semakin meningkat sekarang ini, maka peniaga katanya mestilah meletakkan harga yang berpatutan.
"Islam mengajar kita mencari untung, misalnya barang modal RM 1, boleh jual maksimum RM 3. Maknanya 200 peratus kita boleh naik. Tidak boleh lebih daripada itu," tegas beliau.
Menurut Mohamed Taulan lagi untuk maju peniaga perlu memperkenalkan barang atau produk sendiri. Misalnya makanan, beliau berkata masyarakat hari ini pertamanya mementingkan makanan yang dibeli sedap, keduanya bersih dan ketiganya murah.
Bagaimanapun jelasnya, murah ini sesuatu yang relatif, oleh itu tegasnya harga mesti sesuai dengan barang yang didagangkan.
"Oleh itu jangan jual barang yang tidak berkualiti, atau barang yang tidak setaraf dengan yang kita iklankan.
"Kalau barang itu buat daripada cotton katakan cotton, kalau buat daripada sutera katakan sutera. Jangan kata barang itu original sedangkan datang daripada Thailand. Kita nak kejujuran dalam meniaga," perinci beliau.
Tegas beliau, oleh kerana rezeki daripada Allah SWT, maka perlunya juga mencontohi Nabi SAW dalam menjalankan perniagaan.
"Macam mana dia (Nabi SAW) boleh berniaga sedangkan itu barang orang lain? Ini kerana dia jujur. Dia terangkan kepada orang mengenai barang ini macam ini, mahu barang macam ni harganya begini. Ini contoh yang diajar oleh Islam," terangnya lagi. - mks. _

Posted on January 20, 2009 at 4:37 AM  
Anonymous

PERNIAGAAN DALAM ISLAM

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Agama Islam adalah agama yang cukup lengkap yang menyuruh umatnya supaya beramal, berusaha dan bekerja untuk sara hidup sama ada untuk kepentingan dunia ataupun akhirat. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Qashash ayat 77 yang tafsirnya:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebaikan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia".

Salah satu usaha terpuji yang sangat digalak-kan oleh Islam ialah berniaga, kerana ia sangat menguntungkan serta memberi kemuliaan di dunia dan di akhirat. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menjelaskan mengenai kelebihan yang diperolehi oleh ahli-ahli perniagaan yang antaranya mereka itu boleh duduk dalam satu peringkat di Hari Akhirat dengan Nabi-nabi, para siddiqin dan para pejuang Islam yang mati syahid sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Dari Abi Syaid Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Peniaga yang benar lagi amanah itu tempatnya bersama Nabi-nabi, para siddiqin dan pejuang agama yang mati syahid".(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).

Perlu diingat dalam usaha mengumpul kekayaan itu jangan sampai pula melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, para peniaga yang ingin mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wataala dan ingin selamat dari api Neraka, perlulah mempelajari dan mengetahui hukum-hakam jual beli dalam Islam. Langkah ini adalah wajib tidak boleh diabaikan oleh setiap peniaga Islam kerana dengan mengetahui hukum- hakam perniagaan sahajalah yang akan dapat menghindarkan daripada berlakunya jual beli yang tidak betul dan tidak sah mengikut hukum Islam.

Para peniaga hendaklah memastikan barang-barang yang diniagakan itu halal, bukan yang haram seperti arak sekalipun pembelinya bukan orang Islam kerana setiap orang yang terlibat dalam urusan arak akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu Wataala termasuk tukang perah, pembawanya atau penghantarnya, tukang petik buah untuk dijadikan arak, penjual dan yang menerima hasil jualannya. Para peniaga juga hendaklah memastikan barang-barang yang diniagakan itu dari sumber dan cara yang halal, bukan dengan cara yang haram seperti barang curian, barang seludupan, barang dari hasil penipuan dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama beringat, jauhilah dan janganlah sekali-kali berjual beli secara riba, kerana riba itu suatu dosa besar dan bahayanya juga amat besar. Pengharaman riba adalah semata-mata demi melindungi kepentingan manusia, baik dari segi moral, sosial mahupun perekonomian dan pengharamannya merangkumi segala bentuk, tidak kira sama ada banyak atau sedikit, berlipat ganda atau tidak. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 130 yang tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya".

Islam juga mengharamkan segala bentuk penipuan, baik dalam setiap urus niaga mahupun segala macam muamalah atau urusan sesama manusia, tetapi malangnya masih terdapat sesetengah orang di kalangan masyarakat kita yang sanggup menipu dan memperdaya orang lain demi mengaut keuntungan. Ada yang melakukan penipuan dengan cara mengabui mata pelanggan dengan meletakkan atau mencampurkan benda yang bagus, baik, segar dan baru dengan benda yang tidak baik dan kurang elok dan akan menjualnya kepada pelanggan tanpa mempedulikan baik ataupun tidak, kerana yang penting keuntungan.

Perkara ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ia sudah berlaku sejak zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam lagi. Di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berlaku kejadian di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berjalan di hadapan seorang lelaki yang menjual makanan (biji-bijian), Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangan Baginda ke dalam tompokan makanan tersebut. Apabila didapati oleh Baginda makanan itu basah, lalu bertanyalah Baginda kepada lelaki tersebut: "Apa ini wahai tuan punya makanan?" Lelaki itu menjawab: "Basah terkena hujan". Kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Mengapa kamu tidak letakkan yang basah itu di atas sehingga dapat dilihat oleh orang lain?" Baginda seterusnya bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang menipu maka bukanlah dia daripada golonganku".(Riwayat Al-Imam Muslim).

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Dari Hakim bin Hizam Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: Dua orang sedang berjual beli boleh membuat pilihan selagi keduanya belum berpisah, jika keduanya berlaku jujur dan menjelaskan ciri-ciri dagangan mereka, maka akan diberkati dalam jual beli mereka. Dan jika keduanya berdusta dan menyembunyikan ciri-ciri dagangan mereka, maka akan dihapuskan berkat jual beli mereka itu".(Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dalam perniagaan , kita juga dilarang memonopoli barang-barang dagangan, iaitu dengan tujuan menahan atau mengumpul barang-barang dagangan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal. Misalnya membeli pada waktu harga murah untuk dijual apabila harganya naik, ataupun didapati pada suatu masa bekalan makanan sedang banyak dan berlebih-lebihan, lalu disimpan atau disorok bekalan makanan tersebut dengan tujuan untuk dijual apabila harganya meningkat naik. Perbuatan memonopoli itu adalah haram hukumnya, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Dari Ma'mur katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa memonopoli maka dia adalah bersalah".(Riwayat Al-Imam Muslim).

Oleh yang demikian dalam usaha kita untuk mencari keberkatan dan keredaan Allah Subhanahu Wataala, sifat jujur dan amanah dalam perniagaan adalah sangat penting ada pada diri peniaga. Peniaga tidak sepatutnya mengambil kesempatan menaikkan harga barang semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlebihan apa lagi jika harga barang tersebut telah pun ditetapkan harganya oleh kerajaan. Menaikkan harga barang dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah dan melanggar peraturan adalah suatu penganiayaan terhadap pengguna kerana perbuatan sedemikian akan memudaratkan dan akan menyebabkan kesempitan hidup kepada pengguna-pengguna, khasnya mereka yang berpendapatan rendah.

Marilah kita sama-sama mensyukuri rezeki yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada kita dan berusaha mencarinya semata-mata untuk mendapat keredaan Allah Subhanahu wataala jua.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nuur ayat 37 yang tafsirnya:

"Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka takutkan Hari Kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan".

Posted on January 20, 2009 at 4:38 AM  
Anonymous

FALSAFAH PERNIAGAAN ISLAM

Falsafah perniagaan Islam lahir daripada falsafah kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam. Berbeza dengan barat dimana falsafah perniagaan mereka bertukar atau berubah berdasarkan pengalaman mereka.

TUJUAN SYARIKAT ATAU PERUSAHAAN DIWUJUDKAN
Tujuan tidak boleh dipisahkan daripada falsafah Islam yang diasaskan oleh tauhid. Ia mencerminkan kesan tauhid dalam kehidupan manusia sebagaimana yang telah disebutkan.

MEMENUHI TANGGUNGJAWAB AGAMA
Di antara tujuan perniagaan diwujudkan ialah memenuhi tuntutan agama.
A. Ini Sesuai Dengan Tujuan Syari'at Diturunkan.
Syari'at Islam diturunkan untuk memenuhi tahap dharuriyyah(keperluan asas) manusia
yang didefinasikan sebagai pemeliharaan 5 perkara asas untuk kehidupan manusia iaitu:
1. Agama
2. Nyawa
3. Akal
4. Keturunan
5. Harta
Masa'lih - segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima atau daripada perkara ini.
Mafa'sid - segala yang boleh memberi kesan negatif keatas salah satu atau kelima-lima perkara ini.
Oleh itu Islam mengharamkan mafa'sid dalam kegiatan perniagaan kerana jelas ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyyah iaitu pemeliharaan kelima-lima perkara ini. Umpamanya, arak diharamkan oleh Islam.
1. Kita boleh memahami rasionalnya dengan menganalisa kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.
2. Apabila ianya boleh menjejas perkara-perkara ini ia akan merosakkan kehidupan bermasyarakat, menjejas ketahanan masyarakat dan nasib masa depan generasi akan datang. Perceraian, homoseksual, anak luar nikah, jenayah serta ketidakstabilan politik akan berleluasa.
3. Apabila perkara yang mafa'sid ini ditegah dan tidak dibenarkan untuk diperniagakan atau di keluarkan maka akan lahir masyarakat yang sihat, berakhlak mulia, produktif dan berkualiti tinggi.
Oleh itu kegiatan perniagaan dalam Islam adalah satu ibadah yang sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam akan mendapat keredhaan Allah.
Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:
Sesuatu itu wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya.
Memenuhi tanggungjawab terhadap diri dan kehidupan sosial sesuai dengan kesan falsafah yang diasaskan oleh tauhid, tujuan kewujudan sesuatu syarikat ialah untuk memenuhi tanggungjawab berikut: (2)
a. Keperluan diri secara sederhana
b. Keperluan keluarga
c. Keperluan masa depan. Membantu dalam menghadapi perkara-perkara yang datang tanpa diundang
d. Keperluan anak-anak akan datang
e. Perkhidmatan dan sumbangan sosial, termasuk berusaha untuk menegakkan agama Islam, membantu kearah pencapaian matlamat negara seperti membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan, menstabilkan harga, keselamatan,dll.
B. PEMBANGUNAN MENTAL, SPIRITUAL DAN JASMANI MANUSIA
Oleh itu jelas bahawa dalam Islam falsafah perniagaan ialah untuk membangunkan spiritual, mental dan jasmani manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Khalifatullah fi Al-ardh' dengan sebaik mungkin.
KESIMPULAN
Diharapkan kegiatan keusahawanan bermula dari niat kita,falsafah, matlamat, hubungan dengan pihak pekerja,pengeluaran,pembiayaan,perancangan dan pengawalan, pengiklanan dan sebagainya adalah berasaskan Islam. Ini sesuai dengan ayat al-Qur'an:
`Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecualli dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu' (surah an-nisa' ayat 29)
`Wahai orang-orang yang beriman masuklah dalam Islam keseluruhannya'
Sesunggunya kita semua akhirnya akan bertanggungjawab depan Allah SWT di hari Akhirat nant dan akan menerima balasan yang setimpal dengan amal perbuatan kita di dunia ini.
`Maha Suci Allah yang di tanganNya lah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun' (Surah Al Mulk, 1-2)

WALLAHUA'LAM.

Posted on January 20, 2009 at 4:40 AM