Pentingnya Prinsip Rukun Negara

By Hafizuddin An-Nuri on 11/20/2009 11:24:00 AM

Filed Under:

Assalamualaikum & salam ceria...

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam dan bahawasanya Perlembagaan Malaysia menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia , sangat berasa bimbang dengan pegangan rakyat Malaysia yang sangat berpegang dengan Prinsip Rukun Negara sehinggakan dianggap sebagai pegangan hidup . Sesiapa yang melanggarnya di anggap melanggar satu prinsip pegangan yang agong .

Tertarik dgn kiriman seorang rakyat Malaysia yang patriotik , dia menulis surat terbuka untuk ahli politik Malaysia dan memberi amaran serta peringatan penting kepada ahli-ahli politik Malaysia yang membawa agenda bertentangan dengan Prinsip Rukun Negara .

Suka untuk membuka minda sahabat-sahabat sekalian , berdasarkan ilmu Sains Politik , parti-parti politik secara asasnya ditubuhkan untuk membawa agenda parti itu sendiri dan mempunyai satu visi yang ingin disebarkan kepada umum melalui penglibatan dalam politik sesebuah tempat atau negara secara langsung . Itulah pentingnya pengetahuan .

Kenapa terlalu terikat dengan Prinsip Rukun Negara . Perlembagaan Malaysia diberi secara mudah kepada 'pejuang kemerdekaan' semasa itu , sebagai syarat untuk kemerdekaan . Seolah-olah mereka (orang-orang Barat) berkata kepada kita , "Kamu mahu merdeka , kami boleh berikan , dengan syarat kamu ambil dan aplikasikan apa yang kami berikan ini kepada kamu " . Maka merdekalah Tanah Melayu .

Rakyat tidak langsung melihat pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang ingin memerdekakan aqidah , akhlak dan negara dari dijajah oleh Barat . Namun mereka dipinggirkan dari fakta sejarah .

Prinsip Rukun Negara dipegang sebagai panduan . Bagaimana pula dengan Prinsip Islam ? Kita perlu berhati-hati untuk mengelakkan terpesongnya aqidah kita daripada Aqidah Islamiyah yang sahih kepada Aqidah Prinsip Rukun Negara .

Perlembagaan kita adalah perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah , bukan perlembagaan Malaysia . Maka berhati-hatilah . Ada pihak mendakwa Malaysia adalah negara Islam , pada hakikat Malaysia adalah negara muslim atau negara umat Islam . Dalam Sains Politik , sesebuah negara dilabelkan berdasarkan dasar dan perlembagaan . Jadi , kita dapat berfikir dengan waras dengan itu .

Sekadar pendapat dan respon kepada satu kiriman dalam ruangan forum Utusan Malaysia . Sebarang pembetulan dan penambahan tersangat dialukan .

SMiLe4aLL
http://hafizfillah.blogspot.com

hafizmn88@yahoo.com.my



0 comments for this post